Pusat Latihan Asas Tentera Darat

  • Home
  • Pusat Latihan Asas Tentera Darat
Call Directions Website

Pusat Latihan Asas Tentera Darat



(518)

Disini bermulanya mengalir darah pahlawan dalam jati diri para perajurit.Mendidik daripada seorang awam kepada anggota tentera bukan tugas yang mudah.Segala ilmu dan pengalaman yang ada kami curahkan kepada para pelatih.Padang kawad adalah kelas,hutan belantara adalah rumah,sungai dan parit adalah tempat bermandi.Inilah kami,anak watan,perwira pertiwi pejuang bangsa.Disinilah kami lahir.....PUSASDA

06/05/2026

Dengan ini dimaklumkan bahawa segala maklumat dan aktiviti Perajurit Muda Tentera Darat akan disalurkan melalui laman sesawang Mytradoc. Sehubungan itu, mohon melayari laman sesawang Mytradoc dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini yang selanjutnya.






https://www.facebook.com/Mytradoc?mibextid=wwXIfr&mibextid=wwXIfr

MyTRADOC adalah singkatan kepada` Malaysian Army Training and Doctrine Command'. Ianya diwujudkan supaya warganya mendapat maklumat tepat dan cepat tentang aktiviti yang dilaksanakan.

𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗔𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱PUSASDA amat berbesar hati men...
29/04/2026

𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗔𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱

PUSASDA amat berbesar hati menjemput ahli keluarga Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 ke acara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 205/25.

Sepertimana ketetapan berikut:

1. Acara Perbarisan.

a. Tarikh: 18 Mei 2026 (Isnin).
b. Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi.
c. Pakaian: Sopan & Bersesuaian.
d. Lokasi Perbarisan: Padang Kawad Utama (PKU), PUSASDA Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

2. Perjumpaan Perajurit Muda bersama Keluarga.

a. Masa: 12.00 tengahari – 5.00 petang.
b. Pakaian: Sopan & Bersesuaian.
c. Lokasi: PUSASDA Kem Sirusa, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

3. Ahli keluarga digalakkan membawa tikar atau 𝑝𝑜𝑟𝑡𝑎𝑏𝑙𝑒 𝑐ℎ𝑎𝑖𝑟 yang bersesuaian untuk digunakan semasa sesi santai bersama Perajurit Muda selepas tamat acara perbarisan.

4. Ahli keluarga dibenarkan bersama Perajurit Muda selepas jam 12.00 tengahari sehingga 5.00 petang khusus di dalam kawasan kem sahaja.

5. Ahli keluarga dilarang sama sekali untuk membawa Perajurit Muda keluar daripada kawasan kem.

6. Pameran aset ketenteraan dan pameran kerjaya serta gerai jualan turut disediakan untuk dikunjungi oleh Perajurit Muda dan ahli keluarga.

7. PERKARA LARANGAN

a. Ahli keluarga dilarang sama sekali untuk memasuki Blok Penginapan Perajurit Muda.

b. Ahli keluarga juga dilarang untuk membekalkan barang larangan kepada Perajurit Muda untuk dibawa p**ang ke blok penginapan seperti:

❌ Telefon bimbit, kamera serta lain-lain peralatan eletronik atau teknologi maklumat.
❌ Peralatan berunsur perjudian
❌ Kad Bank
❌ Rokok/Vape

Sekian untuk makluman semua.




𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗗 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱PORT DICKSON, 24 Apr 26: Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) ...
29/04/2026

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗗 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱

PORT DICKSON, 24 Apr 26: Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) telah menganjurkan Pertandingan Kawad Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 bermula 22 hingga 24 April 2026 bertempat di Padang Kawad Utama (PKU), PUSASDA. Majlis penutup pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Azadlee Rafedzi bin Hj Kamal Rafedzi, Ketua Jurulatih PUSASDA.

