YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

  • Home
  • YB Senator Dr. Zulkifli Hasan
Directions Website Contact the organization

YB Senator Dr. Zulkifli Hasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 🇲🇾🇵🇸


(6)

05/09/2026

Surah Al-Fil menceritakan bagaimana Allah SWT menghancurkan pasukan tentera bergajah yang paling kuat hanya dengan menggunakan burung-burung kecil yang membawa batu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang surah ini, jangan lupa saksikan Iqra (Musim Ke-4) bersama Ustaz Husaini Mahmur dan adik-adik dalam mempelajari ilmu tajwid, tadabbur & tarannum pada setiap hari Sabtu, pukul 6.00 petang hanya di TV1

'

𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗙𝗲𝘀𝘁𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗧𝘂𝗿𝗮𝘁𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗙𝗧𝗜𝗠) 𝟮𝟬𝟮𝟲 kini berpindah dari Shah Alam ke 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮, 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮. Tandak...
05/09/2026

𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗙𝗲𝘀𝘁𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗧𝘂𝗿𝗮𝘁𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗙𝗧𝗜𝗠) 𝟮𝟬𝟮𝟲 kini berpindah dari Shah Alam ke 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮, 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮. Tandakan lokasi baru di kalendar anda sepanjang 𝟭𝟯 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 nanti.

Seiring dengan peningkatan taraf festival ke 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 dipilih sebagai tuan rumah di jantung pusat pentadbiran negara.

Rancang perjalanan dan penginapan anda di sekitar Putrajaya dari sekarang.

𝗞𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 kepada rakan-rakan, jiran dan sanak saudara tentang perkembangan terkini 𝗙𝗧𝗜𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲.

𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗱𝗶 https://tinyurl.com/FTIM2026

𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗻𝗷𝘂𝘁 𝗱𝗶: www.festivalturathislami.my

𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔


𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan kepad...
05/09/2026

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan kepada JAWI dan semua pihak termasuk kontinjen yang menyertai dengan penuh semangat perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jutaan terima kasih juga buat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan semua pihak.

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Tokoh Maulidur Rasul serta para penerima Anugerah Khas dan organisasi. Sollu 'alan Nabiy!

🤲🇲🇾




📷 Hakim (Media Menteri Agama) & YADIM

Penentuan syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah ﷻ semata-mata, dan tiada mana-mana individu, pemimpin, atau wadah po...
05/09/2026

Penentuan syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah ﷻ semata-mata, dan tiada mana-mana individu, pemimpin, atau wadah politik yang mempunyai autoriti untuk menjamin laluan ke syurga.

Mendakwa sokongan kepada organisasi tertentu sebagai syarat ke syurga seolah-oleh mempertikai hak Allah ﷻ serta bertentangan dengan firman-Nya dalam Surah al-Baqarah ayat 111 yang menegur sikap mendakwa syurga hanya milik kelompok sendiri.

Syarat utama untuk meraih keredaan dan rahmat Allah ﷻ adalah keimanan yang ikhlas, ketakwaan, serta amalan soleh mengikut ajaran al-Quran dan al-Sunnah, bukannya borang keahlian atau sokongan kepada mana-mana bendera politik.

Sikap mendakwa kumpulannya pasti suci manakala orang lain terkeluar daripada rahmat Allah ﷻ merupakan bentuk memuji diri sendiri dan ghuluw (sikap melampau) yang dilarang keras dalam Islam.

Parti politik hanyalah satu wasilah (alat atau perantara) usaha manusia yang tidak sunyi daripada kelemahan dan ijtihad, bukannya agama itu sendiri. Berpolitiklah dengan matang dan berakhlak berasaskan keadilan serta kemaslahatan ummah, tanpa menggadaikan nilai akidah dan ukhuwah Islamiah.

🤲🇲🇾

𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐓𝐔𝐑𝐀𝐓𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐓𝐈𝐌) 𝟐𝟎𝟐𝟔Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) 2026 akan berlangsung pada 13 hingga 2...
04/09/2026

𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐓𝐔𝐑𝐀𝐓𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐓𝐈𝐌) 𝟐𝟎𝟐𝟔

Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) 2026 akan berlangsung pada 13 hingga 20 September 2026 di Masjid Putra Putrajaya.

