Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka - TAPEM

  • Home
  • Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka - TAPEM
Directions Website Contact the organization

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka - TAPEM Laman Facebook Rasmi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM). Facebook Rasmi TAPEM ini merupakan laman sosial yang diwujudkan secara rasmi oleh TAPEM.

Selain daripada Facebook Rasmi ini adalah tidak mewakili TAPEM. OBJEKTIF

Membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Anak Melaka yang menuntut di sekolah/institusi pengajian tinggi. Memaju dan meningkatkan kualiti pendidikan di kalangan anak-anak Melaka dan warganegara Malaysia yang lazimnya bermastautin di Melaka. Menguruskan pemberian sumbangan bantuan persekolahan kepada pelajar- pelajar sekolah rendah dikalangan semua kaum mengikut kriteria yang ditentukan oleh TAPEM. Menguruskan pemberian biasiswa Biasa & Asnaf kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang diperakukan di dalam dan luar Melaka. Menguruskan pemberian sumbangan IPT kepada pelajar Anak Melaka. Menawarkan dan menguruskan pemberian pinjaman kepada pelajar-pelajar di IPTA/IPTS yang diperakukan oleh kerajaan negeri Melaka. Menguruskan program Anugerah Pelajar & Sekolah Cemerlang Tajaan TAPEM. Menguruskan pinjaman kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang bertugas di negeri Melaka yang layak melanjutkan pengajiannya ke peringkat ijazah Lanjutan di IPTA/ IPTS yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka.

5 OKTOBER 2026 (ISNIN) 10.30 PAGIKUNJUNG HORMAT TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA KE IBU PEJABAT PTPTN
05/10/2026

5 OKTOBER 2026 (ISNIN) 10.30 PAGI
KUNJUNG HORMAT TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA KE IBU PEJABAT PTPTN

PENAMBAHBAIKAN SKIM TAPEM SEPANJANG PENTADBIRAN YAB KETUA MENTERI MELAKA (2023–2026) 🎓📚Sepanjang tempoh pentadbiran ini,...
30/09/2026

PENAMBAHBAIKAN SKIM TAPEM SEPANJANG PENTADBIRAN YAB KETUA MENTERI MELAKA (2023–2026) 🎓📚

Sepanjang tempoh pentadbiran ini, pelbagai skim dan program pendidikan di bawah TAPEM telah ditambah baik dan diperluaskan demi memberi manfaat yang lebih besar kepada anak-anak Melaka.

Daripada bantuan pakaian sekolah, bantuan persekolahan Orang Asli, biasiswa sekolah menengah, dermasiswa Maahad Tahfiz, Dermasiswa Pengajian Islam, Pinjaman Wang Pengajian Tinggi, sehinggalah pelbagai Program Mesra Pendidikan dan insentif pendidikan, kadar bantuan, kelayakan serta peruntukan telah dipertingkatkan dan diperluaskan.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan pendidikan terus diberi keutamaan serta lebih ramai anak Melaka mendapat peluang dan sokongan untuk membina masa depan yang lebih baik.

Terima Kasih Kerajaan Negeri Melaka dibawah kepimpinan Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh Ketua Menteri Melaka👏🏻👏🏻

29/09/2026

NOTIS PENUTUPAN

Untuk makluman Pejabat TAPEM di Kota Cemerlang, Kaunter UTC, Cawangan Jasin Dan Cawangan Masjid Tanah tutup kerana urusan rasmi pada 29 September 2026 (Selasa) jam 1.00 petang hingga 5.00 petang. Pejabat TAPEM akan beroperasi seperti biasa pada 30 September 2026 (Rabu). Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih

27/09/2026

KEM PERMATA MUMTAZ STAM NEGERI MELAKA 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Kem Permata Mumtaz Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Negeri Melaka Tahun 2026 pada 25 hingga 27 September 2026 bertempat di Hotel Puteri Bay, Pantai Puteri, Melaka.

Program anjuran Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ini bertujuan memberi suntikan semangat, motivasi serta persediaan kepada calon-calon STAM dalam menghadapi peperiksaan.

Semoga segala ilmu, bimbingan dan pengalaman sepanjang program ini menjadi bekalan berharga kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

🌟 Didoakan calon-calon STAM 2026 memperoleh keputusan yang cemerlang dan semoga kejayaan dunia dan akhirat sentiasa mengiringi kalian semua. Insya-Allah, Amin.

