MAQIS KEDAH

Directions Contact the organization

MAQIS KEDAH Laman Rasmi Facebook Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Kedah

🌟 SELAMAT MAJU JAYA 🌟Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada  Saudara Muhamad Sharulnizam b...
12/08/2026

🌟 SELAMAT MAJU JAYA 🌟

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhamad Sharulnizam bin Sulong atas segala khidmat bakti, komitmen, dedikasi serta jasa yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai warga MAQIS Negeri Kedah.

Semoga segala pengalaman, ilmu dan kenangan yang diperoleh sepanjang berada bersama keluarga MAQIS Negeri Kedah menjadi bekalan yang bermakna dalam melangkah ke fasa seterusnya. 

Selamat maju jaya di tempat baharu. Semoga terus cemerlang dan berjaya dalam kerjaya serta kehidupan. 

Ikhlas daripada Pengarah serta seluruh warga kerja MAQIS Negeri Kedah

SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABASSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemer...
10/08/2026

SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 atas pengiktirafan yang telah diterima.

Penganugerahan ini merupakan suatu penghargaan dan pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi, integriti serta prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Semoga pengiktirafan ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi untuk terus meningkatkan prestasi, memperkukuh profesionalisme serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti demi kecemerlangan organisasi.

Ikhlas daripada Pengarah serta seluruh warga kerja MAQIS Negeri Kedah





📢 HEBAHAN KESEDARAN | PENDAFTARAN PENGISYTIHARAN PREMIS KUARANTIN IKAN HIDUP🐟 Tahukah anda?Semua pengusaha Premis Kuaran...
03/08/2026

📢 HEBAHAN KESEDARAN | PENDAFTARAN PENGISYTIHARAN PREMIS KUARANTIN IKAN HIDUP

🐟 Tahukah anda?

Semua pengusaha Premis Kuarantin Ikan Hidup perlu melalui proses pendaftaran dan pengisytiharan bagi memastikan premis memenuhi keperluan biosekuriti serta piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Pendaftaran ini penting bagi:
✅ Menjamin kesihatan hidupan akuatik.
✅ Mencegah penyebaran penyakit haiwan akuatik.
✅ Memastikan premis mematuhi keperluan peraturan yang telah ditetapkan oleh MAQIS.
✅ Menyokong bekalan makanan yang selamat dan berkualiti.

📋 Sebelum mengemukakan permohonan, pastikan:
✔️ Semua dokumen lengkap dan sah.
✔️ Premis bersedia untuk pemeriksaan audit.
✔️ Semua syarat yang ditetapkan dipatuhi bagi melancarkan proses kelulusan.

📌 Rujuk Carta Alir Pendaftaran Pengisytiharan Premis Kuarantin Ikan Hidup untuk memahami setiap langkah permohonan dengan lebih jelas.

📞 Untuk maklumat lanjut:
☎️ 03-8870 8000
📧 [email protected]





📢 HEBAHAN PERMOHONAN PERMIT MAQISIngin memohon permit MAQIS dengan mudah dan lancar? Kementerian Pertanian dan Keterjami...
30/07/2026

📢 HEBAHAN PERMOHONAN PERMIT MAQIS

Ingin memohon permit MAQIS dengan mudah dan lancar? Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyediakan 8 langkah mudah bagi prosedur permohonan permit:

8 LANGKAH PROSEDUR MENDAPATKAN PERMIT MAQIS
1. Berdaftar di Sistem SPEED MAQIS
Berdaftar di Sistem Pendaftaran Pengimport, Pengeksport dan Ejen Dagangan (SPEED MAQIS).

2. Membuka Akaun dengan Dagang Net
Daftar akaun dan lengkapkan profil syarikat di dalam sistem Dagang Net.

3. Memohon Permit Melalui Sistem New ePermit
Isi permohonan dan muat naik dokumen sokongan melalui sistem New ePermit.

4. Permohonan Permit Disemak (Verified by OGA)
Permohonan akan disemak dan disahkan oleh Pegawai MAQIS (OGA).

5. Permohonan Permit Diluluskan (Approved by OGA)
Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat akan diluluskan oleh Pegawai MAQIS (OGA).

