APM Tuaran

Directions

APM Tuaran Telefon Pejabat Operasi: 088-787991(24Jam)
Telefon Pejabat Pengurusan: 088-785585 (Office Hours (0800hrs-1700hrs)

18/10/2026
 MEMUSNAHKAN SARANG SERANGGA (MSS) – TEBUAN TANAHπŸ“… 18 OKTOBER 2026 (AHAD)πŸ“ KG. DANGSANGAI, TUARANPusat Kawalan Operasi D...
18/10/2026



MEMUSNAHKAN SARANG SERANGGA (MSS) – TEBUAN TANAH

πŸ“… 18 OKTOBER 2026 (AHAD)
πŸ“ KG. DANGSANGAI, TUARAN

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran menerima panggilan daripada orang awam berhubung satu kes sarang tebuan (MSS) di Kg. Dangsangai, Tuaran.

Menurut pengadu, semasa dalam perjalanan pulang dari pekan, beliau telah ternampak sarang tebuan berada di atas pokok hutan. Bimbang akan keselamatan diri serta orang awam, pengadu segera menghubungi PKOD Tuaran untuk mendapatkan bantuan.

Susulan daripada panggilan tersebut, skuad bertugas telah dikerahkan ke lokasi dan melaporkan pergerakan keluar kepada RC 999 bagi tujuan respon terhadap kes tersebut.

Setibanya di lokasi, skuad bertugas menjalankan pemantauan di kawasan tepi jalan utama kampung dan mendapati 1x sarang tebuan tanah berada di atas pokok hutan pada ketinggian kira-kira 25 kaki, dengan saiz dianggarkan sebesar tong gas.

Skuad bertugas berjaya memusnahkan sarang tebuan tersebut dengan selamat menggunakan teknik obor api dan spark api.

Maklumat Kes:
Jenis serangga: Tebuan tanah
Saiz sarang: Sebesar tong gas
Ketinggian: 25 kaki

Syabas kepada skuad CharlieπŸ’ͺ🏻

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah













  KES MENANGKAP ULAR (KMU)πŸ“… 18 OKTOBER 2026 (AHAD)πŸ“ KG. TAJAU, TUARANPusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran menerima...
18/10/2026



KES MENANGKAP ULAR (KMU)

πŸ“… 18 OKTOBER 2026 (AHAD)
πŸ“ KG. TAJAU, TUARAN

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran menerima panggilan daripada orang awam berhubung satu kes menangkap ular (KMU) di Kg. Tajau, Tuaran.

Menurut pengadu, semasa beliau berada di garaj luar rumah, beliau telah ternampak seekor ular menyusur masuk ke tepi rumah dan masuk ke dalam lubang di bawah lantai simen. Bimbang akan keselamatan diri serta rakannya, pengadu segera menghubungi PKOD Tuaran untuk mendapatkan bantuan.

Susulan daripada panggilan tersebut, skuad bertugas telah menghubungi pengadu dan melaporkan pergerakan keluar kepada RC 999 bagi tujuan respon terhadap kes tersebut.

Setibanya di lokasi, skuad bertugas menjalankan pemeriksaan di kawasan rumah dan mendapati seekor ular jenis Tedung Hitam berada di bawah lantai simen rumah.

Skuad bertugas berjaya menangkap ular tersebut dengan selamat menggunakan peralatan yang bersesuaian. Ular berkenaan kemudiannya dilepaskan di kawasan yang tidak berpenduduk.

Maklumat Kes:
Jenis ular: Tedung Hitam
Berat: 300 gram
Panjang: 1 meter
Sifat: Agresif

Syabas kepada skuad CharlieπŸ’ͺ🏻

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah













  KES BIAWAK (MHL)πŸ“… 18 OKTOBER 2026 (AHAD)πŸ“ KG. KAULUAN, TUARANPusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran menerima pangg...
18/10/2026



KES BIAWAK (MHL)

πŸ“… 18 OKTOBER 2026 (AHAD)
πŸ“ KG. KAULUAN, TUARAN

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran menerima panggilan daripada orang awam berhubung satu kes biawak (MHL) di Kg. Kauluan, Tuaran.

Menurut pengadu, semasa beliau sedang berehat di luar beranda rumah, beliau telah ternampak seekor biawak merangkak masuk ke dalam rumah. Bimbang akan keselamatan diri serta ahli keluarganya, pengadu segera menghubungi PKOD Tuaran untuk mendapatkan bantuan.

Susulan daripada panggilan tersebut, skuad bertugas telah dikerahkan ke lokasi dan melaporkan pergerakan keluar kepada RC 999 bagi tujuan respon terhadap kes tersebut.

Setibanya di lokasi, skuad bertugas menjalankan pemeriksaan di kawasan rumah pengadu dan mendapati seekor biawak berada di bawah timbunan barang-barang di luar beranda rumah.

Skuad bertugas berjaya menangkap biawak tersebut dengan selamat sebelum dilepaskan di kawasan yang tidak berpenduduk.