Sejuta penghargaan kepada:
Jabatan Ketua Menteri Melaka • Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka • Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana J***t
Melaka Sayang Rakyat ❤️

KEM PERMATA MUMTAZ STAM NEGERI MELAKA 2026Alhamdulillah, telah berlangsung Kem Permata Mumtaz Sijil Tinggi Agama Malaysi...
27/09/2026

KEM PERMATA MUMTAZ STAM NEGERI MELAKA 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Kem Permata Mumtaz Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Negeri Melaka Tahun 2026 pada 25 hingga 27 September 2026 bertempat di Hotel Puteri Bay, Pantai Puteri, Melaka.

Program anjuran Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ini bertujuan memberi suntikan semangat, motivasi serta persediaan kepada calon-calon STAM dalam menghadapi peperiksaan.

Semoga segala ilmu, bimbingan dan pengalaman sepanjang program ini menjadi bekalan berharga kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Didoakan calon-calon STAM 2026 memperoleh keputusan yang cemerlang dan semoga kejayaan dunia dan akhirat sentiasa mengiringi kalian semua. Insya-Allah, Amin.

Sejuta penghargaan kepada:
Jabatan Ketua Menteri Melaka • Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka • Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana J***t
Melaka Sayang Rakyat ❤️

26/09/2026

Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Melaka MeSRA Pendidikan SPM & STPM 2026

Program Penutup Sentuhan Kasih Ketua Menteri MelakaMesra Pendidikan SPM & STPM 2026 di Manipal University College Malays...
25/09/2026

Program Penutup Sentuhan Kasih Ketua Menteri Melaka
Mesra Pendidikan SPM & STPM 2026 di Manipal University College Malaysia (MUCM)

Alhamdulillah, selesai sudah Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Melaka Mesra Pendidikan SPM & STPM 2026 yang berlangsung pada 23–25 September 2026.

Tiga hari yang bukan sekadar menghimpunkan warga pendidikan dan para pelajar, tetapi turut mencipta pengalaman, semangat serta kenangan yang cukup bermakna. ❤️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun di sebalik tabir, yang telah mencurahkan tenaga, masa dan komitmen bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Penghargaan istimewa juga kepada Manipal University College Malaysia (MUCM) atas kesudian menyediakan ruang dan fasiliti yang begitu selesa serta kondusif sepanjang program berlangsung.

Buat para pelajar SPM & STPM 2026, teruskan melangkah dengan yakin. Semoga segala ilmu, nasihat dan semangat yang dibawa pulang daripada program ini menjadi bekalan dalam mengejar kejayaan yang dicita-citakan. 🎓🌟

Program mungkin telah berakhir, tetapi perjalanan menuju kejayaan baru sahaja bermula.

Terima kasih atas segala kerjasama, sokongan dan kenangan.
Jumpa lagi, insya-Allah. ❤️




Sesi Perbincangan Pelarasan Bayaran PWPT dan Oneoff bagi pelajar UNIMEL
21/09/2026

Sesi Perbincangan Pelarasan Bayaran PWPT dan Oneoff bagi pelajar UNIMEL

21 November 2026 ( Isnin )Penyampaian Sumbangan Mesra Pendidikan & Bantuan One Off DUN RimDewan Terbuka Taman Seri Kemen...
21/09/2026

21 November 2026 ( Isnin )
Penyampaian Sumbangan Mesra Pendidikan & Bantuan One Off DUN Rim
Dewan Terbuka Taman Seri Kemendor , Jasin.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran, YAB Datuk Seri Utama Haji Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.Semoga YAB se...
20/09/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran, YAB Datuk Seri Utama Haji Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

Semoga YAB sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dilimpahkan rezeki serta diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin dan meneruskan khidmat bakti demi kemajuan Negeri Melaka.

Semoga segala urusan YAB dipermudahkan, sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, serta terus diberi kekuatan untuk membawa Melaka ke arah yang lebih maju, sejahtera dan gemilang.

Selamat Hari Lahir, YAB.
Semoga terus sukses dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. 🌹

Ikhlas daripada kami.
Abdul Aziz bin Baba
& Seluruh WargaKerja Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka - TAPEM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka - TAPEM:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share