Akademi Kenegaraan Malaysia

Directions

Akademi Kenegaraan Malaysia Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐™๐Ž๐ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ‘ โ€“ ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ โ€“ ๐€๐‡๐€๐ƒ๐Ÿ“ ๐๐‹๐Š ๐”๐‹๐” ๐’๐„๐๐‘๐ˆTelah...
25/10/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐™๐Ž๐ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡

๐Ÿ“… ๐Ÿ๐Ÿ‘ โ€“ ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ โ€“ ๐€๐‡๐€๐ƒ
๐Ÿ“ ๐๐‹๐Š ๐”๐‹๐” ๐’๐„๐๐‘๐ˆ

Telah berlangsung Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Mahasiswa Negara Zon Tengah yang melibatkan barisan kepimpinan mahasiswa daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Berlangsung selama 3 hari 2 malam, kursus ini menggabungkan pengisian dalam dan luar dewan bagi memperkukuh kefahaman mahasiswa terhadap sejarah Malaysia, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas pembentukan jati diri serta penghayatan nilai-nilai Malaysia MADANI.

Selain memperkasa kefahaman kenegaraan, kursus ini turut memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran kepimpinan dan pengurusan konflik sebagai persediaan melahirkan barisan pelapis pemimpin yang berwibawa di universiti, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

Majlis Penutup dirasmikan oleh YBrs. Encik Khalid bin Mohamad Yosoff, Pengarah Bahagian Belia, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri.

Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini menjadi bekalan kepada para mahasiswa untuk terus memahami negara, mencintai pertiwi dan tampil sebagai pemimpin muda yang berintegriti, berdaya tahan serta berpaksikan nilai-nilai Malaysia MADANI.





๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐Š๐”: ๐€๐Š๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ (๐’๐† ๐๐€๐Š๐€๐)๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐€๐ก๐š๐ | ๐“๐š๐ฆ...
25/10/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐Š๐”: ๐€๐Š๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ (๐’๐† ๐๐€๐Š๐€๐)

๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐€๐ก๐š๐ | ๐“๐š๐ฆ๐š๐ง ๐–๐ข๐๐ฎ๐ซ๐ข, ๐๐ข๐›๐จ๐ง๐  ๐“๐ž๐›๐š๐ฅ, ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 

Pada tarikh 23 hingga 25 Oktober 2026 Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah menganjurkan Program Khas Jelajah Negaraku: Aku Kasih Malaysia bertempat di Taman Widuri, Nibong Tebal Pulau Pinang melihatkan kerjasama daripada Pusat Khidmat Parlimen Nibong Tebal dan Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Program diterajui oleh Bahagian Kepimpinan Strategik bersama Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pulau Pinang ini telah dihadiri lebih 2000 orang peserta secara keseluruhan.

Perasmian program ini telah dilaksanakan YB Datuk Seri Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang. Turut hadir Timbalan Pengarah (Profesional) Akademi Kenegaraan Malaysia Encik Mohd Khailani bin Ismail, Pengarah Akademi Kenegaraan Negeri Pulau Pinang, Timbalan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Negeri Pulau Pinang, Negeri Kedah ialah Dato' Haji Zepri Bin Saad dan Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Dr. Hasan bin Bahrom.

Penganjuran program yang melibatkan kolaborasi bersama Universiti Sains Malaysia Nibong Tebal, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Yayasan Fakwah Islamiah Pulau Pinang
dan Jabatan Kemajuan Masyrakat ( KEMAS ).

Manakala agensi seperti Pejabat Daerah Seberang Prai Selatan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba Dan penyelamat, Unit Penyelarasan Pelaksanaan ( ICU) Negeri Pulau Pinang, FAMA , KOLEJ KOMUNITI, ADTEC Nibong Tebal, Pusat Kesihatan Daerah Seberang Prai Selatan, Angkatan Pertahanan Awam dan AADK Negeri Pulau Pinang telah membuka gerai pameran serta penyediaan pelbagai perkhidmatan termasuk pemeriksaan kesihatan. Sementara KPDN telah mengadakan Jualan Rahmah kepada komuniti.

