Umno Bahagian Bukit Katil Melaka

  • Home
  • Umno Bahagian Bukit Katil Melaka
Call Directions

Umno Bahagian Bukit Katil Melaka Laman Facebook Rasmi bagi UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Melaka
(dahulunya dikenali sebagai UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka)

Laman Facebook Rasmi UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Melaka

24/08/2026

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐊𝐄-𝟕𝟕 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍

Merafak sembah dengan penuh takzim dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, sempena ulang tahun kelahiran Ke-77 pada 24 Ogos 2026, bersamaan 11 Rabiulawal 1448H.

13/02/2026

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN UMNO BAHAGIAN HANG TUAH JAYA
12 FEBRUARI 2026

FOKUS MENANGANI KEYAKINAN RAKYAT, BUKAN BERPOLITIK DI MEDIA

UMNO Hang Tuah Jaya menegaskan bahawa kenyataan terbuka mengenai agihan kerusi oleh Ketua Penerangan PKR Hang Tuah Jaya adalah tidak wajar dan menyimpang daripada semangat Kerajaan Perpaduan.

Soal kerusi bukan untuk dipolemikkan di media. Ia dibincangkan dalam saluran kepimpinan, bukan melalui kenyataan provokatif yang hanya mengeruhkan hubungan rakan gabungan.

Jika benar mahu bercakap tentang kerusi, turun padang dan buktikan kerja. Rakyat menilai melalui khidmat, bukan retorik. Ini bukan masa menonjolkan diri atau memberi bayangan mahu menjadi calon dengan mencipta polemik terbuka.

Ketua Penerangan PKR Hang Tuah Jaya sepatutnya membantu menjelaskan isu melibatkan Ketua Cabangnya berkaitan kes rasuah yang sedang berjalan, agar tidak terus menjejaskan persepsi dan sokongan rakyat terhadap gabungan. Di peringkat negeri p**a, beliau seharusnya membantu Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Melaka dengan tampil memberi penerangan yang jelas kepada mahasiswa dan mahasiswi berkaitan isu AUKU dan PTPTN supaya perkara tersebut tidak mengganggu keyakinan golongan muda.

Rakyat mahukan kestabilan dan penyelesaian, bukan pertandingan kenyataan.

Datuk Rohazam Bakar
Ketua Penerangan
UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6062322755

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umno Bahagian Bukit Katil Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share