Bertemakan “Hikmah Warisan Islam”, FTIM 2026 menghimpunkan 27 ulama antarabangsa dan tempatan dalam 45 sesi pengajian serta 12 acara sepanjang lapan hari.

Antara pengisian utama ialah pengajian kitab tasawuf Al-Hikam karya Ibnu Atha’illah melalui kaedah talaqqi bersama para ulama, sebagai usaha menghidupkan dan memperkukuh tradisi keilmuan Islam.

𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈𝐊! 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐞𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀, 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐔𝐑𝐀𝐇.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan sahabat untuk mengikuti pelbagai pengisian ilmu dan aktiviti yang disediakan.

📅 𝟏𝟑–𝟐𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
📍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
🎟️ 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀

🔗 PENDAFTARAN:
https://tinyurl.com/FTIM2026

🌐 MAKLUMAT LANJUT:
[www.festivalturathislami.my]

🤲🇲🇾

𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐓𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍: 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀 𝐍𝐘𝐀𝐖𝐀1. Jabatan Perdana Menteri (H...
04/09/2026

𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚

𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐓𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍: 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐌𝐄𝐌𝐄𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀 𝐍𝐘𝐀𝐖𝐀

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjunjung tinggi titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, atas pengisytiharan darurat jerebu di Bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

2. Selari dengan tuntutan Hifz al-Nafs (pemeliharaan nyawa) dan al-Taawun (saling membantu), JPM (Hal Ehwal Agama) menggesa seluruh agensi agama dan masyarakat agar menyokong penuh langkah mitigasi serta bantuan kebajikan bagi melindungi kesihatan penduduk yang terjejas. Keadaan kritikal ini menuntut persaudaraan Islam dan nilai kemanusiaan diterjemahkan secara nyata menerusi penyampaian bantuan pantas serta pematuhan penuh terhadap arahan keselamatan pihak berkuasa.

3. JPM (Hal Ehwal Agama) turut menyeru pelaksanaan Solat Hajat di masjid serta surau di Wilayah Persekutuan bagi mendoakan kurniaan hujan yang bermanfaat serta perlindungan Allah ﷻ buat warga Serian. Semoga ujian ini memperkuatkan tawakal dan kesatuan kita, memandangkan setiap usaha menyelamatkan nyawa merupakan amanah agama yang amat mulia di sisi-Nya.

𝐒𝐄𝐍𝐀𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐑. 𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐀𝐒𝐀𝐍
𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 (𝐇𝐚𝐥 𝐄𝐡𝐰𝐚𝐥 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚)

𝟒 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟐 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥𝐚𝐰𝐚𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟖 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟕Alhamdulillah, hari ini berbesar hati dapat mengadakan perbincangan bersama T...
04/09/2026

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟕

Alhamdulillah, hari ini berbesar hati dapat mengadakan perbincangan bersama Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan delegasi dari Kementerian Kewangan.

Tan Sri Johan sememangnya dikenali sebagai sebagai seorang penjawat awam kanan yang cekap, teliti, dan profesional. Beliau adalah akauntan bertauliah dan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Cambridge, United Kingdom.

Perbincangan yang sangat baik dan produktif. Alhamdulillah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri dan semua. Fastabiqul khairat!

🤲🇲🇾




📷 Huzaifah (Media Menteri Agama)

𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚𝐓𝐄𝐆𝐔𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐈 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌1. Jabatan Perdana Menteri (Hal E...
04/09/2026

𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚

𝐓𝐄𝐆𝐔𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐈 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) maklum akan kegelisahan masyarakat terhadap penayangan beberapa drama yang menyajikan babak sensual dan unsur manipulasi atas alasan seni mahupun kesedaran sosial. Walaupun niat menyampaikan realiti difahami, cara penyampaian yang mengghairahkan serta dijadikan modal pemasaran berisiko menenggelamkan mesej pengajaran sebenar. Sehubungan itu, kami mendesak agensi berkaitan membuat penilaian semula secara menyeluruh, serta mengambil tindakan sekiranya terbukti melanggar garis panduan.

2. Penyebaran klip babak terlampau di media sosial dikhuatiri membiasakan norma buruk dalam masyarakat dan memberi dampak negatif kepada perkembangan emosi serta sahsiah remaja. Penggiat seni dan platform media diingatkan agar tidak meletakkan angka tontonan serta keuntungan perniagaan mengatasi keberkatan dan syarat kelestarian iman dalam berkarya.

