Jabatan Pendidikan Negeri Johor

  • Home
  • Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Pendidikan Negeri Johor Jabatan Pendidikan Negeri Johor Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Sekolah Melayu pertama dibina pada tahun 1840 iaitu Sekolah Melayu Kg. YAM Ungku Mohd. Hj. H.A.R.

Gelam dan Teluk Belanga (1846) atas minat yang tinggi ditunjukkan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Temenggong Ibrahim (1825) dan Temenggong Abu Bakar (1862)

DYMM Temenggong Abu Bakar yang belajar dari mubaligh Inggeris Kaesbearry telah mengusahakan persekolahan Melayu & Inggeris - dengan teratur mengikut warkah baginda pada 9hb. Mac 1885 kepada Gabenor Selat, diikuti oleh enakmen pada 1hb. Jun 1902 bagi persekolahan kanak-kanak 7 tahun.

‘Johor Free School’ diasaskan oleh Maharaja Abu Bakar pada tahun 1864 di mana kedua-dua aliran Melayu & Inggeris di bawah satu bumbung. ‘English School Johor Bahru’ direkodkan berjalan pada tahun 1883. Kemudiannya English School Muar (1912), Johor Agriculture School (1885) dan Johor Technical School (1895). Dari punca ‘Singapore & Straits Director’ (SSD) 1883 Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah wujud di bawah kelolaan Dato’ Munsyi Ibrahim (Dato’ Bentara Dalam) untuk menguruskan 5 buah sekolah (1883, 1885 dan 1887). Khalid (1901), Dato’ Mohamed Mahbob (1913) bersama J.R. Thomson (1918) di mana struktur Daerah Muar, Johor Bahru dan Batu Pahat telah diwujudkan. Jawatan Nazir Sekolah Melayu diwujudkan pada 21 Disember 1928 di Muar. Dari tahun 1887-1913 Jawatan Ketua Pelajaran dipanggil ‘President’ di mana Dato’ Munshi Ibrahim adalah Pemegang Pertama. ‘Superintendent Of School’ (1895-1984) digunakan bagi mengganti ‘Secretary of Education Dept’ yang disandang oleh Mohd. Khalid Bin Abdullah. Ismail Bin Hj. Sulaiman pada tahun 1916-1926 di tukar jawatannya kepada ‘Officers in charge of Malay School’. Cheesemen memulakan jawatan sebagai ‘Superintendent of Education’ pada tahun 1928. Selepas beliau sehingga tahun 1953 jawatan tersebut disandang oleh 14 orang. ‘Chief Education Officer’ bermula dari F.T. Laidlaw, hingga 1964 dengan 6 orang penyandang, berpejabat di Bukit Timbalan. Ketua Pegawai Pelajaran bermula pada 1964 berpejabat di Jalan Nong Chik dengan En. Tan Teik Beng diikuti dengan 6 orang penyandang. Pengarah Pelajaran Johor yang pertama tahun 1971 ialah En. Ahmad Bin Haji Salleh yang berpejabat di Jalan Larkin, Johor Bahru. Selepas beliau terdapat 21 orang penyandang jawatan tersebut.

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗦 𝗣 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔 𝗙𝗢𝗨𝗡𝗗𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗞𝗘 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥Pada 18 September 2026, Jabatan Pendidikan Neger...
19/09/2026

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗦 𝗣 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔 𝗙𝗢𝗨𝗡𝗗𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗞𝗘 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥

Pada 18 September 2026, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi S P Setia Foundation bagi membincangkan pencalonan sekolah angkat baharu di bawah Setia Caring School Programme (SCSP).

Perwakilan S P Setia Foundation telah disambut oleh Tuan Zulkurnain Bin Abdul Rahman, Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Turut hadir dalam kunjungan ini:

👤 Datuk Yuslina Binti Mohd Yunus — Ahli Lembaga Pemegang Amanah S P Setia Foundation, merangkap COO S P Setia Berhad
👤 Eunice Wong — Management Committee, S P Setia Foundation
👤 Hartini Binti Awang — Manager, S P Setia Foundation

Dalam sesi ini, pihak S P Setia Foundation telah membentangkan cadangan sekolah angkat baharu di Negeri Johor. Cadangan ini bertujuan memperluaskan impak program serta memupuk nilai perpaduan dalam kalangan pelajar.