Maklumat Kes:
Jenis haiwan: Biawak
Berat: 1.5 kilogram
Saiz: 0.5 meter
Sifat: Agresif

Syabas kepada skuad BravoπŸ’ͺ🏻

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah













  KES MENANGKAP ULAR (KMU)πŸ“… 17 OKTOBER 2026 (SABTU)πŸ“ DEWAN SERI SULAMAN, TUARANPusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuara...
17/10/2026



KES MENANGKAP ULAR (KMU)

πŸ“… 17 OKTOBER 2026 (SABTU)
πŸ“ DEWAN SERI SULAMAN, TUARAN

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran menerima panggilan daripada RC 999 berhubung satu kes menangkap ular (KMU) di Dewan Seri Sulaman, Tuaran.

Menurut pengadu, semasa beliau hendak mencuci kereta, beliau telah ternampak seekor ular berada di bawah tayar lori. Bimbang akan keselamatan diri serta rakannya, pengadu segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.

Susulan daripada panggilan tersebut, skuad bertugas telah menghubungi pengadu dan seramai 5x anggota LLP melaporkan pergerakan keluar kepada RC 999 bagi tujuan respon terhadap kes tersebut.

Setibanya di lokasi, skuad bertugas menjalankan pemeriksaan di kawasan hadapan dewan dan mendapati seekor ular jenis Sawa Batik berada di dalam longkang.

Skuad bertugas berjaya menangkap ular tersebut dengan selamat menggunakan peralatan yang bersesuaian. Ular berkenaan kemudiannya dilepaskan di kawasan yang tidak berpenduduk.

Maklumat Kes:
Jenis ular: Sawa Batik
Berat: 500 gram
Panjang: 1.8 meter
Sifat: Agresif

Syabas kepada skuad DeltaπŸ’ͺ🏻

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah













 KES MENANGKAP ULAR (KMU)πŸ“… 14 OKTOBER 2026 (RABU)πŸ“ KG. LAPASAN, TELIPOKPusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran meneri...
14/10/2026



KES MENANGKAP ULAR (KMU)

πŸ“… 14 OKTOBER 2026 (RABU)
πŸ“ KG. LAPASAN, TELIPOK

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran menerima panggilan daripada RC 999 berhubung satu kes menangkap ular (KMU) di Kg. Lapasan, Telipok.

Menurut pengadu, semasa beliau hendak ke bilik mandi, beliau telah ternampak seekor ular berada di dalam bilik mandi. Bimbang akan keselamatan diri serta ahli keluarganya, pengadu segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.

Susulan daripada panggilan tersebut, skuad bertugas telah menghubungi pengadu dan melaporkan pergerakan keluar kepada RC 999 bagi tujuan respon terhadap kes tersebut.

Setibanya di lokasi, skuad bertugas menjalankan pemeriksaan di kawasan luar dan dalam bilik mandi sebelum mendapati seekor ular Tedung Hitam berada di atas rak kasut di tepi bilik mandi.

Skuad bertugas berjaya menangkap ular tersebut dengan selamat menggunakan peralatan yang bersesuaian. Ular berkenaan kemudiannya dilepaskan di kawasan yang tidak berpenduduk.

Maklumat Kes:
Jenis ular: Tedung Hitam
Berat: 100 gram
Panjang: 1 kaki
Sifat: Agresif

Syabas kepada skuad CharlieπŸ’ͺ🏻

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah













 KES MENANGKAP ULAR (KMU)πŸ“… 13 OKTOBER 2026 (SELASA)πŸ“ KG. DUNGUN, JALAN TUARANPusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran ...
13/10/2026



KES MENANGKAP ULAR (KMU)

πŸ“… 13 OKTOBER 2026 (SELASA)
πŸ“ KG. DUNGUN, JALAN TUARAN

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran menerima panggilan daripada RC 999 berhubung satu kes menangkap ular (KMU) di Kg. Dungun, Jalan Tuaran.

Menurut pengadu, semasa ibunya sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di dalam tandas, beliau telah ternampak seekor ular. Bimbang akan keselamatan diri serta ahli keluarganya, pengadu segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.

Susulan daripada panggilan tersebut, skuad bertugas telah menghubungi pengadu dan melaporkan pergerakan keluar kepada RC 999 bagi tujuan respon terhadap kes tersebut.

Setibanya di lokasi, skuad bertugas menjalankan pemeriksaan di kawasan tandas rumah pengadu dan mendapati seekor ular jenis Tedung Hitam berada di atas lantai tandas.

Skuad bertugas berjaya menangkap ular tersebut dengan selamat menggunakan peralatan yang bersesuaian sebelum dilepaskan di kawasan yang tidak berpenduduk.

