24/03/2026
🌸Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 🌸
Pengerusi PERWAKILAN Ho Chi Minh City, Puan Ainun binti Madihah Ahmad telah menghadiri program Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang dianjurkan oleh Department of Foreign Affairs, Ho Chi Minh City pada 24 Mac 2026.
Program ini telah disertai oleh Pengerusi PERWAKILAN HCMC dan Ahli PERWAKILAN HCMC dari Konsulat Jeneral di Ho Chi Minh City.
Pengisian program merangkumi lawatan ke Ho Chi Minh City Museum of History serta persembahan seni tradisional water puppetry yang memperlihatkan keunikan warisan budaya Vietnam.
Program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan diplomatik, malah menjadi platform penting dalam memupuk jaringan, penghargaan budaya dan kerjasama antara komuniti konsular di Ho Chi Minh City.
✨ Pendidikan sebagai jambatan, budaya sebagai penghubung.
HCMC
20/03/2026
https://youtu.be/sblXM_1u9VU?si=yyo791akxx8zmcVz
VIDEO RAYA KONSULAT MALAYSIA HO CHI MINH CITY 2026
Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
17/03/2026
16 Mac 2026
Agihan Bubur Lambuk & Majlis Berbuka Puasa
Program telah dilaksanakan pada 15 Mac 2026 (Ahad) bertempat di Masjid Jamia Al Musulman. Sebanyak 150 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada jemaah dan komuniti setempat sempena bulan Ramadan.
Konsulat Malaysia Ho Chi Minh City bersama-sama PERWAKILAN Ho Chi Minh City telah membantu menjayakan program dalam bulan yang mulia ini.
Aktiviti ini bertujuan menyemai semangat kebersamaan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
17/03/2026
11 Mac 2026
PERWAKILAN HCMC menyertai program World Quran Hour yang diadakan di kediaman Pengerusi PERWAKILAN HCMC.
Pada sesi ini, Surah Al-Muzammil telah dibaca dan ditadabbur bersama, yang mengingatkan umat Islam tentang kepentingan bangun pada waktu malam untuk beribadah serta mendekatkan diri kepada Allah.
Alhamdulillah, program telah berlangsung dengan lancar. Semoga usaha ini dapat terus menyemarakkan budaya membaca al-Quran serta menghayati dan mempraktikkan ajarannya dalam kehidupan seharian.
24/02/2026
15/2/2026- 22/2/2026
PERWAKILAN Ho Chi Minh City memberi sokongan di reruai Malaysia bersempena 23rd Nguyen Hue Flower Street Festival 2026 yang berlangsung pada 15 hingga 22 Februari 2026 bertempat di Nguyen Hue Walking Street.
Ahli-ahli PERWAKILAN mengambil kesempatan mengedarkan goody bags sambil meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung di reruai Malaysia.
Penyertaan ini dilihat sebagai platform penting dalam merancakkan pertukaran budaya antara Malaysia dan komuniti tempatan Vietnam di samping memperkukuh hubungan bilateral di antara kedua-dua negara.
12/02/2026
Selamat Hari Jadi 🎊
Puan Rabiatuladawiah Mat Kasim
Puan Zaimah Osman
PERWAKILAN Ho Chi Minh City
03/02/2026
📍 Ho Chi Minh City
📅 30 Januari 2026
PERWAKILAN Ho Chi Minh City telah terlibat dalam Reunion Hi-Tea sempena Sambutan Lunar New Year, satu perayaan yang amat bermakna bagi rakyat Vietnam dan juga komuniti Cina di Malaysia.
Majlis ini menjadi wadah pertukaran budaya antara Vietnam dan Malaysia, dengan kemuncak acara melalui sesi “Lou Shang”, satu amalan budaya yang unik dan sinonim dengan masyarakat Cina di Malaysia. Sesi ini telah menjadi tumpuan utama majlis dan memberi pendedahan kepada para tetamu tempatan mengenai keistimewaan serta nilai kebersamaan yang dibawa oleh tradisi ini.
Melalui pengalaman ini, para tetamu tempatan dapat memahami bahawa wujud perbezaan budaya yang unik antara kedua-dua negara, sekali gus memperkayakan kefahaman silang budaya dan memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia–Vietnam.
Jamuan yang disajikan menampilkan hidangan ikonik Malaysia seperti Mee Goreng Mamak, Roti Canai, Satay, Pakora, Popiah Goreng, Teh Tarik dan Teh Ais Limau, yang turut menjadi tumpuan dalam mempromosikan kepelbagaian budaya dan gastronomi Malaysia.
Pihak perwakilan turut terlibat secara langsung dalam menjayakan sambutan ini.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan majlis. 🧧✨
17/01/2026
*Mesyuarat Agung PERWAKILAN Ho Chi Minh City*
📅 13 Januari 2026
🕙 10:00 pagi – 1:00 petang
📍 Bilik Seminar, Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Ho Chi Minh City
Mesyuarat Agung PERWAKILAN Ho Chi Minh City telah berlangsung dengan lancar dan penuh muafakat sebagai platform memperkukuh perpaduan serta menyelaras hala tuju PERWAKILAN Malaysia di luar negara.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Encik Firdauz Othman Konsul Jeneral selaku Penasihat PERWAKILAN, dipengerusikan oleh Puan Ainun Madihah Ahmad dan dihadiri oleh semua ahli-ahli.
Dalam ucapan ringkasnya, Pengerusi menekankan bahawa kekuatan PERWAKILAN terletak pada kesatuan, integriti dan semangat saling menyokong satu sama lain. Setiap ahli bukan sahaja memikul amanah tugas rasmi, malah menjadi cerminan nilai, budaya dan imej Malaysia. Semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap kebajikan sesama ahli perlu terus diperkukuh demi keharmonian komuniti di perantauan.
Mesyuarat turut diserikan dengan juadah makanan dan kuih-muih tradisional Malaysia seperti nasi kerabu, kuih seri muka, karipap, teh tarik dan lain-lain membawa sentuhan rasa tanah air dan mengeratkan silaturrahim dalam suasana kekeluargaan.
Semoga mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dan perkhidmatan yang terus cemerlang demi nama Malaysia di persada antarabangsa. 🇲🇾