JPJ Negeri KEDAH

  • Home
  • JPJ Negeri KEDAH
Call Directions Website

JPJ Negeri KEDAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI KEDAH
JALAN S**A MENANTI
05150 ALOR SETAR KEDAH

INGKAR ARAHAN PENGUAT KUASA, DUA WARGA PAKISTAN DITAHAN, DUA MOTOSIKAL DISITAKULIM, 2 NOVEMBER 2026 – Tindakan tegas dia...
02/11/2026

INGKAR ARAHAN PENGUAT KUASA, DUA WARGA PAKISTAN DITAHAN, DUA MOTOSIKAL DISITA

KULIM, 2 NOVEMBER 2026 – Tindakan tegas diambil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim terhadap dua orang warga Pakistan menerusi operasi penguatkuasaan di KM1, Jalan Sedim, kira-kira jam 1.00 petang.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan dilakukan, antaranya salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), pengubahsuaian kenderaan, tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), ingkar arahan pegawai penguat kuasa serta kesalahan teknikal.

Susulan itu, dua buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut.

(Sumber : JPJ Cawangan Kulim)

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗞𝗜𝗧𝗔 (𝗣𝗠𝗞) 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗜, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 - 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗞𝗡𝗔𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧𝖲𝗎𝗇𝗀𝖺𝗂 𝖯𝖾𝗍𝖺𝗇𝗂, 𝟥𝟣 𝖮𝗄𝗍𝗈𝖻𝖾𝗋 𝟤𝟢𝟤𝟨 - 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲...
02/11/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗞𝗜𝗧𝗔 (𝗣𝗠𝗞) 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗜, 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 - 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗞𝗡𝗔𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧

𝖲𝗎𝗇𝗀𝖺𝗂 𝖯𝖾𝗍𝖺𝗇𝗂, 𝟥𝟣 𝖮𝗄𝗍𝗈𝖻𝖾𝗋 𝟤𝟢𝟤𝟨 - 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 (𝗝𝗔𝗣𝗘𝗡) 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗍𝖾𝗅𝖺𝗁 𝗆𝖾𝗇𝗀𝖺𝗇𝗃𝗎𝗋𝗄𝖺𝗇 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗞𝗜𝗧𝗔 (𝗣𝗠𝗞) 𝖽𝗂 𝖣𝖾𝗐𝖺𝗇 𝖬𝖺𝗁𝗅𝗂𝗀𝖺𝗂, 𝖯𝖾𝗃𝖺𝖻𝖺𝗍 𝖯𝖾𝗇𝗀𝗁𝗎𝗅𝗎 𝖬𝗎𝗄𝗂𝗆 𝖲𝗂𝖽𝖺𝗆 𝖪𝗂𝗋𝗂, 𝖲𝗎𝗇𝗀𝖺𝗂 𝖯𝖾𝗍𝖺𝗇𝗂, 𝖪𝖾𝖽𝖺𝗁.

𝖯𝗋𝗈𝗀𝗋𝖺𝗆 𝗂𝗇𝗂 𝗍𝖾𝗅𝖺𝗁 𝖽𝗂𝗌𝖾𝗆𝗉𝗎𝗋𝗇𝖺𝗄𝖺𝗇 𝗈𝗅𝖾𝗁 𝗬𝗕 𝗗𝗿. 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗺𝗲𝗱 𝗧𝗮𝘂𝗳𝗶𝗾 𝗯𝗶𝗻 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶, 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻. 𝖳𝗎𝗋𝗎𝗍 𝗁𝖺𝖽𝗂𝗋 𝗆𝖾𝗆𝖾𝗋𝗂𝖺𝗁𝗄𝖺𝗇 𝗆𝖺𝗃𝗅𝗂𝗌 𝗂𝖺𝗅𝖺𝗁 𝖽𝗂𝖿-𝖽𝗂𝖿 𝗄𝖾𝗁𝗈𝗋𝗆𝖺𝗍, 𝗉𝖺𝗋𝖺 𝗃𝖾𝗆𝗉𝗎𝗍𝖺𝗇 𝗌𝖾𝗋𝗍𝖺 𝖻𝖺𝗋𝗂𝗌𝖺𝗇 𝗄𝗈𝗆𝗎𝗇𝗂𝗍𝗂 𝗌𝖾𝗍𝖾𝗆𝗉𝖺𝗍 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝖻𝖾𝗋𝗌𝖺𝗆𝖺-𝗌𝖺𝗆𝖺 𝗆𝖾𝗆𝖻𝖾𝗋𝗂𝗄𝖺𝗇 𝗌𝗈𝗄𝗈𝗇𝗀𝖺𝗇 𝖽𝖺𝗇 𝗆𝖾𝗇𝗃𝖺𝗒𝖺𝗄𝖺𝗇 𝗉𝗋𝗈𝗀𝗋𝖺𝗆 𝗂𝗇𝗂.

