Pemuda UMNO Bahagian Kampar

  • Home
  • Pemuda UMNO Bahagian Kampar
Directions

Pemuda UMNO Bahagian Kampar Bersatu, Bersetia, Berkhidmat "Dulu, Kini, Selamanya"

Alhamdulillah.Selesai sudah Program Salam Perkenalan Pemuda UMNO Bahagian KamparSdr Muhammad Azhar Mohamad Yusop, Ketua ...
04/10/2026

Alhamdulillah.

Selesai sudah Program Salam Perkenalan Pemuda UMNO Bahagian Kampar

Sdr Muhammad Azhar Mohamad Yusop, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kampar menyantuni warga muda dan keluarga sekitar Bemban hari ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan terima kasih juga atas layanan mesra kepada kami.




ZIARAH HATI KE HATI PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAMPAR🗒️ 27 September 2026, Ahad🕝 2.30 petang📍Sekitar Parlimen KamparSdra. Muha...
27/09/2026

ZIARAH HATI KE HATI PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAMPAR

🗒️ 27 September 2026, Ahad
🕝 2.30 petang
📍Sekitar Parlimen Kampar

Sdra. Muhammad Azhar Mohamad Yusop, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kampar menyantuni 4 orang warga Kampar. Mereka adalah:

1. En Razali Mat Dan - Taman Mahkota
2. ⁠En Rohaizad Ariffin - Ayer Hitam Labu
3. ⁠Pn. Che Pah Mohammad - Kg. Kurnia Bukit Pekan
4. ⁠Pn. Jamaiah (Mama Rock) - Tronoh Mines

Semoga dengan sedikit sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban kepada penerima. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T.

🚨 PELUANG KHAS UNTUK ANAK MUDA KAMPAR! 🚨🤖 *KURSUS PENGENALAN AI & ASAS PEMASARAN DIGITAL*Anjuran Pemuda UMNO Bahagian Ka...
24/09/2026

🚨 PELUANG KHAS UNTUK ANAK MUDA KAMPAR! 🚨

🤖 *KURSUS PENGENALAN AI & ASAS PEMASARAN DIGITAL*
Anjuran Pemuda UMNO Bahagian Kampar

Nak tahu macam mana AI & pemasaran digital boleh bantu anda menjana idea, membina kandungan, mempromosikan bisnes dan membuka peluang baharu? 💻📱

✨ Jom belajar bersama!

🎯 TERBUKA KEPADA:
👨 Lelaki berumur 18 – 40 tahun
👥 Terhad kepada 20 orang sahaja!

🎁 KEISTIMEWAAN:
✅ Kursus PERCUMA – tanpa yuran
✅ Elaun disediakan untuk setiap peserta
✅ Makan tengah hari disediakan sepanjang kursus
✅ Ilmu & kemahiran yang boleh digunakan untuk bisnes, kerja dan masa depan

📅 Tarikh: Akan ditentukan
⏰ Tempoh: 5 hari sahaja
📍 Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Kampar

🔥 TEMPAT TERHAD – PENYERTAAN DIPERLUKAN DENGAN SEGERA!

📲 Nak sertai? Mudah sahaja!
Imbas QR dalam poster atau hubungi:

📞 012-598 9580

💬 “Belia Cakna, Digital Berdaya!”

Jangan tunggu sampai peluang berlalu. 20 tempat sahaja! 🚀

PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAMPAR
Bersatu • Bersetia • Berkhidmat

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2026
13/09/2026

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2026

Alhamdulillah, kesempatan untuk bersama-sama menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2026 yang berlangsung pada 9 hingga 12 Se...
09/09/2026

Alhamdulillah, kesempatan untuk bersama-sama menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2026 yang berlangsung pada 9 hingga 12 September 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC Kuala Lumpur).

Kehadiran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kampar membawa semangat kebersamaan, kesetiaan dan iltizam untuk terus memperkukuh perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Perhimpunan ini bukan sekadar medan berkumpul, tetapi menjadi ruang untuk bertukar pandangan, memperkukuh perpaduan, menyemarakkan semangat perjuangan serta membina gagasan masa hadapan yang lebih baik untuk rakyat.

Bersatu • Bersetia• Berkhidmat. ❤️🇲🇾

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kampar

Selamat Memperingati Peristiwa Agung Maulidur Rasul ﷺ12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026Marilah kita bersama-sama memperi...
24/08/2026

Selamat Memperingati Peristiwa Agung Maulidur Rasul ﷺ

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan menghayati perjuangan, akhlak dan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur, dan semoga kita dikurniakan kekuatan untuk mencontohi akhlak mulia Baginda dalam membina masyarakat yang bersatu, harmoni dan penuh keberkatan.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik bagi kamu.”
— Surah al-Ahzab: 21

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Salam Maulidur Rasul 1448H.

Ikhlas daripada,
PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAMPAR

🇲🇾  PROGRAM SERAHAN BENDERA MALAYSIA PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAMPAR 🇲🇾Program Serahan Bendera Malaysia 69 Tahun sempena sam...
23/08/2026

🇲🇾 PROGRAM SERAHAN BENDERA MALAYSIA PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAMPAR 🇲🇾

Program Serahan Bendera Malaysia 69 Tahun sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 telah berlangsung pada Ahad, 23 Ogos 2026, jam 8.00 pagi bertempat di Pasar Pagi Tanjung Tualang, bersebelahan SK St Paul.

Program ini dianjurkan bersama oleh Pemuda UMNO Bahagian Kampar, Barisan Nasional Bahagian Kampar dan Kelab Kebajikan Ikhlas Prihatin Kampar, Perak, dengan penglibatan Muhammad Azhar Mohamad Yusop, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kampar bersama jawatankuasa Pemuda, Puteri Kampar dan Ketua UMNO Cawangan Tg. Tualang.

Program memberi tumpuan kepada penyerahan dan pengibaran Jalur Gemilang sebagai simbol semangat patriotisme, kecintaan kepada negara serta menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Inisiatif ini turut menjadi wadah untuk menggalakkan masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, premis perniagaan dan kawasan komuniti sepanjang bulan kemerdekaan.

Dengan slogan “Kibarkan Jalur Gemilang, Tanda Cinta kepada Negara”, program ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air, khususnya dalam kalangan masyarakat di sekitar Parlimen Kampar.

🇲🇾 Semarakkan Merdeka. Kibarkan Jalur Gemilang.
❤️ Tanda cinta kita kepada Malaysia.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda UMNO Bahagian Kampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share