6. Notifikasi kepada Sistem Kastam (Acknowledged by Customs)
Sistem MAQIS akan menghantar notifikasi kelulusan kepada sistem Kastam secara automatik.

7. Pembayaran Secara Online (Initiate Payment)
Pembayaran fi permit boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem Dagang Net.

8. Cetakan Permit Secara Online (Payment Completed)
Permit boleh dicetak secara terus melalui sistem setelah bayaran disahkan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi di talian 03-8870 8000 atau email ke [email protected]





📢 HEBAHAN RASMI | WASPADA PENIPUAN KEMASUKAN KUCING KE MALAYSIAJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (...
30/07/2026

📢 HEBAHAN RASMI | WASPADA PENIPUAN KEMASUKAN KUCING KE MALAYSIA

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan perkhidmatan membawa masuk kucing ke Malaysia tanpa melalui prosedur kuarantin yang sah.

⚠️ Jangan mudah terpedaya dengan individu yang:
• Mendakwa mempunyai kenalan atau orang dalam MAQIS.
• Menawarkan kemasukan haiwan tanpa kuarantin.
• Menggunakan dokumen palsu atau tidak sah.
• Meminta bayaran pendahuluan bagi urusan yang mencurigakan.

📌 Penting untuk diketahui:
Semua kucing yang dibawa masuk ke Malaysia WAJIB mematuhi prosedur kuarantin di stesen atau premis kuarantin yang diluluskan oleh MAQIS. Tiada pengecualian diberikan tanpa kelulusan khas Ketua Pengarah MAQIS.

✅ Sebelum membuat sebarang urusan:
• Dapatkan maklumat hanya melalui saluran rasmi MAQIS.
• Semak keperluan import haiwan di laman sesawang rasmi MAQIS.
• Hubungi MAQIS untuk pengesahan maklumat.
• Pastikan semua urusan menggunakan ePermit MAQIS serta dokumen yang sah.

📞 Hubungi kami: 03-8870 8000
📧 E-mel: [email protected]
🌐 Laman Sesawang: www.maqis.gov.my




📢 PERMOHONAN PREMIS KUARANTIN SEMENTARA HAIWANJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) memaklumka...
29/07/2026

📢 PERMOHONAN PREMIS KUARANTIN SEMENTARA HAIWAN

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) memaklumkan bahawa mana-mana individu atau syarikat yang ingin memohon Premis Kuarantin Sementara Haiwan hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap bagi melancarkan proses penilaian dan kelulusan permohonan.

Antara dokumen yang diperlukan ialah:
✅ Surat permohonan kepada Ketua Pengarah MAQIS
✅ Salinan Kad Pengenalan pemohon
✅ Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (ROC/SSM)
✅ Salinan SSM (Status Pemilikan)
✅ Salinan dokumen status milikan premis/tanah (jika berkaitan)
✅ Salinan surat perjanjian sewaan/pajakan premis atau tanah yang disahkan LHDNM (jika berkaitan)
✅ Lokasi premis/syarikat
✅ Pelan lantai susun atur (layout) premis
✅ Bil Utiliti

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi : 03-8870 8000 📧 [email protected]




14 Julai 2026  I  Alor Setar, KedahKUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH MAQIS KE IBU PEJABAT LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (...
14/07/2026

14 Julai 2026 I Alor Setar, Kedah

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH MAQIS KE IBU PEJABAT LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)

MAQIS Negeri Kedah telah melaksanakan kunjungan hormat yang diketuai oleh Ketua Pengarah MAQIS, YBrs. Tuan Mohamad Shaffie bin Hassan ke Ibu Pejabat KEDA hari ini bagi membincangkan penyediaan ruang pejabat baharu serta pengukuhan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi. Perbincangan bertumpu kepada perancangan fasiliti yang kondusif bagi mengoptimumkan kecekapan operasi penguatkuasaan dan kelancaran penyampaian perkhidmatan di lapangan.

Turut hadir, delegasi Pengurusan Ibu Pejabat MAQIS, Pengarah MAQIS Negeri Kedah, barisan pengurusan tertinggi KEDA, serta Pegawai-Pegawai kedua-dua agensi.