Pertandingan ini diadakan untuk menguji kekemasan kawad, memupuk kerjasama dan disiplin kump**an serta menguji ketahanan fizikal dan mental perajurit muda. Persembahan kawad yang ditampilkan mencerminkan latihan intensif, komitmen tinggi dan disiplin yang telah diterapkan sepanjang tempoh latihan.

Johan bagi kompeni terbaik keseluruhan Pertandingan Kawad Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 ini disandang oleh kompeni Golf manakala, pemenang bagi kategori Ketua Platun Terbaik adalah dinobatkan kepada 1231330 PM Muhammad Sufi bin Salim juga daripada Kompeni Golf.

Acara berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta sesi bergambar. Turut hadir, para Pegawai, Staf dan Jurulatih PUSASDA.




𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗡𝗝𝗨 𝗡𝗢𝗩𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱PORT DICKSON, 21 Apr 26: Kejohanan Tinju Novis Perajurit ...
29/04/2026

𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗡𝗝𝗨 𝗡𝗢𝗩𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱

PORT DICKSON, 21 Apr 26: Kejohanan Tinju Novis Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 telah melabuhkan tirai dengan perlawanan akhirnya bertempat di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA). Perlawanan ini telah dilaksanakan bermula pada 18 hingga 21 Apr 26 mengikut kategori yang dipertandingkan merangkumi kategori Welter, Light Welter dan Light Middle Weight.

Majlis Penutup Kejohanan Tinju Novis Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan Kolonel Adam Buqhary bin Amzah, Ketua Staf Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat. Turut hadir, Kolonel Burhan bin Sagoni, Komandan PUSASDA, Leftenan Kolonel Azadlee Rafedzi bin Hj Kamal Rafedzi bin Hj Kamal Rafedzi, Ketua Jurulatih PUSASDA, Leftenan Kolonel Wan Rosli bin Jamaluddin, Ketua Cawangan Bahagian Institut Pegawai Kanan serta para Pegawai, Staf dan Jurulatih PUSASDA.

Upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Komandan PUSASDA. Peninju Terbaik adalah dinobatkan kepada 1230504 PM Hector Azzmi anak Donny daripada kompeni Hotel manakala, Peninju Berpotensi dinobatkan kepada 1230378 PM Aarinleon Gloi Adios daripada kompeni Foxtrot. Johan keseluruhan bagi Kejohanan Tinju Novis Perajurit Muda Siri 205/25 adalah disandang oleh Kompeni Hotel.

Secara keseluruhannya, penganjuran kejohanan ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memperlihatkan tahap kesungguhan, disiplin dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan Perajurit Muda.

Dengan ini dimaklumkan bahawa segala maklumat dan aktiviti berkaitan Perajurit Muda seterusnya akan disalurkan melalui laman sesawang Mytradoc.
https://www.facebook.com/share/1DgwRu9b1q/?mibextid=wwXIfr




𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝙐𝙇𝙏𝙄𝙈𝘼𝙏𝙀 𝘾𝙃𝘼𝙇𝙇𝙀𝙉𝙂𝙀 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱 PORT DICKSON, 17 Apr 26: Penutup Karniva...
20/04/2026

𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝙐𝙇𝙏𝙄𝙈𝘼𝙏𝙀 𝘾𝙃𝘼𝙇𝙇𝙀𝙉𝙂𝙀 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱

PORT DICKSON, 17 Apr 26: Penutup Karnival Sukan dan Pertandingan 𝘜𝘭𝘵𝘪𝘮𝘢𝘵𝘦 𝘊𝘩𝘢𝘭𝘭𝘦𝘯𝘨𝘦 Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 telah disempurnakan oleh Kolonel Burhan bin Sagoni, Komandan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) bertempat di Padang Tempur, PUSASDA.

