Polis Padang Terap

  • Home
  • Polis Padang Terap
Call Directions Contact the organization

Polis Padang Terap PAGE RASMI POLIS PADANG TERAP

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA12 NOVEMBER 2026 | KHAMISKUALA NERANG – Ketua P...
12/11/2026

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

12 NOVEMBER 2026 | KHAMIS

KUALA NERANG – Ketua Polis Daerah Padang Terap, YDH Supt Mohd Anuar bin Junoh telah menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra yang berlangsung di Dewan Istiqlal, Masjid Tengku Sarafudin Badlishah, Kuala Nerang, Kedah.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap pencapaian murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum, di samping menyuntik semangat serta motivasi kepada mereka untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Majlis turut diserikan dengan ucapan perasmian oleh Ketua Polis Daerah Padang Terap, persembahan murid-murid serta penyampaian sijil, plak dan trofi kepada para penerima anugerah.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, YBrs. Puan Maizatul Farhida binti Muhamad, Guru Besar SK Tunku Abdul Rahman Putra, YBrs. Puan Masni binti Nawi, barisan pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid serta ibu bapa.

Pihak IPD Padang Terap merakamkan ucapan tahniah kepada semua murid yang telah menerima pengiktirafan dan berharap agar kejayaan yang dicapai menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Pendidikan Cemerlang, Generasi Gemilang.

ZIARAH KEBAJIKAN – ZIARAH KEMATIAN IBU MERTUA ANGGOTA POLIS IPD PADANG TERAPPADANG TERAP, 12 November 2026 – Ketua Polis...
12/11/2026

ZIARAH KEBAJIKAN – ZIARAH KEMATIAN IBU MERTUA ANGGOTA POLIS IPD PADANG TERAP

PADANG TERAP, 12 November 2026 – Ketua Polis Daerah Padang Terap, YDH Supt Mohd Anuar bin Junoh bersama barisan Ketua Bahagian serta warga kerja IPD Padang Terap telah mengadakan lawatan kebajikan (ziarah kematian) ke rumah keluarga Allahyarhamah Norazah binti Ahmad, ibu mertua kepada Kpl 153180 Mohd Hafez bin Sipani, anggota Balai Polis Padang Sanai, IPD Padang Terap.

Lawatan yang diadakan di Kampung Padang Setol, Pedu, Kedah itu bertujuan menzahirkan rasa simpati serta memberikan sokongan moral kepada anggota dan keluarga yang sedang berhadapan dengan kehilangan insan tersayang.

Dalam kesempatan tersebut, YDH KPD Padang Terap turut menyampaikan ucapan takziah mewakili seluruh warga IPD Padang Terap serta menyampaikan sumbangan ikhlas kepada waris sebagai tanda keprihatinan dan solidariti keluarga besar PDRM.

Seluruh warga IPD Padang Terap merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini serta semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

SESI PERJUMPAAN KETUA POLIS DAERAH PADANG TERAP BERSAMA AHLI MAJLIS DAERAH PADANG TERAP10 NOVEMBER 2026 | SELASAPADANG T...
10/11/2026

SESI PERJUMPAAN KETUA POLIS DAERAH PADANG TERAP BERSAMA AHLI MAJLIS DAERAH PADANG TERAP

10 NOVEMBER 2026 | SELASA

PADANG TERAP – Ketua Polis Daerah Padang Terap, YDH Supt Mohd Anuar bin Junoh telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Ahli-ahli Majlis Daerah Padang Terap bertempat di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap.

Sesi perjumpaan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Daerah Padang Terap, khususnya dalam aspek keselamatan serta ketenteraman awam di daerah ini.

Dalam sesi tersebut, Ketua Polis Daerah telah menyampaikan taklimat berkaitan situasi jenayah, narkotik, komersil dan trafik di daerah Padang Terap, selain berkongsi langkah-langkah pencegahan serta tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pihak polis.

Program turut disusuli dengan sesi perbincangan dan soal jawab bagi memberi ruang kepada kedua-dua pihak berkongsi pandangan, menyuarakan permasalahan serta mencari pendekatan terbaik dalam menangani isu-isu berkaitan keselamatan komuniti.

Diharapkan melalui perjumpaan ini, hubungan dua hala dan jalinan kerjasama antara IPD Padang Terap dan Majlis Daerah Padang Terap akan terus diperkukuh demi memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat setempat sentiasa terpelihara.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA


05/11/2026
04/11/2026
🚨 𝐀𝐖𝐀𝐒! 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚, 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫!Pernah terima bungkusan yang tak pernah anda pesan? 📦 Atau ada individu...
03/11/2026

🚨 𝐀𝐖𝐀𝐒! 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚, 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫!

Pernah terima bungkusan yang tak pernah anda pesan? 📦 Atau ada individu menyamar sebagai kurier dan meminta bayaran?

Jangan panik! Sentiasa berwaspada dan lindungi diri anda daripada penipuan dengan tips berikut:

✅ Sebelum membuat bayaran, semak dahulu jika anda atau ahli keluarga ada membuat pesanan.
✅ Jangan klik pautan mencurigakan atau kongsi maklumat peribadi dan perbankan.
✅ Jika ragu-ragu, hubungi Khidmat Pelanggan J&T Express di 1800-82-0022.