3. JPM (Hal Ehwal Agama) menyeru seluruh warga industri kreatif untuk kembali menghayati acuan adab, etika dan Maqasid Syariah, kerana mendidik masyarakat tentang kerosakan tidak seharusnya dilakukan dengan merosakkan pandangan penonton. Menerusi kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi berkaitan, semakan berpandukan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan Penyiaran Berunsur Islam (JAKIM Bil. 4/2015) akan dipertingkatkan demi memelihara kesucian agama. Seni yang hebat ialah seni yang menyentuh jiwa tanpa melangkaui garis panduan Syarak, memandangkan setiap karya yang ditonton jutaan manusia pasti akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah ﷻ kelak.

𝐒𝐄𝐍𝐀𝐓𝐎𝐑 𝐃𝐑. 𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐀𝐒𝐀𝐍
𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐢 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 (𝐇𝐚𝐥 𝐄𝐡𝐰𝐚𝐥 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚)

𝟒 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟐 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥𝐚𝐰𝐚𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟖 𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐍𝐆𝐎𝐏𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 Berikutan himpunan anak muda antarabangsa di Klang baru-baru...
04/09/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐍𝐆𝐎𝐏𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Berikutan himpunan anak muda antarabangsa di Klang baru-baru ini, saya ajak yang berkelapangan untuk sesi ngopi di pejabat.

Sesi santai sembang-sembang mendengar dan berdialog dengan pelajar-pelajar. Beberapa idea yang bernas disuarakan anak muda yang boleh kami pertimbangkan untuk dilaksanakan.

Terus mendengar dan sebarkan kebaikan. Fastabiqul khairat!

🤲🇲🇾




📷 Huzaifah (Media Menteri Agama)

𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌Alhamdulillah, buku ini saya terbitkan bersama YB Dr. Maszlee Malik. Kami melihat perkemba...
04/09/2026

𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌

Alhamdulillah, buku ini saya terbitkan bersama YB Dr. Maszlee Malik. Kami melihat perkembangan positif politikal Islam yang beradaptasi dengan perubahan realiti ke arah yang lebih dinamik dan progresf.

Generasi Kedua Politikal Islam cuba menampilkan wacana baharu gerakan Islam yang lahir daripada kesedaran mendalam bahawa pendekatan generasi pertama politikal Islam memerlukan perubahan dan pendekatan dalam menghadapi cabaran realiti semasa.

Penampilan Generasi Kedua Politikal Islam ini bukan satu yang bersifat drastik, mengejut atau tetiba. Sebaliknya Gen-2 ini lahir dari rentetan pergolakan serta kesedaran yang mendalam tentang sifat Gen-1 yang tidak lagi mampu mendepani cabaran sengit persaingan politik dalam pentas demokrasi lantas mengambil jalur pemikiran yang sama ada kembali kebelakang yakni satu ‘retrogression’ atau akan terus membeku.

Gen-2 Politikal Islam ini mengutamakan pendekatan al-Rahmah dan al-Rifq mengikut konteks semasa berbanding retorik yang keras. Menerima realiti politik, perkongsian kuasa, dan dialog terbuka dalam kerangka demokrasi serta nilai Maqasid Syariah.

Keluar daripada kerangka lama yang bersifat menghukum kepada bentuk keterlibatan sosial dan politik yang lebih dinamik.

Namun, setelah melihat perkembangan politikal Islam semasa yang berlaku di dunia termasuk di Malaysia, saya merasakan perlu wacana ini diperbaharui dan dikaji dengan lebih mendalam.

Saya dapati wujudnya pertembungan, konflik, pertentangan dan persaingan yang merugikan dan memperlahankan usaha islah dan perubahan.

Buku Generasi Kedua Politikal Islam ini mengajak gerakan Islam untuk berubah daripada cara lama, lalu membawa pendekatan baru yang lebih progresif, berhikmah dan realistik demi perubahan ummah yang lebih bermakna.

🤲🇲🇾


Address

Aras 10, Blok A, Kompleks Islam

62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YB Senator Dr. Zulkifli Hasan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to YB Senator Dr. Zulkifli Hasan:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share