Pada majlis perasmian turut diadakan pemberian bantuan kepada 10 orang penerima daripada Komuniti Nibong Tebal yang diselaraskan oleh ICU negeri Pulau Pinang dan Sumbangan Pembangunan Pelajar STPM bagi Sekolah di Seberang Prai Selatan.
Sepanjang program tiga hari ini pelbagai aktiviti diadakan seperti program mahasiwa bersama Pelajar Tingkatan Enam, Program Santuni Komuniti, Agihan Bakul Makanan, Program Aktif Madani bersama Komuniti Wanita dan Program Sola Hajat SPM bagi Sekolah di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Penganjuran program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang.

๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ, ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข, ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐ƒ๐ข๐œ๐ข๐ง๐ญ๐š๐ข





25/10/2026
๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐ˆ๐ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐‡๐€๐‰๐€๐“ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐’๐๐Œ & ๐’๐“๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ | ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐‰๐š๐ฆ๐ž๐ค ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐Š๐ž๐œ๐ก๐ข๐ฅ, ๐๐ข๐›๐จ๐ง๐  ...
24/10/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐ˆ๐ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐‡๐€๐‰๐€๐“ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐’๐๐Œ & ๐’๐“๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ | ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐‰๐š๐ฆ๐ž๐ค ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐Š๐ž๐œ๐ก๐ข๐ฅ, ๐๐ข๐›๐จ๐ง๐  ๐“๐ž๐›๐š๐ฅ

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah menjayakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana sempena Peperiksaan SPM dan STPM Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan Tahun 2026.

Majlis turut menampilkan sesi perkongsian oleh YBrs. Encik Khairudin bin Abas, mewakili Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, bagi menyuntik semangat dan motivasi kepada para calon.

Semoga semua calon dikurniakan ketenangan, dipermudah urusan dan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.





๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐‹๐ˆ๐“๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ | ๐๐Š๐Š๐ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซAkademi Kenegaraa...
24/10/2026

๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐‹๐ˆ๐“๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ | ๐๐Š๐Š๐ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri melalui Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik telah menganjurkan Program Literasi Kenegaraan Mahasiswa Peringkat Antarabangsa Tahun 2026 secara hibrid dengan penyertaan lebih 3,000 mahasiswa Malaysia dari dalam dan luar negara.

Program dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Pejabat Perdana Menteri, Bahagian Pengantarabangsaan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Talent Corporation Malaysia Berhad ini menampilkan pengisian berkaitan Dasar Pendidikan Tinggi, Laluan Kerjaya oleh TalentCorp serta Forum Literasi Dasar Luar Malaysia.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Ketua Pengarah AKM, YBhg. Datoโ€™ Dr. Roslan Hussin. Turut hadir YBhg. Datoโ€™ Shahrol Anuwar bin Sarman, Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri.

Inisiatif ini bertujuan memperkukuh jati diri kebangsaan, meningkatkan kefahaman terhadap dasar negara dan menyemai semangat cinta akan Malaysia dalam kalangan mahasiswa.





๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐€๐’๐๐€๐… ๐Š๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐Œ๐€๐’๐‰๐ˆ๐ƒ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐ƒ๐”๐‘๐ˆ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ | ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐‰๐š๐ฆ๐ž๐ค ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐ƒ๐ฎ๐ซ๐ขAkademi Kenegaraan Mala...
24/10/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐€๐’๐๐€๐… ๐Š๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐Œ๐€๐’๐‰๐ˆ๐ƒ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐ƒ๐”๐‘๐ˆ

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ | ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐‰๐š๐ฆ๐ž๐ค ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐ƒ๐ฎ๐ซ๐ข

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) menerusi Bahagian Kepimpinan Strategik telah melaksanakan Program Santuni Asnaf Kariah Masjid Sungai Duri sebagai usaha menyantuni golongan asnaf serta menyemai nilai keprihatinan dan kebersamaan dalam masyarakat.