Pada masa ini, SCSP melibatkan dua buah sekolah angkat sejak tahun 2023, iaitu:
🏫 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth
🏫 Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1

JPNJ mengucapkan terima kasih atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan oleh S P Setia Foundation. Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada pendidikan anak-anak kita.❤️

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita










Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

PERTANDINGAN AKHIR ANUGERAH GURU INOVATIF (AGI) YAYASAN RAJA ZARITH SOFIAH NEGERI JOHOR 2026PERTANDINGAN AKHIR ANUGERAH ...
19/09/2026

PERTANDINGAN AKHIR ANUGERAH GURU INOVATIF (AGI) YAYASAN RAJA ZARITH SOFIAH NEGERI JOHOR 2026

PERTANDINGAN AKHIR ANUGERAH GURU INOVATIF (AGI) YAYASAN RAJA ZARITH SOFIAH NEGERI JOHOR TAHUN 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya pada hari ini!

Program berprestij ini merupakan anjuran Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama padu daripada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ). Penganjuran untuk tahun kedua berturut-turut ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mengiktiraf serta memperkasa kreativiti dan inovasi dalam kalangan guru di negeri Johor.

Bertempat di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), JPN Johor, pertandingan ini menghimpunkan para pendidik hebat dari pelbagai daerah yang bersaing di dalam lima kategori utama iaitu Prasekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kumpulan, dan Lepasan Menengah. Melalui sesi pembentangan inovasi yang mantap, para peserta telah berkongsi idea dan projek bermakna yang memberikan impak besar kepada pengajaran dan pembelajaran.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen jitu dan cetusan inovasi yang diketengahkan! Semoga penghasilan projek ini dapat diaplikasikan dan dikembangkan demi memperkasakan kemenjadian murid, selaras dengan agenda utama Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita














Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

BENGKEL TRANFORMASI DIGITAL JPN JOHOR: PEMERKASAAN GENERATIVE AI (GEMINI NOTEBOOK) BAGI MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN KU...
18/09/2026

BENGKEL TRANFORMASI DIGITAL JPN JOHOR: PEMERKASAAN GENERATIVE AI (GEMINI NOTEBOOK) BAGI MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN KUALITI KERJA SELARAS DENGAN DASAR PENDIDIKAN DIGITAL

Rancangan Pendidikan Malaysia dan Dasar Pendidikan Digital menumpukan aspek penggunaan AI dalam meningkatkan kualiti, produktiviti serta mempercepatkan analisis dan penghasilan bahan dalam pengurusan pentadbiran dan PdP.

Bengkel ini memfokuskan penggunaan Gemini Notebook melalui akaun GOV pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Para peserta didedahkan dengan fungsi Gemini Notebook secara lebih terperinci dan perkongsian bahan dihasilkan mengikut fungsi sektor masing-masing.

Melalui bengkel ini, para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi secara optimum untuk membimbing rakan-rakan pegawai lain serta memperkasakan ekosistem pendidikan digital di peringkat negeri Johor, selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital (DPD) Kementerian Pendidikan (KPM) serta Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita










Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

📢 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗛𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔𝗚𝗘 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗘𝗥𝗦 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲​Memasuki hari kedua pelaksanaannya, Program Johor Heritage Rangers Tahun 2026 anjura...
18/09/2026

📢 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗛𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔𝗚𝗘 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗘𝗥𝗦 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

​Memasuki hari kedua pelaksanaannya, Program Johor Heritage Rangers Tahun 2026 anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor terus memberi pendedahan bermakna kepada murid daripada semua sekolah di daerah Johor Bahru serta sekolah-sekolah terpilih di daerah Kulai, Kota Tinggi dan Pasir Gudang.

​Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Pannir Selvam Paliksina, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, serta YB Dr. Dr. Naqib Ghazali Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.

​Melalui penglibatan di lokasi warisan negeri, murid berpeluang menghayati sejarah, budaya dan identiti Johor secara lebih dekat. Program yang akan berlangsung sehingga 3 Disember 2026 ini selaras dengan aspirasi Rancangan Pembangunan Murid (RPM) 2026-2035 dalam membentuk murid yang berjati diri, berpengetahuan dan menghargai warisan negara.

​📅 Tarikh: 15 September hingga 3 Disember 2026
📍 Lokasi: Muzium Tokoh Johor dan Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita











Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

🎶🥁 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔! 𝗙𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗠𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗟 🎹✨Festival Rancak Seni (FERAS) Negeri Johor 2026 te...
18/09/2026

🎶🥁 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗠𝗨𝗗𝗔! 𝗙𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗠𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗟 🎹✨

Festival Rancak Seni (FERAS) Negeri Johor 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 15 September 2026 bertempat di Sutera Mall, Johor Bahru, dengan kehadiran hampir 500 orang murid, guru dan ibu bapa. Festival ini merangkumi Pertandingan Rekorder dan Genderang Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor 2026 serta Pertandingan Kibod Music Time, yang mengetengahkan bakat dan kreativiti muzik murid-murid sekolah di negeri Johor.

