03/06/2026
Tulisan shafandi
Pagi ni aku duduk baca balik beberapa kes orang hilang ketika hiking di Malaysia dari tahun 2000 sampai 2026…
Serius, meremang.
Bukan sebab cerita mistik semata-mata.
Tapi sebab realitinya… ramai yang hilang ni bukan orang biasa-biasa. Ada yang berpengalaman, fit, biasa masuk hutan, malah ada yang aktif trail run dan mendaki bertahun-tahun. Tapi akhirnya tetap “ghaib” dalam hutan Malaysia.
Antara yang paling buat aku termenung…
📍 Jashiah Iskandar — guru sekolah, hilang ketika hiking solo di Bukit Kutu tahun 2015. Sampai sekarang tak ditemui.
📍 Acap — Mohammad Ashraf Hassan. Hilang masa Gopeng Ultra Trail 2019. Antara peserta depan, trek dah ditanda, SAR besar-besaran dibuat… tapi sampai hari ni masih belum ada jawapan.
📍 Nora Anne Quoirin — ditemui meninggal dunia selepas 10 hari hilang berhampiran kawasan resort dan hutan. Sampai sekarang ramai masih tertanya-tanya macam mana dia boleh berada di lokasi tu.
📍 Jaslinda Saludin — pendaki berpengalaman lebih 10 tahun. Hilang tahun 2026 ketika ekspedisi di Gunung Batu Putih. Yang buat ramai pelik… dia sempat tinggalkan nota di puncak gunung. Maksudnya dia memang sampai atas. Tapi lepas tu hilang tanpa jejak.
📍 Nur Izzati Humaira — baru 19 tahun. Terpisah ketika turun bukit bersama keluarga. Ditemui meninggal dunia selepas beberapa hari operasi mencari.
Bila tengok balik semua kes ni, satu benda aku sedar…
Hutan ni tak kisah kau kuat ke tak.
Tak kisah kau pernah hiking 100 kali pun.
Kadang cukup dengan:
- cuaca berubah,
- kabus tebal,
- tersalah simpang beberapa minit,
- panik,
- atau bergerak sorang terlalu jauh.
Dan yang paling sedih… ada keluarga yang sampai hari ni masih tunggu kepastian.
Ramai s**a cakap “alah sesat je tu”.
Tapi bila baca detail operasi SAR sebenar — bomba, polis, PGA, Orang Asli, K9, drone, helikopter — kau akan faham betapa luas dan ganasnya hutan Malaysia ni.
Bukan nak takutkan orang hiking.
Tapi nak ingatkan… jangan terlalu yakin dengan alam.
Kadang alam diam je.
Tapi bila dia “ambil”, dia ambil terus tanpa jawapan. 🌲