Pertandingan 𝘜𝘭𝘵𝘪𝘮𝘢𝘵𝘦 𝘊𝘩𝘢𝘭𝘭𝘦𝘯𝘨𝘦 telah dilaksanakan dengan penuh semangat, disiplin dan daya juang yang tinggi. Pertandingan ini bukan sekadar menguji ketahanan mental dan fizikal perajurit muda malah menjadi platform penting dalam memperkukuh semangat kerjasama serta setia kawan dalam setiap kump**an. Setiap perajurit muda perlu mempamerkan kecekalan dan komitmen yang tinggi dalam menghadapi setiap cabaran.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaikan hadiah kepada para pemenang Karnival Sukan Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 iaitu Johan Keseluruhan karnival sukan adalah dinobatkan kepada kompeni Foxtrot. Manakala, johan bagi pertandingan bola sepak disandang oleh Kompeni India. Johan bagi sukan bola tampar p**a dimenangi oleh kompeni Foxtrot. Bagi sukan sepak takraw p**a, johan adalah kompeni Foxtrot. Sementara itu, bagi pertandingan 𝘜𝘭𝘵𝘪𝘮𝘢𝘵𝘦 𝘊𝘩𝘢𝘭𝘭𝘦𝘯𝘨𝘦, johan adalah kompeni Golf.

Komandan PUSASDA turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pemenang atas semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang karnival sukan dan pertandingan ultimate challenge berlangsung. Kejayaan tersebut bukan sahaja mencerminkan tahap keupayaan fizikal dan mental yang tinggi, malah membuktikan semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama dalam kalangan perajurit muda.

Majlis diakhiri dengan acara bergambar. Turut hadir, semua Pegawai, Staf dan Jurulatih serta Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25.


𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱PORT DICKSON, 16 Apr 26 – Karnival Sukan Perajurit Muda Lelaki...
20/04/2026

𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱

PORT DICKSON, 16 Apr 26 – Karnival Sukan Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 telah dilaksanakan dengan penuh semangat kesukanan dan kemeriahan bermula 15 Apr 26 dengan perlawanaan pertandingan sukan bola tampar, sepak takraw dan bola sepak.

Acara pembukaan karnival sukan ini telah disempurnakan oleh Kolonel Burhan bin Sagoni, Komandan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) dengan menyaksikan perlawanan akhir bola sepak bertempat di Padang Bola Sepak, PUSASDA.

Penganjuran karnival sukan ini bertujuan memupuk semangat berpasukan, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan Perajurit Muda. Di samping itu, karnival ini juga menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan pada masa hadapan.

Turut hadir, semua Pegawai, Staf dan barisan Jurulatih PUSASDA serta Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25.


𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗟𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱PORT DICKSON, 14 Apr 26: Pusat La...
14/04/2026

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗟𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱

PORT DICKSON, 14 Apr 26: Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) telah melaksanakan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 205/25 yang telah disempurnakan oleh Ketua Kaunselor PUSASDA, Leftenan Kolonel Zamri bin Ab Rahman bertempat di Masjid Depot RAMD, PUSASDA.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memupuk kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan perajurit muda di samping menggalakkan penghayatan terhadap bacaan yang betul mengikut hukum tajwid serta mempertingkatkan kemahiran tilawah. Selain itu, ia juga bertujuan membentuk sahsiah diri yang unggul, berdisiplin serta berteraskan nilai-nilai murni sejajar dengan tuntutan agama.

Seramai 16 kali perajurit muda telah terlibat dalam pertandingan ini. Johan bagi pertandingan tilawah Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 205/25 telah disandang oleh 1231264 PM Muhamad Hafeezi bin Md Sabri daripada Kompeni Foxtrot.

Program ini turut menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan perajurit muda serta membantu melahirkan anggota yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek ketenteraan, malah seimbang dari segi rohani dan jasmani.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para peserta dan acara bergambar. Turut hadir, semua Pegawai, Staf dan Jurulatih PUSASDA serta Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 205/25.


𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟲/𝟮𝟲 PORT DICKSON, 13 Apr 26: Perbarisan Upacara Pembukaan K...
14/04/2026

𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟲/𝟮𝟲

PORT DICKSON, 13 Apr 26: Perbarisan Upacara Pembukaan Kursus Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 206/26 telah dilaksanakan bertempat di Padang Kawad Utama (PKU), Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).

Upacara ini disempurnakan dengan simbolik penyerahan bendera oleh Komandan PUSASDA, Kolonel Burhan bin Sagoni kepada Ketua-Ketua Kompeni yang terdiri daripada Kompeni Alpha, Bravo, Charlie, Delta dan Echo. Penyerahan bendera ini melambangkan permulaan rasmi latihan serta amanah yang dipikul oleh setiap perajurit muda sepanjang tempoh latihan mereka.

Seterusnya, Komandan PUSASDA juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua perajurit muda yang berjaya terpilih untuk meneruskan latihan di pusat latihan ini. Beliau turut mengingatkan agar setiap perajurit muda harus mengekalkan semangat juang yang tinggi serta mempersiapkan diri dengan ketahanan fizikal dan mental sepanjang menjalani latihan.

Di samping itu, Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 206/26 turut diberikan Ceramah Motivasi oleh Ketua Kaunselor PUSASDA, Leftenan Kolonel Zamri bin Ab Rahman bertempat di Hangar PUSASDA yang menekankan kepentingan kekuatan mental, disiplin diri serta semangat juang yang tinggi dalam menghadapi setiap cabaran sepanjang latihan. Beliau juga menasihatkan agar semua perajurit muda sentiasa mengutamakan aspek keselamatan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan bersemangat kental sehingga ke penamat latihan.


𝗨𝗣𝗔𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 𝗦𝗨𝗠𝗣𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟲/𝟮𝟲PORT DICKSON, 10 Apr 26: Upacara Tad...
10/04/2026

𝗨𝗣𝗔𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 𝗦𝗨𝗠𝗣𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟲/𝟮𝟲

PORT DICKSON, 10 Apr 26: Upacara Tadbir Sumpah dan Penyerahan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat (TD) Siri 206/26 telah berlangsung di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).

Seramai 1,584 Perajurit Muda Lelaki telah lafaz ikrar taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, negara dan Angkatan Tentera Malaysia. Upacara ini juga menandakan detik permulaan perjalanan sebagai Perajurit Muda Tentera Darat yang berdisiplin tinggi, berintegriti serta sentiasa siap siaga mempertahankan kedaulatan negara.

Majlis diteruskan dengan upacara menandatangani Nota Penyerahan Perajurit Muda antara Pegawai Staf Satu Pembangunan, BSM (G1), Lt Kol Shah Hadi Shah Budin kepada Ketua Jurulatih PUSASDA, Lt Kol Azadlee Rafedzi Hj Kamal Rafedzi. Upacara Tadbir Sumpah dan Penyerahan Perajurit Muda TD ini telah disaksikan oleh Ketua Pengarah Dasar dan Pembangunan, BSM (G1), Brig Jen Meor Anas Meor Ahmad dan Komandan PUSASDA, Kol Burhan Sagoni.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Perajurit Muda yang terpilih untuk menjalani latihan di PUSASDA. Semoga berjaya menempuh latihan selama 24 minggu dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi. Segala ilmu, cabaran serta disiplin yang diterapkan hendaklah dihayati dan dimanfaatkan sepenuhnya demi membentuk jati diri yang kental dan berwibawa untuk berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air tercinta.


𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗣𝗘𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗚𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱PORT DICKSON, 8 Apr 26: Perajurit Mud...
10/04/2026

𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗣𝗘𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗚𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱

PORT DICKSON, 8 Apr 26: Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 telah melaksanakan latihan medan akhir peperangan melawan insurgensi iaitu Counter Insurgency Warfare (CIW) yang telah dilaksanakan bermula 4 April hingga 8 Apr 26 bertempat di kawasan latihan Lapang Sasar Armor, Port Dickson. Turut hadir menonton serangan khemah sementara musuh, Kolonel Burhan bin Sagoni, Komandan PUSASDA.