Penganjuran program ini bertujuan mencungkil serta mengembangkan potensi murid dalam bidang seni muzik, meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri, serta memupuk nilai disiplin, kerjasama, kreativiti dan kepimpinan. Selaras dengan aspirasi RPM 2026-2035, FERAS turut menjadi platform memperkasa potensi murid secara holistik melalui pengalaman pembelajaran bermakna, penglibatan kokurikulum dan pengembangan bakat seni.

Majlis telah disempurnakan oleh Encik Musa bin Atan, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, JPN Johor bersama Puan Jean Ooi, Pengurus Sutera Mall, selaku rakan strategik dan penaja program. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa, sokongan dan komitmen dalam menjayakan FERAS Negeri Johor 2026.

🏆 Tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru pembimbing, ibu bapa, pihak sekolah serta semua pemenang yang telah menunjukkan prestasi membanggakan.

Selamat maju jaya kepada SJKC Kuo Kuang 2, Johor Bahru dan SK Bukit Mutiara, Johor Bahru selaku Johan yang akan mewakili Johor ke peringkat kebangsaan pada 19 hingga 21 Oktober 2026 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama Johor🌟

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita











Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

PROGRAM MADANI KITA @ BATU PAHAT 2026Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.Orang ramai yang kehilangan sijil atau memerl...
18/09/2026

PROGRAM MADANI KITA @ BATU PAHAT 2026

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Orang ramai yang kehilangan sijil atau memerlukan Salinan Keputusan Peperiksaan @ Terjemahan Sijil dijemput hadir ke Reruai Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 19 Sept 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.00 pagi hingga 6:00 petang
📍 Tempat: Dewan Jubli Intan, Batu Pahat

Antara perkhidmatan yang disediakan:

➡️ Salinan Keputusan Peperiksaan – RM10.00

➡️ Tampalan Sijil SPM – RM100.00

➡️ Terjemahan Salinan Keputusan/Sijil daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris – RM10.00

🔖 Promosi khas Salinan Keputusan Peperiksaan atau Terjemahan Sijil hanya RM10.00 berbanding kadar biasa RM30.00.

📃 Salinan keputusan dijangka dapat dikeluarkan pada hari yang sama selepas bayaran dibuat, tertakluk kepada semakan dan kelulusan Lembaga Peperiksaan.

✨ Rebut peluang ini untuk mendapatkan perkhidmatan secara terus di lokasi program tanpa perlu hadir ke Lembaga Peperiksaan, Putrajaya.

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita










Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

BENGKEL KERJA PENINGKATAN KOMPETENSI DIGITAL GURU PENERAJU GENERASI DIGITAL (GPGD) MICROSOFT JOHOR TAHUN 2026Seiring den...
18/09/2026

BENGKEL KERJA PENINGKATAN KOMPETENSI DIGITAL GURU PENERAJU GENERASI DIGITAL (GPGD) MICROSOFT JOHOR TAHUN 2026

Seiring dengan hasrat memperkasakan transformasi pendidikan digital dan mendepani cabaran era digital, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor telah menganjurkan Bengkel Kerja Peningkatan Kompetensi Digital Guru Peneraju Generasi Digital (GPGD) Microsoft Johor Tahun 2026.

Program ini menghimpunkan barisan GPGD Microsoft Johor serta penolong pegawai USTP PPD bagi memperkukuh pengetahuan, kemahiran teknikal, dan penguasaan aplikasi digital terutamanya menerusi platform dan ekosistem Microsoft. Bengkel ini memberi pendedahan mendalam tentang penggunaan perisian dan alatan digital bagi menyokong pelaksanaan tugas, memperkukuh inovasi dalam penyampaian pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), serta meningkatkan kecekapan pengurusan pendidikan secara digital.

Diharapkan melalui bengkel ini, para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh secara optimum untuk membimbing rakan guru serta memperkasakan ekosistem pendidikan digital di peringkat sekolah dan negeri, selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital (DPD) Kementerian Pendidikan (KPM) serta Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita










Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

🚀✨ JOM SERTAI KARNIVAL SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR 2026!✨🚀🌟 “MEMACU PENDIGITALAN, MEMPERKASA SUMBER PEN...
17/09/2026

🚀✨ JOM SERTAI KARNIVAL SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR 2026!✨🚀
🌟 “MEMACU PENDIGITALAN, MEMPERKASA SUMBER PENDIDIKAN” 🌟

Ayuh warga pendidikan, murid, ibu bapa dan seluruh warga Johor!

