Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

  • Home
  • Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman

KEBERANGKATAN KEBAWAH DYMM TUANKU SULTAN KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID ABU BAKAR, KARIAH MALAU, DAERAH KUBANG ...
30/10/2026

KEBERANGKATAN KEBAWAH DYMM TUANKU SULTAN KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID ABU BAKAR, KARIAH MALAU, DAERAH KUBANG PASU

JITRA, 30 Oktober 2026: Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Abu Bakar, Kariah Malau, di sini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, YB Dato' Seri Norizan Khazali; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat; Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Sohibus Samahah Dato' Paduka (Dr) Syeikh Fadzil Haji Awang; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK), Syeikh Mohamad Subhi Abdullah; Imam, Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Abu Bakar dan Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai JHEAIK.

Tuanku Sultan berkenan bergambar bersama dif kenamaan yang hadir dan Pegawai Masjid serta Ahli Jawatankuasa Kariah masjid sebelum menunaikan solat fardu Jumaat.

Khutbah Jumaat bertajuk “Menghayati Nilai Setitis Air” disampaikan oleh Imam Masjid Abu Bakar, Ustaz Hafizfuddin Saad.

29/10/2026

MAJLIS BACAAN YASIN PERDANA
sempena
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2026
Peringkat Negeri Kedah Darul Aman

𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡: 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗦𝗜𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗨𝗣𝗞𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡Assalamualaikum warahmatu...
29/10/2026

𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡: 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗦𝗜𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗨𝗣𝗞𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin Perdana Sempena Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2026 Peringkat Negeri Kedah yang akan berlangsung pada :

Tarikh : 29 Oktober 2026 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Medium : Akan disiarkan secara langsung melalui Facebook Rasmi JHEAIK

Semua calon UPKK, waris , guru dan semua warga KAFA dijemput untuk turut serta dalam majlis ini di tempat masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pendidikan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK)

29/10/2026

PERTANDINGAN PIDATO PIALA PUSINGAN YB DATO' SERI KERAJAAN NEGERI KEDAH

28/10/2026
KURSUS PEROLEHAN KERAJAAN BAGI PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2026ALOR SETAR, 26 Oktober 2026: Pe...
26/10/2026

KURSUS PEROLEHAN KERAJAAN BAGI PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2026

ALOR SETAR, 26 Oktober 2026: Pengarah JHEAIK, Syeikh Mohamad Subhi Abdullah hari ini merasmikan penutupan Kursus Perolehan Kerajaan Bagi Pegawai Hal Ehwal Islam Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026 di Masjid Al-Hasanah, Taman Rakyat, Mergong, di sini.

Ceramah kursus yang berlangsung selama dua hari bermula 25 Oktober ini telah disampaikan oleh Dr. Samsuddin Mohamad Ibrahim, Timbalan Ketua Penyelaras Unit Pelaksanaan Latihan, Institut Perakaunan Negara, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi memperkukuh kecekapan serta meningkatkan tadbir urus perolehan jabatan.

Turut hadir majlis perasmian penutupan Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK, Dato’ Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim dan Pemangku Timbalan Pengarah (Pengurusan, Perkhidmatan & Kewangan) JHEAIK, Azhari Mohamad.

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT SARINGAN NEGERI KEDAH TAHUN 2027/1448HAlor Setar (22.10.2026) Khamis.Alham...
22/10/2026

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT SARINGAN NEGERI KEDAH TAHUN 2027/1448H

Alor Setar (22.10.2026) Khamis.

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Tilawah dan Hafazan (MTHQ) Peringkat Saringan Negeri Kedah Tahun 2027/1448H yang telah berlangsung pada : 18 hingga 22 Oktober 2026 (18 - 20 Oktober) bagi Hafazan Al-Quran, (21 - 22 Oktober) bagi Tilawah Al-Quran. Bermula hari Ahad sehingga Khamis, bertempat di Dewan Masjid Al-Hasanah, Ampang Jajar, Alor Setar, Kedah.

Terima kasih kepada pihak Masjid Al-Hasanah yang memberi kerjasama terbaik bagi menjayakan majlis ini.

Ucapan penghargaan juga kepada Tuan Pengarah JHEAIK, Ketua Penolong Pengarah Kanan Dakwah, Ketua Urusetia, Para Hakim MTHQ yang dilantik, urusetia dan petugas yang bertungkus lumus memberi buah fikiran,idea dan tenaga bagi memastikan perjalanan Majlis MTHQ Saringan berjaya dan sempurna.

Majlis MTHQ Saringan ini adalah untuk menyaring dan memilih para Huffaz dan Qari bagi melayakan diri ke peringkat Majlis Tilawah dan Hafazan (MTHQ) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2027/1448H. Ucapan syabas bagi semua yang menyertai dalam Majlis MTHQ Saringan. Bagi yang layak akan dimaklumkan kemudian oleh urusetia MTHQ Negeri Kedah.

22/10/2026

[DEWAN 2 - HARI KELIMA]
BAHAGIAN TILAWAH

Address

BANGUNAN WAN MAT SAMAN, Jalan RAJA

05676

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047026000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share