Maklumat Kes:
Jenis ular: Tedung Hitam
Berat: 700 gram
Panjang: 1.2 meter
Sifat ular: Agresif

Syabas kepada skuad BravoπŸ’ͺ🏻

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah













  MEMUSNAHKAN SARANG SERANGGA (MSS) – LEBAH LALATπŸ“… 12 OKTOBER 2026 (ISNIN)πŸ“ YKL, TUARANPusat Kawalan Operasi Daerah (PKO...
13/10/2026



MEMUSNAHKAN SARANG SERANGGA (MSS) – LEBAH LALAT

πŸ“… 12 OKTOBER 2026 (ISNIN)
πŸ“ YKL, TUARAN

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran menerima panggilan daripada orang awam berhubung satu kes sarang lebah lalat yang dikesan berada di kawasan parit.

Menurut pengadu, semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan di dalam parit, beliau telah ternampak 1x sarang lebah berada di dalam semak pada dahan kayu. Bimbang akan keselamatan diri serta orang awam, pengadu segera menghubungi PKOD Tuaran untuk mendapatkan bantuan.

Susulan daripada panggilan tersebut, skuad bertugas telah dikerahkan ke lokasi dan melaporkan pergerakan keluar kepada RC 999 bagi tujuan respon terhadap kes tersebut.

Setibanya di lokasi, skuad bertugas menjalankan pemeriksaan di kawasan parit dan mendapati 1x sarang lebah lalat berada di dalam semak pada dahan kayu, pada ketinggian kira-kira 3 kaki.

Skuad bertugas kemudiannya berjaya memusnahkan sarang lebah lalat tersebut dengan selamat menggunakan teknik spark api.

Maklumat Kes:
Jenis serangga: Lebah lalat
Saiz sarang: Sebesar bola sepak takraw
Ketinggian: 3 kaki

Syabas kepada skuad AlphaπŸ’ͺ🏻

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah













  MEMUSNAHKAN SARANG SERANGGA (MSS) – TEBUAN TANAHπŸ“… 12 OKTOBER 2026 (ISNIN)πŸ“ KG. BUKIT GILING, TUARANPusat Kawalan Opera...
13/10/2026



MEMUSNAHKAN SARANG SERANGGA (MSS) – TEBUAN TANAH

πŸ“… 12 OKTOBER 2026 (ISNIN)
πŸ“ KG. BUKIT GILING, TUARAN

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran menerima panggilan daripada orang awam berhubung satu kes sarang tebuan tanah yang dikesan berada di atas pokok di kawasan kebun.

Menurut pengadu, sarang tebuan tersebut ditemui ketika beliau pergi ke kebun. Bimbang akan keselamatan diri serta orang awam, pengadu segera menghubungi PKOD Tuaran untuk mendapatkan bantuan.

Susulan daripada panggilan tersebut, skuad bertugas telah dikerahkan ke lokasi dan melaporkan pergerakan keluar kepada RC 999 bagi tujuan respon serta pemantauan kes.

Setibanya di lokasi, skuad bertugas menjalankan pemeriksaan di kawasan kebun dan mendapati terdapat 1x sarang tebuan tanah berada di atas pokok pada ketinggian kira-kira 10 kaki.

Skuad bertugas kemudiannya berjaya memusnahkan sarang tebuan tersebut dengan selamat menggunakan teknik obor api.

Maklumat Kes:
Jenis serangga: Tebuan tanah
Saiz: Baldi cat 18 liter
Ketinggian: 10 kaki

Syabas kepada skuad AlphaπŸ’ͺ🏻

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah













  KES POKOK TUMBANG (PT)πŸ“… 12 OKTOBER 2026 (ISNIN)πŸ“ JALAN TENGHILAN – KOTA BELUDPusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuara...
13/10/2026



KES POKOK TUMBANG (PT)

πŸ“… 12 OKTOBER 2026 (ISNIN)
πŸ“ JALAN TENGHILAN – KOTA BELUD

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran menerima panggilan daripada orang awam berhubung satu kes pokok tumbang yang menghalang laluan utama di Jalan Tenghilan–Kota Belud.

Menurut pengadu, semasa melalui jalan tersebut, beliau ternampak sebatang pokok tumbang yang menghalang satu laluan utama. Bimbang akan keselamatan diri dan pengguna jalan raya, pengadu segera menghubungi PKOD Tuaran bagi mendapatkan bantuan.

Susulan panggilan tersebut, skuad bertugas seramai empat (4) anggota LLP telah dikerahkan ke lokasi dan melaporkan pergerakan kepada RC 999 bagi tujuan respon terhadap kes tersebut.

Setibanya di lokasi, skuad bertugas mendapati sebatang pokok hutan telah tumbang dan menghalang satu laluan utama jalan raya menuju ke Tuaran.

Skuad bertugas kemudiannya menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pengalihan pokok tumbang bagi memastikan laluan dapat digunakan semula dengan selamat. Hasil tindakan pantas dan cekap, pokok tersebut berjaya dialihkan dan laluan kembali selamat untuk dilalui.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Maklumat Kes:
Jenis pokok: Pokok hutan
Ketinggian: 40 kaki
Saiz: 1 kali pemeluk kanak-kanak

Syabas kepada skuad DeltaπŸ’ͺ🏻

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah













Address

Tuaran

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Tuaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share