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman pendidikan digital, teknologi terkini serta pelbagai aktiviti menarik!
📅 TARIKH: 22 – 23 SEPTEMBER 2026 (Selasa – Rabu)
⏰ MASA: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 TEMPAT: Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Negeri Johor

🎉 PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA!
🤖 TEROKAI TEKNOLOGI
💡 AI | VR/AR | STEM Digital | Robotik & Coding | DELIMa dan banyak lagi!
📚 SUMBER PENDIDIKAN BERKUALITI
🔧 BENGKEL & PERKONGSIAN PAKAR
🏆 PERTANDINGAN MENARIK
🔎 PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT
🩺 PEMERIKSAAN KESIHATAN
🛍 GERAI JUALAN
🍔 FOOD TRUCK
🎈 ISTANA BELON & AKTIVITI KANAK-KANAK
🔥 DATANG. SERTAI. ALAMI SENDIRI!

💻 Terokai dunia pendidikan digital
🤖 Kenali teknologi masa hadapan
📚 Dapatkan ilmu dan inspirasi baharu
🎯 Sertai aktiviti dan pertandingan menarik

✨ GURU | MURID | PENTADBIR | IBU BAPA | MASYARAKAT | RAKAN STRATEGIK ✨
🌟 AYUH HADIR BERAMAI-RAMAI!
Ilmu bermula di sini, inspirasi terbentuk di sini!

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita










Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

JERAYAWARA KEPIMPINAN DIGITAL DELIMa 3.0 BERSAMA GURU BESAR DAERAH PASIR GUDANG,JOHOR BAHRU DAN KULAI NEGERI JOHOR 2026J...
17/09/2026

JERAYAWARA KEPIMPINAN DIGITAL DELIMa 3.0 BERSAMA GURU BESAR DAERAH PASIR GUDANG,JOHOR BAHRU DAN KULAI NEGERI JOHOR 2026

Jabatan Pendidikan Negeri Johor melalui Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) meneruskan komitmen memperkasa kepimpinan digital menerusi Jerayawara Kepimpinan Digital DELIMa 3.0 bersama Guru Besar Daerah Pasir Gudang,Johor Bahru dan Kulai Negeri Johor 2026 yang berlangsung pada 17 September 2026 (Khamis) bertempat di SJK C Nam Heng Baru, Pasir Gudang

Program ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh kefahaman dan peranan pemimpin sekolah dalam mendepani transformasi pendidikan digital, khususnya melalui DELIMa 3.0 dan DELIMaFLiX sebagai ekosistem pembelajaran digital yang menyokong pengajaran, pembelajaran dan pengurusan pendidikan yang lebih inovatif serta berimpak.

Turut diketengahkan dalam jerayawara ini ialah perkongsian Johore Digital Talent: Future Classroom (JDT:FC) – Model Bilik Darjah Masa Hadapan, daripada UTMK,SPb JPN Johor dan sekolah Fasa 1 JDT:FC SK Taman Mutiara Rini,JB dan SK Taman Pulai Emas, Kulai yang memberikan gambaran tentang hala tuju pembelajaran masa hadapan berteraskan teknologi, inovasi dan reka bentuk ekosistem pendidikan yang responsif terhadap keperluan murid serta perkembangan digital semasa.

Antara fokus utama program adalah untuk:

🔹 Memperkasa kepimpinan berwawasan digital;
🔹 Memacu transformasi pendidikan berteraskan teknologi;
🔹 Memperkenalkan konsep dan potensi Future Classroom dalam pendidikan;
🔹 Memperkukuh kolaborasi dan komunikasi strategik; serta
🔹 Merealisasikan sekolah berprestasi tinggi melalui pendigitalan pendidikan.

Kepimpinan sekolah yang berdaya digital merupakan pemangkin penting dalam membentuk ekosistem pendidikan yang inovatif, adaptif dan berimpak tinggi. Melalui DELIMa 3.0 dan penerapan konsep Bilik Darjah Masa Hadapan, JPN Johor terus melangkah bersama pemimpin sekolah dalam membina landskap pendidikan yang lebih dinamik, inklusif dan bersedia menghadapi masa hadapan.

