Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi)

Directions Website

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi) Sarawak State Health Department, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

The health services provided by the Sarawak Health Department are delivered through a network of static and mobile facilities that provide promotive, preventive, curative and rehabilitative care.

Warga  , jom meriahkan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2026! 🥳✨   Pelbagai aktiviti interaktif, cabaran k...
04/11/2026

Warga , jom meriahkan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2026! 🥳✨

Pelbagai aktiviti interaktif, cabaran kecergasan sekeluarga, dan saringan kesihatan PERCUMA menanti anda hujung minggu ini! Jom budayakan gaya hidup sihat bersama! 🤩🔥

📍 Vivacity Megamall, Kuching
📅 7 & 8 November 2026
🎟️ Masuk Percuma!

Tandakan kalendar anda sekarang & jom serbu beramai-ramai! Tag keluarga serta rakan anda di bawah! 👇💙

Warga Kuching, jom meriahkan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2026! 🥳✨

Pelbagai aktiviti interaktif, cabaran kecergasan sekeluarga, dan saringan kesihatan PERCUMA menanti anda hujung minggu ini! Jom budayakan gaya hidup sihat bersama! 🤩🔥

📍 Vivacity Megamall, Kuching
📅 7 & 8 November 2026
🎟️ Masuk Percuma!

Tandakan kalendar anda sekarang & jom serbu beramai-ramai! Tag keluarga serta rakan anda di bawah! 👇💙

⛈️ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓Musim Monsun Timur Laut kembali menjelang. Sehubungan itu, orang ramai dina...
04/11/2026

⛈️ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓

Musim Monsun Timur Laut kembali menjelang. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga, khususnya ketika berdepan risiko banjir.

Elakkan berada atau melakukan aktiviti di kawasan berisiko seperti yang disenaraikan. Bahaya boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran. ⚠️

Jangan ambil mudah risiko banjir. Sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca dan lakukan persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Jaga Keselamatan, Elak Sebelum Terlewat! ‼️



Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia

𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀, 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, menegaskan bahawa pende...
04/11/2026

𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀, 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, menegaskan bahawa pendekatan mengutamakan pencegahan perlu disokong oleh tindakan berkesan dan hasil yang nyata.

Kejayaan program pengurusan berat badan di Wellness Hub, pemerkasaan kesihatan mental melalui K-MindSet, pelaksanaan inisiatif komuniti MyCHAMPION serta kerjasama strategik bersama pelbagai agensi dan sektor swasta membuktikan kepentingan penglibatan semua pihak dalam membudayakan gaya hidup sihat.

Pendekatan seluruh negara (whole-of-nation) ini merupakan asas penting dalam membina masyarakat yang lebih sihat dan sejahtera.




Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia

04/11/2026

🔎 Kebimbangan yang disuarakan oleh pesakit mungkin menjadi petunjuk pertama kepada kesan sampingan yang disyaki.

Setiap maklumat yang diberitahu oleh pesakit boleh membantu ibu bapa, penjaga atau anggota kesihatan untuk mengenal pasti sebarang masalah berkaitan sesuatu ubat. 💊

Setiap interaksi dengan pesakit adalah peluang untuk kita mengesan, menilai dan melaporkan kesan sampingan yang disyaki.

👀 Sentiasa peka terhadap perubahan gejala,
💬 ajukan soalan yang berkaitan, dan
📝 laporkan apa yang anda perhatikan. ✅

Jom sertai kempen ! Jika anda mengalami sebarang kesan sampingan selepas mengambil ubat, berbincang dengan anggota kesihatan atau laporkan kepada NPRA:

👉 Anggota kesihatan
👉 Pengguna

🌐 www.npra.gov.my

💙 Dengan bantuan anda, kita bersama-sama dapat menjadikan ubat lebih selamat untuk semua.







03/11/2026

💊If you’re a healthcare professional, take the opportunity during these key moments in care to discuss and spot side effects:
→ Prescribing
→ Dispensing
→ Dose changes
→ Medicines review
→ Follow-up
→ Monitoring
→ Discontinuation

👩🏻‍⚕️👨🏻‍⚕️Every interaction with patients, parents, and carers is a chance to spot and report side effects.

to the NPRA (👉 as a healthcare professional) through 🌐 www.npra.gov.my.
💙Don’t ignore them, report them ✅






🌟 TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG!🌟Syabas diucapkan kepada rakan-rakan penjawat awam kita di Bangunan Sultan Iskandar, Kuch...
03/11/2026

🌟 TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG!🌟

Syabas diucapkan kepada rakan-rakan penjawat awam kita di Bangunan Sultan Iskandar, Kuching yang telah berjaya menamatkan 500K Steps Virtual Challenge 2026!🏃‍♂️🏃‍♀️

Objektif utama cabaran di bawah 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐦 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚 (𝐢-𝐏𝐀𝐒𝐒) yang telah berlangsung dari 1 Januari 2026 hingga 30 Jun 2026 ini adalah bagi menggalakkan penglibatan penjawat awam di Bangunan Sultan Iskandar, Kuching untuk kekal aktif dan komited meneruskan amalan cara hidup sihat.

Berikut adalah pencapaian peserta Top 10 yang mengungguli cabaran ini!

Tahniah! 🎉







𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihata...
03/11/2026

𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus beralih kepada pendekatan penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh dengan memberi penekanan kepada aspek pencegahan dan kesejahteraan, bukan sekadar rawatan penyakit.

Sehubungan itu, 𝐖𝐞𝐥𝐥𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐇𝐮𝐛 dibangunkan sebagai pusat rujukan kesejahteraan komuniti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, mencegah penyakit serta mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan diri.

Pendekatan ini mencerminkan komitmen KKM untuk memperkasa kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam membudayakan amalan hidup sihat demi kesejahteraan bersama.



Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia

03/11/2026

⏳ Sesetengah kesan sampingan tidak berlaku serta merta, dan mungkin hanya muncul selepas suatu jangka masa.

Jangan abaikan, laporkan! ✅

Ada juga kesan sampingan yang mungkin berlaku selepas anda berhenti mengambil ubat, menukar dos atau mula mengambil lebih daripada satu jenis ubat.

Tidak kira sama ada kesan sampingan berlaku dengan cepat atau hanya muncul selepas tempoh yang lebih lama, jangan abaikannya – laporkan kepada NPRA

👉 Laporkan sebagai pengguna melalui laman web 🌐 npra.gov.my [Consumers > Reporting Side Effects to Medicines (ConSERF) or Vaccines (AEFI)].

💙 Setiap laporan yang diterima oleh NPRA amat penting dalam usaha mengekalkan keselamatan ubat dan pesakit, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.







02/11/2026

Hampir 2 juta rakyat Malaysia manfaatkan 38 Wellness Hub di seluruh negara


Address

Kabong

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share