JKR Kota Tinggi

  • Home
  • JKR Kota Tinggi
Directions Website Contact the organization

JKR Kota Tinggi Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkan 1.

PENGURUSAN PROJEK

1.1 Fasa Pra-pembinaan
Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak bina, peruntukkan yang mencukupi dan skop projek yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM, fasa prapembinaan (perancangan hingga Surat Setuju Terima dikeluarkan) adalah dalam tempoh 12 hingga 15 bulan.

1.2 Fasa Pembinaan
Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak bina,peruntukan yang mencukupi dan brif projek yang lengkap,tempoh pembinaan yang akan diambil adalah seperti berikut:


2.SELENGGARA ASET

2.1 Jalan
Tindakan pembaikan sementara lubang-lubang (potholes) akan dilaksanakan dala mtempoh 1 hari dan tindakan pembaikan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari setelah aduan diterima
Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok-pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil tidak melebihi 24 jam setelah dikenalpasti atau aduan diterima.
Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan.

2.2 Bangunan
Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung atau sistem kumbahan akan diambil tindakan dalam masa 1 hari
Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 1 bulan

2.3 Mekanikal
Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah:

Tindakan aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal
1 hari
Kerja pembaikan besar (major overhaul) kenderaan dan loji berat
3 bulan
Kerja pembaikan kecil kenderaan dan loji berat
3 minggu
Penggantian chiller
1 tahun
Penggantian lif
1 tahun

2.4 Elektrik
Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja elektrik berikut adalah:
Untuk kerosakan yang biasa 1 hari
Untuk kerosakan yang rumit 7 hari


3. KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

3.1 Kejuruteraan Cerun
Tindakan yang diambil apabila berlakunya:

a) Runtuhan cerun berskala besar
Lawatan tapak hendaklah dibuat dalam tempoh 1 hari dari hari kejadian
Laporan awal disediakan dala mtempoh 3 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak

b) Runtuhan cerun berskala kecil
Syor pembaikan akan disediakan dalam tempoh berikut:
Keadaan yang memerlukan penyiasatan tanah - 1 bulan selepas laporan penyiasatan tapak diperoleh
Keadaan yang tidak memerlukan penyiasatan tapak - 2 minggu dari tarikh lawatan tapak
c) Ulasan teknikal ke atas Laporan Geoteknikal daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disediakan dalam tempoh satu 1 minggu selepas lawatan dibuat.

3.2 Kejuruteraan Senggara
Keputusan kelulusan pelupusan aset kerajaan diberikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan pengesyoran lengkap diterima
Mengemukakan ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh 2 minggu selepas dokumen permohonan lengkap diterima

3.3 Kejuruteraan Forensik

a) Bagi kerja-kerja forensik struktur, geoteknik dan jalan :
Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal bagi kegagalan berimpak besar disediakan dalam tempoh 5 hari bekerja dan berimpak kecil dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lawatan tapak.
Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dan pemantauan diterima

b) Bagi kerja-kerja forensik maritim dan lapangan terbang.
Laporan awal berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal berimpak besar dan berimpak kecil disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh lawatan tapak
Laporan akhir berdasarkan penyiasatan tapak dan ujian makmal disediakan dalam tempoh 2 bulan selepas keputusan ujian dam pemantuan diterima


4. PENGURUSAN ADUAN

4.1 Pengurusan Aduan di Bawah Tanggungjawab JKR

Tempoh tindakan diambil

Akuan penerimaan aduan 1 hingga 3 hari
Maklumbalas terhadap aduan 7 hari
Penutupan aduan 2 bulan

4.2 Pengurusan Aduan Bukan di Bawah Tanggungjawab JKR (No Wrong Door Policy)
Tempoh tindakan diambil
Akuan penerimaan aduan 1 hingga 3 hari
Maklum balas aduan7 hari


5. PENGURUSAN KEWANGAN

Memastikan bayaran bil dan invois dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima

"PELANGGAN DIUTAMAKAN, JANJI DIKOTAKAN"

25/10/2026

Notis Pemberitahuan

Jenis Kerja: Kerja Mill & Pave dan lain-lain kerja berkaitan
Lokasi: FT094 Kota Tinggi - Kulai
Daerah/Negeri: Kota Tinggi Johor


JKR Kota Tinggi JKR Johor Bahru

16/10/2026
16/10/2026
15/10/2026
15/10/2026

15/10/2026

𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐉𝐀𝐑𝐈, 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐑𝐔𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐑𝐈

Media sosial menjadi ruang untuk kita berkongsi maklumat, pandangan dan berinteraksi. Namun, setiap perkongsian datang bersama tanggungjawab. Semak ketepatan dan sensitiviti maklumat, lindungi perkara sulit serta elakkan menyebarkan kandungan yang belum disahkan. Dalam masa yang sama, jagalah tingkah laku dan tutur kata agar setiap komen dan hantaran kekal sopan serta berhemah.

Fikir sebelum kongsi. Semak sebelum percaya. Jaga sebelum bersuara. Jadilah pengguna media sosial yang bijak, beretika dan bertanggungjawab demi mewujudkan ruang digital yang lebih selamat, positif dan harmoni.




15/10/2026

🚦 JALAN RAYA PUN BOLEH ‘BERFIKIR’? 🛣️

Pantau trafik, kenal pasti kemalangan dan kongsi maklumat masa nyata! 📡

Bersempena MRC 2026 & Kongres IRF Asia-Pasifik ke-6, kenali inovasi jalan raya pintar, selamat dan mampan. ✨

15/10/2026

Address

Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi, Jalan Abdul Aziz

81900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Kota Tinggi:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share