Penyampaian telah disempurnakan oleh Encik Nordin bin Hamdan, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kepimpinan Strategik, Akademi Kenegaraan Malaysia.

Turut hadir Encik Daud bin Zakaria, Pengerusi Masjid Jamek Sungai Duri.

Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban penerima, mengeratkan hubungan bersama komuniti setempat serta menyemarakkan semangat ihsan dan saling membantu dalam masyarakat.

๐€๐ค๐ฎ ๐Š๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ง๐š๐ข ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ



24/10/2026

๐ŸŒ ๐…๐Ž๐‘๐”๐Œ ๐‹๐ˆ๐“๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐๐€๐๐†๐’๐€

22 NEGARA, SATU WADAH PERBINCANGAN KENEGARAAN!

Jom sama-sama sertai Forum Literasi Kenegaraan Peringkat Antarabangsa!
Forum ini menghimpunkan mahasiswa Malaysia dari 22 buah negara untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan perspektif mengenai kenegaraan serta peranan dasar luar Malaysia di peringkat global.

Manfaatkan peluang untuk menambah ilmu, memperluas pemahaman serta mengikuti perkongsian menarik berkaitan isu kenegaraan dan hubungan antarabangsa.

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’: ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐”๐๐ˆ๐“ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ (๐ˆ๐‚๐”) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐€๐Š๐€...
24/10/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’: ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐”๐๐ˆ๐“ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐€๐ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ (๐ˆ๐‚๐”) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ | ๐๐ข๐›๐จ๐ง๐  ๐“๐ž๐›๐š๐ฅ

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) meneruskan komitmen dalam menyemai nilai kemanusiaan dan keprihatinan melalui Program Khas: Ziarah Kasih dan Inisiatif Bantuan ICU bersama AKM yang dilaksanakan pada hari ini.

Program ini melibatkan ziarah ke empat buah rumah penerima di sekitar Sungai Duri dan Sungai Bakap, Nibong Tebal bagi menyampaikan bantuan berupa kerusi roda, lampin pakai buang (pampers), susu nutrisi dan katil pesakit mengikut keperluan penerima.

Penyampaian sumbangan telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah, Encik Mohd Khailani bin Ismail, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan AKM terhadap golongan yang memerlukan, khususnya mereka yang berdepan cabaran kesihatan.

Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban penerima dan keluarga, menyuntik semangat serta membawa harapan dalam menghadapi ujian kehidupan.

Sesungguhnya, nilai kasih sayang dan kebersamaan merupakan asas penting dalam membina masyarakat MADANI yang prihatin dan saling membantu.






๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€: ๐†๐„๐๐† ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐“๐”๐‘๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€๐๐†๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ | ๐๐š๐๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐†๐ฎ๐ง๐จ๐ง๐ Program Kh...
24/10/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€: ๐†๐„๐๐† ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐“๐”๐‘๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€๐๐†

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ | ๐๐š๐๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐†๐ฎ๐ง๐จ๐ง๐ 

Program Khas Sukan Rakyat Wanita anjuran bersama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pulau Pinang dan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal berlangsung dengan pelbagai aktiviti serta pertandingan menarik yang menggalakkan penglibatan komuniti dan mengeratkan silaturahim.

Antara aktiviti yang berlangsung termasuk Tai Chi, Tarik Tali Wanita, Otai VS Gen Z, Pertandingan Masak Capati dan Sepakan Penalti Sarung.

Program ini menjadi platform untuk wanita dan komuniti setempat beriadah, berinteraksi serta meluangkan masa bersama dalam suasana ceria dan penuh semangat kesukanan.





Address

Sepang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Kenegaraan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share