Majlis Agama Islam Negeri Johor

  • Home
  • Majlis Agama Islam Negeri Johor
Call Directions Website Contact the organization

Majlis Agama Islam Negeri Johor Memaparkan maklumat berkaitan pengurusan zakat, baitulmal dan wakaf di Negeri Johor

MAINJ TERIMA AMANAH WAKAF TAPAK PERKUBURAN ISLAM DAN KEBAJIKAN AM SEDENAK, KULAIHulu Langat, Selangor 18 September 2026 ...
19/09/2026

MAINJ TERIMA AMANAH WAKAF TAPAK PERKUBURAN ISLAM DAN KEBAJIKAN AM SEDENAK, KULAI

Hulu Langat, Selangor 18 September 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Daerah Kulai menerima penyerahan tapak wakaf dalam satu majlis yang berlangsung di rumah pewakaf di Hulu Langat, Selangor.

Majlis berkenaan menyaksikan penyempurnaan lafaz wakaf melibatkan tanah bagi tujuan kebajikan agama Islam, kubur dan wakaf awam.

Haji Shahrol bin Padiman dengan penuh kerelaan mewakafkan tanah dan bangunan berkenaan kerana Allah SWT untuk selama-lamanya serta menyerahkan pentadbiran wakaf tersebut kepada MAINJ.

Hartanah yang diwakafkan melibatkan Lot Tanah, berkeluasan 2.4 Hektar yang terletak di Mukim Bukit Batu, Daerah Kulai, Johor.

Bagi pihak MAINJ, lafaz penerimaan wakaf disaksikan oleh Ustazah Nor Faiszah binti Mohd Daniel, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Kulai, sebagai penerimaan amanah untuk mentadbir dan memelihara harta wakaf berkenaan selaras dengan hukum syarak serta tujuan pewakafan.

Majlis turut dihadiri oleh Encik Fahmi Reza bin Haji Muhamad Fuad , Penolong Pentadbir Tanah , Pejabat Tanah Daerah Kulai bagi penyempurnaan Borang penyerahan balik tanah 12A.

Turut hadir, ahli keluarga pewakaf dan pegawai MAINJ dari daerah Kulai.

Moga Allah Taala memberkati urusan wakaf ini, memberikan kesihatan yang berpanjangan, keberkatan di dunia dan akhirat.

18/09/2026

SEMARAK ZAKAT
Masjid Al Istiqomah Taman Johor Jaya

Aktiviti Menyebarkan Kefahaman Tentang Zakat Diteruskan Lagi Dengan Mengedar Risalah azakat Kepada Jemaah Solat Jumaat Di Masjid Disini. Semoga Usaha Ini Sedikit Sebanyak Memberi Kesedaran Pada Orang Ramai Tentang Kewajipan Berzakat.



18/09/2026

"Wakaf adalah cara paling indah untuk memastikan nama dan kebaikan kita terus mendoakan dunia meski kita telah tiada.

Saat nafas kita terhenti, pahala wakaf terus berdegup menyinar perjalanan kita di alam sana."

Sentuhan Hati Sebelum Jumaat - Masjid Al-Mizan, Kempas

Jom berwakaf. Layari :
www.e-wakafjohor.gov.my

Sekitar Program “Sentuhan Hati” anjuran Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berlangsung di Masjid Al...
18/09/2026

Sekitar Program “Sentuhan Hati” anjuran Bahagian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berlangsung di Masjid Al-Mizan, Kempas, Johor Bahru di sini, hari ini.

Ayuh berwakaf bersama MAINJ. Setiap sumbangan wakaf, sama ada kecil mahupun besar, mampu memberi manfaat yang berpanjangan kepada ummah. Jadikan wakaf sebagai sebahagian daripada amalan kita dan bekalan pahala yang terus mengalir.

Berwakaf hari ini, manfaatnya untuk generasi akan datang.

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN KENDERAAN MAINJMajlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mempelawa syarikat atau o...
18/09/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN KENDERAAN MAINJ

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mempelawa syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membuat tawaran bagi pelupusan 8 buah kenderaan milik MAINJ.

🚗 Aset boleh dilihat: 21 September – 21 Oktober 2026
📍 Lokasi: Bangunan Maahad Tahfiz Negeri Johor, Jalan Nong Chik, Johor Bahru
⏰ Tarikh tutup: 29 Oktober 2026, jam 12.00 tengah hari

Maklumat kenderaan, harga simpanan serta syarat sebut harga adalah seperti yang dinyatakan dalam kenyataan tawaran.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN URUSETIA SEBUTHARGA DI TALIAN +60137372525 (PADA WAKTU BEKERJA SAHAJA ISNIN - JUMAAT 9 PAGI - 3 PETANG)

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA MAINJMajlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mempelawa syarikat/pembekal Bumiputera yang b...
18/09/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA MAINJ

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mempelawa syarikat/pembekal Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai sebut harga bagi:

Membekal, mencetak dan menghantar bahan-bahan MAINJ Tahun 2027, melibatkan:
• Pamflet & risalah Zakat dan Baitulmal
• Kalendar MAINJ
• Resit, borang dan keperluan Zakat Fitrah