𝖩𝖯𝖩 𝖭𝖾𝗀𝖾𝗋𝗂 𝖪𝖾𝖽𝖺𝗁 𝗆𝖾𝗇𝗒𝖾𝖽𝗂𝖺𝗄𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗋𝗄𝗁𝗂𝖽𝗆𝖺𝗍𝖺𝗇
𝗉𝖾𝗋𝗍𝗎𝗄𝖺𝗋𝖺𝗇 𝗍𝗈𝗉𝗂 𝗄𝖾𝗅𝖾𝖽𝖺𝗋 𝖽𝖾𝗐𝖺𝗌𝖺, 𝗉𝖾𝗆𝖻𝖾𝗋𝗂𝖺𝗇 𝗍𝗈𝗉𝗂 𝗄𝖾𝗅𝖾𝖽𝖺𝗋 𝗄𝖺𝗇𝖺𝗄-𝗄𝖺𝗇𝖺𝗄, 𝗌𝖾𝗆𝖺𝗄𝖺𝗇 𝖽𝖺𝗇 𝗌𝖾𝗇𝖺𝗋𝖺𝗂 𝗁𝗂𝗍𝖺𝗆 𝗌𝖺𝗆𝖺𝗇, 𝗉𝖾𝗆𝖻𝖺𝗒𝖺𝗋𝖺𝗇 𝗌𝖺𝗆𝖺𝗇 (𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗍𝖾𝗅𝖺𝗁 𝖽𝗂𝗄𝖾𝗆𝖺𝗌𝗄𝗂𝗇𝗂), 𝗉𝖾𝗆𝖻𝖺𝗁𝖺𝗋𝗎𝖺𝗇 𝖫𝖾𝗌𝖾𝗇 𝖬𝖾𝗆𝖺𝗇𝖽𝗎 𝖬𝖺𝗅𝖺𝗒𝗌𝗂𝖺 (𝖫𝖬𝖬), 𝗉𝖾𝗆𝖻𝖺𝗁𝖺𝗋𝗎𝖺𝗇 𝖫𝖾𝗌𝖾𝗇 𝖪𝖾𝗇𝖽𝖾𝗋𝖺𝖺𝗇 𝖬𝗈𝗍𝗈𝗋 (𝖫𝖪𝖬) 𝖽𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗇𝖽𝖺𝖿𝗍𝖺𝗋𝖺𝗇 𝖨𝖣 𝖬𝗒𝖩𝖯𝖩 𝗌𝖾𝗅𝖺𝗂𝗇 𝗆𝖾𝗇𝗒𝖺𝗇𝗍𝗎𝗇𝗂 𝗄𝗈𝗆𝗎𝗇𝗂𝗍𝗂 𝗌𝖾𝗍𝖾𝗆𝗉𝖺𝗍 𝖽𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗇𝗀𝗎𝗇𝗃𝗎𝗇𝗀 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗁𝖺𝖽𝗂𝗋.