Semoga jalinan kerjasama strategik ini memberikan impak positif dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan, sekali gus memperkukuh kawalan biosekuriti demi keselamatan makanan negara.





13 Julai 2026 | Bukit Kayu HitamLawatan Kerja Ketua Pengarah MAQIS ke Taklimat dan Perbincangan Pemantauan Kawalan Biose...
13/07/2026

13 Julai 2026 | Bukit Kayu Hitam

Lawatan Kerja Ketua Pengarah MAQIS ke Taklimat dan Perbincangan Pemantauan Kawalan Biosekuriti Premis Kuarantin Haiwan Negeri Kedah

MAQIS Negeri Kedah telah melaksanakan Taklimat dan Perbincangan Pemantauan Kawalan Biosekuriti Premis Kuarantin Haiwan Negeri Kedah yang disempurnakan menerusi lawatan kerja Ketua Pengarah MAQIS pada 13 Julai 2026 di Bukit Kayu Hitam.

Program ini bertujuan membincangkan aspek pemantauan kawalan biosekuriti di premis kuarantin haiwan bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur serta standard yang telah ditetapkan.

Sesi perbincangan turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, mengemukakan cadangan penambahbaikan dan memperkukuh kerjasama strategik antara semua pihak yang terlibat dalam usaha mempertingkatkan sistem kuarantin haiwan negara.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Tuan Mohammad Shaffie bin Hassan, Ketua Pengarah MAQIS, bersama barisan Pengurusan Tertinggi MAQIS, delegasi UMNO, wakil Konsortium Waza Maju Sdn. Bhd, wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta pegawai-pegawai MAQIS Negeri Kedah.

Semoga hasil perbincangan ini dapat memperkukuh pelaksanaan kawalan biosekuriti, meningkatkan keberkesanan pengurusan premis kuarantin haiwan serta memastikan keselamatan biosekuriti negara terus terpelihara demi menjamin kelestarian sektor pertanian dan industri agromakanan negara.




13 Julai 2026 | Bukit Kayu HitamProgram Jom Kacau Bubur Asyura Bersama PUSPANITA MAQIS Negeri KedahPUSPANITA MAQIS Neger...
13/07/2026

13 Julai 2026 | Bukit Kayu Hitam
Program Jom Kacau Bubur Asyura Bersama PUSPANITA MAQIS Negeri Kedah

PUSPANITA MAQIS Negeri Kedah dengan penuh dedikasi telah menganjurkan program “Jom Kacau Bubur Asyura” sebagai simbol penghormatan terhadap tradisi dan penyemarak semangat ukhwah dalam kalangan kakitangan dan komuniti setempat.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Hisham bin Abu Bakar, Pengarah MAQIS Negeri Kedah, serta Ketua Unit Penguatkuasaan Dan Pemeriksaan, Encik Sukor bin Shafie, yang memberi sokongan penuh terhadap inisiatif ini.

Diharapkan setiap pengalaman dan kerjasama dalam sesi gotong‑royong ini akan mekar menjadi jaringan persahabatan dan perjuangan berterusan dalam menyemarakkan budaya kerja berpasukan dalam kalangan agensi dan komuniti.




6 Julai 2026 I Pejabat MAQIS Negeri KedahPROGRAM KECERGASAN (CARROM) MAQIS KEDAHMAQIS Negeri Kedah telah melaksanakan Pr...
06/07/2026

6 Julai 2026 I Pejabat MAQIS Negeri Kedah
PROGRAM KECERGASAN (CARROM) MAQIS KEDAH

MAQIS Negeri Kedah telah melaksanakan Program Kecergasan serta Pertandingan Carrom bagi memupuk budaya gaya hidup sihat dan memperkasakan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja.

Aktiviti ini menjadi platform terbaik untuk menyemarakkan ukhuwah serta menyegarkan fizikal dan mental. Melalui aktiviti seperti ini, aspek kesihatan fizikal dan mental warga kerja sentiasa diberi perhatian bagi memastikan mutu perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik.





Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAQIS KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MAQIS KEDAH:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share