Latihan ini bertujuan memberi pendedahan kepada Perajurit Muda berkaitan operasi melawan insurgensi, di samping menguji keupayaan mereka dalam mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang tempoh latihan. Pelaksanaan latihan turut menekankan aspek taktikal di medan, kepimpinan, disiplin serta semangat kerjasama berpasukan dalam situasi operasi sebenar.

Kejayaan pelaksanaan latihan ini jelas membuktikan tahap kesiapsiagaan yang tinggi serta keupayaan Perajurit Muda untuk beroperasi secara efektif dalam persekitaran peperangan yang dinamik dan mencabar. Sehubungan itu, latihan ini diharapkan dapat melahirkan perajurit muda yang berdaya tahan, berkemahiran tinggi serta sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai bentuk ancaman pada masa hadapan.


𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗣𝗘𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗘𝗡𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱PORT DICKSON, 3 Apr 26: Perajurit Muda Lela...
04/04/2026

𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗣𝗘𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗡𝗩𝗘𝗡𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱

PORT DICKSON, 3 Apr 26: Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 telah berjaya melaksanakan serangan akhir peperangan konvensional iaitu Conventional Warfare (CW) yang telah dilaksanakan bermula 31 Mac hingga 3 Apr 26 bertempat di kawasan latihan Ladang Sawit, Port Dickson.

Objektif utama latihan ini adalah untuk memberi pendedahan asas kepada perajurit muda berkaitan konsep peperangan konvensional, di samping melatih mereka mengaplikasikan ilmu teori di medan. Selain itu, latihan ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran pengendalian senjata, memperkukuhkan aspek pentadbiran serta memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dalam kump**an.

Latihan ini bukan sekadar menguji kemampuan fizikal, tetapi membentuk jati diri, keberanian dan semangat setiakawan yang menjadi teras kekuatan seorang perajurit muda.


𝗗𝗘𝗠𝗢𝗡𝗦𝗧𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗖𝗢𝗡𝗩𝗘𝗡𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗪𝗔𝗥𝗙𝗔𝗥𝗘 (𝗖𝗪) 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗢𝗨𝗡𝗧𝗘𝗥 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗚𝗘𝗡𝗖𝗬 𝗪𝗔𝗥𝗙𝗔𝗥𝗘 (𝗖𝗜𝗪) 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱PORT DICKSON...
27/03/2026

𝗗𝗘𝗠𝗢𝗡𝗦𝗧𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗖𝗢𝗡𝗩𝗘𝗡𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗪𝗔𝗥𝗙𝗔𝗥𝗘 (𝗖𝗪) 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗢𝗨𝗡𝗧𝗘𝗥 𝗜𝗡𝗦𝗨𝗥𝗚𝗘𝗡𝗖𝗬 𝗪𝗔𝗥𝗙𝗔𝗥𝗘 (𝗖𝗜𝗪) 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗥𝗜𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟱/𝟮𝟱

PORT DICKSON, 26 MAC 2026: Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 telah melaksanakan demonstrasi Conventional Warfare (CW) dan Counter Insurgency Warfare (CIW) mulai 25 hingga 26 Mac 26 di sekitar Padang Tempur, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).

Demonstrasi tersebut merupakan latihan kering secara berkelompok sebagai persediaan sebelum perajurit muda memasuki latihan medan sebenar. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan pelaksanaan operasi secara konvensional dan juga operasi menentang insurgensi.

Selain itu, demonstrasi ini turut menekankan aspek koordinasi, komunikasi serta pelaksanaan taktikal di medan bagi memastikan setiap pergerakan dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Latihan ini juga dapat meningkatkan tahap keyakinan serta kefahaman perajurit muda terhadap situasi sebenar di medan operasi.


Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Asas Tentera Darat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share