𝖯𝖾𝗇𝗒𝖾𝗋𝗍𝖺𝖺𝗇 𝗂𝗇𝗂 𝖺𝖽𝖺𝗅𝖺𝗁 𝗆𝖾𝗋𝗎𝗉𝖺𝗄𝖺𝗇 𝗂𝗇𝗂𝗌𝗂𝖺𝗍𝗂𝖿 𝖪𝖾𝗋𝖺𝗃𝖺𝖺𝗇 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝖽𝗂𝗌𝖾𝗅𝖺𝗋𝖺𝗌𝗄𝖺𝗇 𝗈𝗅𝖾𝗁 𝖴𝗇𝗂𝗍 𝖯𝖾𝗇𝗒𝖾𝗅𝖺𝗋𝖺𝗌𝖺𝗇 𝖫𝗈𝗇𝗃𝖺𝗄𝖺𝗇 𝖯𝗋𝖾𝗌𝗍𝖺𝗌𝗂 (𝖯𝖠𝖢𝖴), 𝖩𝖺𝖻𝖺𝗍𝖺𝗇 𝖯𝖾𝗋𝖽𝖺𝗇𝖺 𝖬𝖾𝗇𝗍𝖾𝗋𝗂 𝖻𝖾𝗋𝗍𝗎𝗃𝗎𝖺𝗇 𝗆𝖾𝗇𝖽𝖾𝗄𝖺𝗍𝗄𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗇𝗒𝖺𝗆𝗉𝖺𝗂𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗋𝗄𝗁𝗂𝖽𝗆𝖺𝗍𝖺𝗇 𝖪𝖾𝗋𝖺𝗃𝖺𝖺𝗇 𝗄𝖾𝗉𝖺𝖽𝖺 𝗋𝖺𝗄𝗒𝖺𝗍, 𝗆𝖾𝗇𝖺𝗇𝗀𝖺𝗇𝗂 𝗂𝗌𝗎 𝗌𝖾𝗍𝖾𝗆𝗉𝖺𝗍 𝖽𝗂 𝗌𝖺𝗆𝗉𝗂𝗇𝗀 𝗆𝖾𝗆𝗉𝖾𝗋𝗄𝗎𝗄𝗎𝗁 𝗄𝖾𝗒𝖺𝗄𝗂𝗇𝖺𝗇 𝗋𝖺𝗄𝗒𝖺𝗍 𝗍𝖾𝗋𝗁𝖺𝖽𝖺𝗉 𝖽𝖺𝗌𝖺𝗋 𝖪𝖾𝗋𝖺𝗃𝖺𝖺𝗇 𝖬𝖠𝖣𝖠𝖭𝖨.

𝖩𝖯𝖩 𝖭𝖾𝗀𝖾𝗋𝗂 𝖪𝖾𝖽𝖺𝗁 𝗆𝖾𝗇𝗀𝖺𝗅𝗎-𝖺𝗅𝗎𝗄𝖺𝗇 𝗄𝖾𝗋𝗃𝖺𝗌𝖺𝗆𝖺 𝗌𝗍𝗋𝖺𝗍𝖾𝗀𝗂𝗄 𝖺𝗇𝗍𝖺𝗋𝖺 𝖩𝖺𝖻𝖺𝗍𝖺𝗇, 𝖠𝗀𝖾𝗇𝗌𝗂 𝗌𝖾𝗋𝗍𝖺 𝗉𝗂𝗁𝖺𝗄 𝗌𝗐𝖺𝗌𝗍𝖺/𝖭𝖦𝖮 𝖻𝖺𝗀𝗂 𝗆𝖾𝗇𝗒𝖾𝗆𝖺𝗋𝖺𝗄𝗄𝖺𝗇 𝗉𝗋𝗈𝗀𝗋𝖺𝗆-𝗉𝗋𝗈𝗀𝗋𝖺𝗆 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗆𝖾𝗆𝖻𝖾𝗋𝗂 𝗆𝖺𝗇𝖿𝖺𝖺𝗍 𝗄𝖾𝗉𝖺𝖽𝖺 𝗆𝖺𝗌𝗒𝖺𝗋𝖺𝗄𝖺𝗍 𝗌𝖾𝗍𝖾𝗋𝗎𝗌𝗇𝗒𝖺 𝗆𝖾𝗇𝗀𝗁𝖺𝗌𝗂𝗅𝗄𝖺𝗇 𝗈𝗎𝗍𝗉𝗎𝗍 𝖻𝖾𝗋𝗂𝗆𝗉𝖺𝗄 𝗍𝗂𝗇𝗀𝗀𝗂 𝗄𝖾𝗉𝖺𝖽𝖺 𝗋𝖺𝗄𝗒𝖺𝗍 𝗌𝖾𝗍𝖾𝗆𝗉𝖺𝗍.