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita










Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗖𝗛𝗢𝗥𝗔𝗟 𝗦𝗣𝗘𝗔𝗞𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲⠀Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan...
17/09/2026

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗖𝗛𝗢𝗥𝗔𝗟 𝗦𝗣𝗘𝗔𝗞𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
⠀
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Yayasan Johor Corporation, ZUS Coffee dan Pejabat Pendidikan Daerah Kluang telah berjaya menganjurkan Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Johor 2026.
⠀
Pertandingan ini telah berlangsung pada 15 September 2026 di SJK (C) Chong Hwa 2, Kluang, dengan penyertaan 11 kumpulan Sekolah Rendah dan 11 kumpulan Sekolah Menengah mewakili setiap Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negeri Johor.
⠀
Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Mizan Yahya, Chief Executive Officer (CEO), Yayasan Johor Corporation. Turut hadir ialah Tuan Haji Mohd Dom bin Dui, Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran, JPN Johor, dan Encik Zainuddin bin Md Ramlan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pembangunan Murid, Pejabat PPD Kluang.
⠀
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
🏆 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛
⠀
🥇 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗻
SK Yong Peng, Batu Pahat
⠀
🥈 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗻
SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru
⠀
🥉 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
SK Abdul Rahman Yassin, Kluang
⠀
🏅 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗵
Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Pontian, Pontian
⠀
🏅 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗹𝗶𝗺𝗮
SK Batu Anam, Segamat
⠀
🎖 𝗕𝗲𝘀𝘁 𝗖𝗼𝗻𝗱𝘂𝗰𝘁𝗼𝗿 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱 𝗣𝗿𝗶𝗺𝗮𝗿𝘆 𝗦𝗰𝗵𝗼𝗼𝗹
NurQisya Irdina Mazlan Binti Abdul Mu’iz
SK Yong Peng, Batu Pahat
⠀
🎖 𝗙𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘃𝗼𝘂𝗿𝗶𝘁𝗲 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱 𝗣𝗿𝗶𝗺𝗮𝗿𝘆 𝗦𝗰𝗵𝗼𝗼𝗹
SK Batu Anam, Segamat
⠀
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
🏆 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛
⠀
🥇 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗻
SMK Yong Peng, Batu Pahat
⠀
🥈 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗻
SMK Ungku Husin, Mersing
⠀
🥉 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
SMK Tinggi Kluang, Kluang
⠀
🏅 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗵
SMK Kota Masai, Pasir Gudang
⠀
🏅 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗹𝗶𝗺𝗮
SMK Seri Pulai Perdana, Kulai
⠀
🎖 𝗕𝗲𝘀𝘁 𝗖𝗼𝗻𝗱𝘂𝗰𝘁𝗼𝗿 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱 𝗦𝗲𝗰𝗼𝗻𝗱𝗮𝗿𝘆 𝗦𝗰𝗵𝗼𝗼𝗹
Nur Yusmadiana Elissa Binti Mohd Hanafi
SM Sains Muar, Tangkak
⠀
🎖 𝗙𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘃𝗼𝘂𝗿𝗶𝘁𝗲 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱 𝗦𝗲𝗰𝗼𝗻𝗱𝗮𝗿𝘆 𝗦𝗰𝗵𝗼𝗼𝗹
SMK Ungku Husin, Mersing
⠀
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
⠀
Jabatan Pendidikan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan peserta Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Johor 2026 atas komitmen, usaha dan pencapaian yang membanggakan. Pertandingan ini merupakan platform yang bermakna dalam mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam bidang pengucapan awam secara berkumpulan, di samping meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, sebutan, intonasi, ekspresi serta penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
⠀
Penganjuran pertandingan ini turut menyokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 dalam memperkukuh pembangunan bakat murid secara holistik, memperkasa penguasaan bahasa dan kemahiran komunikasi, serta membentuk murid yang berkeyakinan, kreatif, berdaya saing dan mampu bekerjasama secara berkesan.
⠀
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada semua rakan strategik, panel hakim, jawatankuasa pengelola, guru pengiring, sekolah tuan rumah serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
⠀
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
📸 𝗣𝗔𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗠𝗕𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢
⠀
𝗚𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻
https://photos.app.goo.gl/3msErgCCgENT5K1J8
⠀
𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗠𝗼𝗻𝘁𝗮𝗷 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶
https://youtu.be/EeIVpoT6l4I
⠀
𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺
https://heyzine.com/flip-book/98307fb67d.html
⠀
Tahun Ini, Tahun Kita
⠀












⠀
Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/
⠀
Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/
⠀
Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/
⠀
YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/
⠀
TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/
⠀
Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my (http://jpnjohor.moe.gov.my/)

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendidikan Negeri Johor:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share