Kongsi panduan ini dengan keluarga dan rakan-rakan supaya lebih ramai dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam! 🤝

𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭, 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚. 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐛𝐞𝐫𝐰𝐚𝐬𝐩𝐚𝐝𝐚, 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭! 🛡️





TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM BERSAMA PENGHULU DAN MAJLIS KETUA KAMPUNG (MKK) DAERAH PADANG TERAP1 NOVEMBER...
01/11/2026

TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM BERSAMA PENGHULU DAN MAJLIS KETUA KAMPUNG (MKK) DAERAH PADANG TERAP

1 NOVEMBER 2026 | DEWAN TUNKU PUTRA, KUALA NERANG

PADANG TERAP – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap bersama Pejabat Tanah, Galian dan Majlis Daerah Padang Terap telah menganjurkan Program Taklimat Keselamatan dan Ketenteraman Awam kepada Penghulu dan Majlis Ketua Kampung (MKK) Daerah Padang Terap yang berlangsung di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang.

Program tersebut telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Padang Terap, YDH Supt Mohd Anuar bin Junoh, bersama Timbalan Ketua Polis Daerah, Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Polis Balai IPD Padang Terap.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Padang Terap, YBrs. Tuan Mohd Noor bin Ismail, Ketua Penghulu Daerah Padang Terap, En. Nasrul Safarin bin Ahmad Razi serta para penghulu dan ketua-ketua kampung dalam daerah Padang Terap.

Penganjuran program ini bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepimpinan masyarakat setempat berhubung isu keselamatan dan ketenteraman awam, di samping memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara PDRM dengan komuniti di peringkat akar umbi.

Program turut diisi dengan sesi taklimat dan dialog bersama Ketua-Ketua Bahagian IPD Padang Terap bagi membincangkan isu, permasalahan serta cabaran keselamatan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan masing-masing. Sesi ini juga menjadi medium komunikasi dua hala dalam mempertingkatkan keberkesanan penyampaian maklumat dan tindakan pencegahan jenayah.

IPD Padang Terap berharap agar kerjasama erat antara pihak polis, penghulu dan ketua-ketua kampung dapat terus diperkasakan melalui pendekatan Community Policing, sekali gus melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, berinformasi dan bertanggungjawab dalam bersama-sama menjaga keselamatan serta keharmonian komuniti.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.





MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KETUA POLIS BALAI KUALA NERANG, IPD PADANG TERAPPADANG TERAP, 01 November 2026 – Ketua...
01/11/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JAWATAN KETUA POLIS BALAI KUALA NERANG, IPD PADANG TERAP

PADANG TERAP, 01 November 2026 – Ketua Polis Daerah Padang Terap, YDH Supt Mohd Anuar bin Junoh telah hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Balai (KPB) Kuala Nerang yang berlangsung di Bilik Gerakan, IPD Padang Terap, hari ini.

Turut hadir ialah YDH DSP Marafendi bin Marzuki, Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Terap bersama Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Ketua-Ketua Polis Balai serta warga Balai Polis Kuala Nerang.

Majlis melibatkan Sub Insp Mohd Shukor bin Yahaya selaku KPB Kuala Nerang yang terdahulu sebagai penyerah tugas kepada Sjn Muhammad Hafizi bin Parno selaku Timbalan KPB Kuala Nerang dan akan menggalas tugas sebagai Pemangku KPB Kuala Nerang buat sementara waktu.

Dalam amanatnya, Ketua Polis Daerah Padang Terap mengingatkan beliau agar memberikan penekanan terhadap aspek pentadbiran balai, pengurusan serta pengaturan tugas, integriti, penyeliaan penugasan di lapangan dan pejabat sentiasa diurus dengan teratur.

Pada kesempatan sama, Ketua Polis Daerah Padang Terap turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sub Insp Mohd Shukor bin Yahaya atas khidmat bakti sepanjang menjalankan tugas sebagai KPB Kuala Nerang sejak Ogos 2023 serta mendoakan agar segala urusan beliau di tempat tugas baharu dipermudahkan.




ZIARAH KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH PADANG TERAP29 Oktober 2026 | KhamisPADANG TERAP – Ketua Polis Daerah Padang Terap, ...
29/10/2026

ZIARAH KEBAJIKAN KETUA POLIS DAERAH PADANG TERAP

29 Oktober 2026 | Khamis

PADANG TERAP – Ketua Polis Daerah Padang Terap, YDH Supt Mohd Anuar bin Junoh bersama Timbalan Ketua Polis Daerah, YDH DSP Marafendi bin Marzuki, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan Polis, Ketua Polis Balai serta warga kerja IPD Padang Terap telah mengadakan lawatan kebajikan pada hari ini.

Lawatan tersebut merangkumi ziarah kematian abang kepada seorang anggota daripada Cawangan MPV, BPJKK IPD Padang Terap serta bapa kepada seorang anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Padang Terap.

Dalam lawatan berkenaan, YDH Tuan Ketua Polis Daerah Padang Terap telah menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan waris Allahyarham serta mendoakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Turut disampaikan sumbangan kebajikan daripada Tabung Kelab Polis IPD Padang Terap bagi meringankan beban keluarga yang terlibat.

Selain itu, YDH Tuan Ketua Polis Daerah Padang Terap turut meluangkan masa menziarahi seorang pesara polis IPD Padang Terap yang sedang mengalami masalah kesihatan. Dalam kunjungan tersebut, sumbangan wang daripada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) turut disampaikan sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan pesara polis.

Lawatan ini mencerminkan komitmen dan keprihatinan pihak pengurusan IPD Padang Terap dalam menjaga kebajikan warga kerja serta pesara polis, selaras dengan semangat kekeluargaan, solidariti dan kebersamaan yang sentiasa menjadi keutamaan dalam pasukan.

Semoga segala urusan keluarga yang terlibat dipermudahkan dan pesara polis yang diziarahi dikurniakan kesembuhan serta kesihatan yang baik.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA





Address


Telephone

+6047866222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Padang Terap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Padang Terap:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share