📅 Dokumen mula dijual: 21 September 2026
💰 Harga dokumen: RM30.00 setiap sebut harga
⏰ Tarikh tutup: 28 September 2026, jam 12.00 tengah hari

Syarat dan maklumat lanjut adalah seperti yang dinyatakan dalam kenyataan tawaran sebut harga.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN URUSETIA SEBUTHARGA DI TALIAN +60137372525 (PADA WAKTU BEKERJA SAHAJA ISNIN - JUMAAT 9 PAGI - 3 PETANG)

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA MAINJMajlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mempelawa syarikat/pembekal Bumiputera yang b...
18/09/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA MAINJ

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mempelawa syarikat/pembekal Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai sebut harga:

Membekal dan Menghantar Alat Tulis dan Kertas untuk Kegunaan MAINJ bagi Tempoh Dua (2) Tahun.

📅 Dokumen mula dijual: 21 September 2026
💰 Harga dokumen: RM30.00
⏰ Tarikh tutup: 28 September 2026, jam 12.00 tengah hari

Syarat dan maklumat lanjut adalah seperti yang dinyatakan dalam kenyataan tawaran sebut harga.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN URUSETIA SEBUTHARGA DI TALIAN +60137372525 (PADA WAKTU BEKERJA SAHAJA ISNIN - JUMAAT 9 PAGI - 3 PETANG)

Alhamdulillah, hampir 60 orang peniaga semuanya hadir dalam sesi ramah mesra bersama peniaga-peniaga Medan Niaga Kampung...
18/09/2026

Alhamdulillah, hampir 60 orang peniaga semuanya hadir dalam sesi ramah mesra bersama peniaga-peniaga Medan Niaga Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Santai-santai kita sembang, kenal-kenal dan kongsi sedikit berkaitan zakat. Moga apa yang dikongsikan memberi manfaat dan semoga rezeki yang kita cari bersama semakin berkat.

Yang berdekatan, jom singgah makan di sini! Macam-macam makanan ada. Bawa keluarga, bawa kawan-kawan. Kita makan di sini, kita sokong peniaga kita.

Terima kasih juga kepada Persatuan Jurumasak Johor yang turut sama hadir dan memeriahkan suasana.

Sokong peniaga kita.
Kongsi rezeki kita.
Tunaikan zakat kita.
Moga semuanya makin berkat.

BANGUNAN MAINJ DAERAH PONTIAN WAJAH BAHARU, PERKHIDMATAN DIPERKASAPONTIAN, 17 September 2026 – Majlis Agama Islam Negeri...
17/09/2026

BANGUNAN MAINJ DAERAH PONTIAN WAJAH BAHARU, PERKHIDMATAN DIPERKASA

PONTIAN, 17 September 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini menerima secara rasmi bangunan MAINJ Daerah Pontian yang telah siap dinaik taraf bagi mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam di daerah ini.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ir. Tuan Haji Zainal Tumian kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Shafiei Ahamad.

Dalam ucapannya, Tuan Haji Shafiei berkata, penyerahan bangunan berkenaan amat bermakna kepada warga MAINJ Daerah Pontian setelah sebelum ini beroperasi bersama Pejabat Kadi Daerah Pontian.

Menurut beliau, penerimaan bangunan tersebut bukan sekadar menyediakan premis dan ruang kerja yang lebih baik, malah membawa amanah yang besar kepada seluruh warga MAINJ Daerah Pontian untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, cekap dan berkesan kepada masyarakat.

Mengambil pengajaran daripada firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’, ayat 58, beliau mengingatkan bahawa setiap amanah yang diberikan hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya kerana amanah turut merangkumi segala bentuk tanggungjawab yang dipikul oleh sesebuah institusi.

Beliau berkata, sebagai wakil MAINJ di peringkat daerah, MAINJ Daerah Pontian memainkan peranan penting dalam menguruskan urusan zakat, baitulmal dan wakaf, selain melaksanakan pelbagai agenda pembangunan ummah.

Justeru, kemudahan yang lebih baik itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan diterjemahkan melalui peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat yang berurusan dengan MAINJ Daerah Pontian.

Bangunan dua tingkat berkenaan dilengkapi dengan dua bilik mesyuarat, dewan seminar, dewan jamuan, surau serta ruang kerja yang lebih selesa dan sistematik, sekali gus memenuhi keperluan operasi seramai 14 orang warga kerja MAINJ Daerah Pontian.

Tuan Haji Shafiei turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam memastikan projek menaik taraf tersebut dapat disiapkan dengan baik.

Beliau turut mendoakan agar bangunan MAINJ Daerah Pontian sentiasa berada dalam keberkatan Allah SWT, menjadi pusat yang memberi manfaat kepada masyarakat serta terus menyumbang kepada pembangunan ummah yang sejahtera dan maju.

17/09/2026

MAJLIS PENYERAHAN PEJABAT BARU MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH PONTIAN



Address

TINGKAT 5, BLOK B, PUSAT ISLAM ISKANDAR

80000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6072243918

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Agama Islam Negeri Johor:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share