(𝖲𝗎𝗆𝖻𝖾𝗋: 𝖴𝗇𝗂𝗍 𝖪𝖾𝗌𝖾𝗅𝖺𝗆𝖺𝗍𝖺𝗇 𝖩𝖺𝗅𝖺𝗇 𝖱𝖺𝗒𝖺 𝖣𝖺𝗇 𝖪𝗈𝗋𝗉𝗈𝗋𝖺𝗍)

#𝖬𝖮𝖳𝖬𝖺𝗅𝖺𝗒𝗌𝗂𝖺
#𝖩𝖯𝖩𝟤𝟢𝟤𝟨
#𝖩𝖯𝖩𝖬𝖺𝗅𝖺𝗒𝗌𝗂𝖺
#𝖩𝖯𝖩𝖪𝖾𝖽𝖺𝗁
#𝗂𝗇𝖿𝗈𝖩𝖯𝖩
#𝖺𝖽𝗎𝖺𝗇𝖩𝖯𝖩
#𝗏𝗂𝗋𝖺𝗅𝖩𝖯𝖩
#𝖯𝖺𝗇𝖽𝗎𝖢𝖾𝗋𝗆𝖺𝗍𝖲𝖺𝗆𝗉𝖺𝗂𝖲𝖾𝗅𝖺𝗆𝖺𝗍
#𝗆𝗈𝖻𝗂𝗅𝖾𝖩𝖯𝖩

INGKAR ARAHAN PIHAK BERKUASA, MOTOSIKAL WARGA BANGLADESH DISITA JPJ KULIMKULIM, 30 OKTOBER 2026 – Tindakan seorang penun...
30/10/2026

INGKAR ARAHAN PIHAK BERKUASA, MOTOSIKAL WARGA BANGLADESH DISITA JPJ KULIM

KULIM, 30 OKTOBER 2026 – Tindakan seorang penunggang motosikal warga Bangladesh yang ingkar arahan pihak berkuasa membawa padah apabila motosikal yang ditungganginya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim dalam satu tindakan penguatkuasaan di Jalan Batu 8, kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Hasil pemeriksaan mendapati penunggang terbabit melakukan beberapa kesalahan, antaranya tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) bagi kelas motosikal, gagal mematuhi arahan pihak berkuasa serta kesalahan teknikal kenderaan.

Susulan itu, motosikal berkenaan telah disita untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

(Sumber : JPJ Cawangan Kulim)

HUJAN BUKAN PENGHALANG! MOTOSIKAL WARGA CHINA DISITA JPJKULIM, 29 OKTOBER 2026 – Walaupun dalam keadaan hujan, Jabatan P...
30/10/2026

HUJAN BUKAN PENGHALANG! MOTOSIKAL WARGA CHINA DISITA JPJ

KULIM, 29 OKTOBER 2026 – Walaupun dalam keadaan hujan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim tetap meneruskan penguatkuasaan menerusi Ops PEWA di Persiaran Keip, Kulim, kira-kira jam 11.15 pagi.

Dalam operasi tersebut, seorang penunggang motosikal warganegara Republik Rakyat China (R.O.C.) dikesan melakukan beberapa kesalahan, antaranya tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah, tidak memakai topi keledar serta melakukan kesalahan teknikal pada motosikal.

Susulan itu, motosikal berkenaan telah disita untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

(Sumber : JPJ Cawangan Kulim)

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗣𝗝 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗘 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛ALOR SETAR, 28 OKTOBER 2026 – YBrs. Tuan Stien V...
28/10/2026

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗣𝗝 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗘 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛

ALOR SETAR, 28 OKTOBER 2026 – YBrs. Tuan Stien Van Lutam, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, bertempat di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Kunjungan hormat ini merupakan platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara JPJ Negeri Kedah dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah, khususnya dalam meneroka ruang kerjasama yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan komuniti setempat.

Turut hadir ialah YBrs Puan Johariah binti Haji Hasan, Timbalan Pengarah JPJ Negeri Kedah; Tuan Mohd Fitri bin Abdul, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan JPJ Negeri Kedah; Tuan Iskandar Zulkarnain bin Mohamed Ali, Ketua JPJ Cawangan Langkawi; serta pegawai-pegawai kanan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan JPJ Negeri Kedah.

Diharapkan kunjungan hormat ini dapat menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua agensi dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Negeri Kedah.

Sumber : Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat









LESEN MEMANDU DAN ROAD TAX TAMAT TEMPOH, TOYOTA ALPHARD DISITA JPJSUNGAI PETANI, 26 OKTOBER 2026 – Sebuah MPV mewah jeni...
27/10/2026

LESEN MEMANDU DAN ROAD TAX TAMAT TEMPOH, TOYOTA ALPHARD DISITA JPJ

SUNGAI PETANI, 26 OKTOBER 2026 – Sebuah MPV mewah jenis Toyota Alphard disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Luxury selepas didapati mempunyai Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh.

Kenderaan itu ditahan anggota penguat kuasa Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil pada jam 6.35 petang di Kilometer 1, Kawasan Perusahaan MIEL Sungai Lalang, Sungai Petani.

Hasil pemeriksaan mendapati lesen memandu pemandu dan LKM kenderaan berkenaan tidak lagi sah. Toyota Alphard itu kemudiannya disita dan dibawa ke Depoh Sita Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil untuk tindakan lanjut.

JPJ mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan lesen memandu dan LKM sah sebelum memulakan perjalanan demi keselamatan diri, keluarga serta pengguna jalan raya lain.

(Sumber : Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil)

LKM DAN INSURANS TAMAT TEMPOH, JAGUAR MEWAH DISITA JPJKULIM, 26 OKTOBER 2026 – Sebuah motokar mewah jenis Jaguar XJ 3.0D...
27/10/2026

LKM DAN INSURANS TAMAT TEMPOH, JAGUAR MEWAH DISITA JPJ

KULIM, 26 OKTOBER 2026 – Sebuah motokar mewah jenis Jaguar XJ 3.0D Premium Luxury LWB disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Kenderaan Luxury selepas didapati menggunakan kenderaan dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans tamat tempoh.

Kenderaan itu ditahan anggota Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil pada jam 11.27 pagi di Kilometer 2, Jalan Kelang Lama menghala ke SMK Kulim, sebelum disita dan ditempatkan di Depoh Sita JPJ Kulim untuk tindakan lanjut.

JPJ menegaskan bahawa pemilikan kenderaan mewah bukan alasan untuk mengabaikan undang-undang. Setiap pemilik wajib memastikan LKM dan perlindungan insurans sentiasa sah sebelum kenderaan digunakan di jalan raya.

(Sumber : Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil)

LKM TAMAT TEMPOH: BMW X4 DAN TESLA MODEL Y DISITA JPJ SUNGAI PETANISUNGAI PETANI, KEDAH | 25 OKTOBER 2026 – Dua buah ken...
26/10/2026

LKM TAMAT TEMPOH: BMW X4 DAN TESLA MODEL Y DISITA JPJ SUNGAI PETANI

SUNGAI PETANI, KEDAH | 25 OKTOBER 2026 – Dua buah kenderaan mewah, BMW X4 dan Tesla Model Y RWD, disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Operasi Kenderaan Luxury selepas dikesan melakukan kesalahan berkaitan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

BMW X4 disita pada 25 Oktober kira-kira jam 12.33 tengah hari di Kilometer 1, Jalan Hospital Metro–Jalan Bakar Sampah, selepas didapati LKM dan insurans kenderaan tamat tempoh.

Sementara itu, Tesla Model Y RWD p**a disita pada 23 Oktober kira-kira jam 6.16 petang di Kilometer 3, Jalan Kuala Ketil–Sungai Petani atas kesalahan LKM tamat tempoh.

JPJ menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan tanpa mengira jenama, jenis atau nilai kenderaan. Semua pemilik kenderaan diingatkan supaya memastikan LKM dan insurans sentiasa sah sebelum menggunakan kenderaan di jalan raya.

(Sumber : Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil)

SALAH GUNA LKM, UBAH SUAI DAN KESALAHAN TEKNIKAL: KENDERAAN WARGA PAKISTAN DISITA JPJ KULIMKULIM, 24 OKTOBER 2026 – Jaba...
26/10/2026

SALAH GUNA LKM, UBAH SUAI DAN KESALAHAN TEKNIKAL: KENDERAAN WARGA PAKISTAN DISITA JPJ KULIM

KULIM, 24 OKTOBER 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim menyita sebuah kenderaan milik warganegara Pakistan selepas dikesan melakukan beberapa kesalahan dalam pemeriksaan penguatkuasaan di Jalan Sungai Limau–Lunas pada jam 10.45 pagi, Sabtu.

Pemeriksaan mendapati kenderaan berkenaan terlibat dengan kesalahan salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), pengubahsuaian kenderaan serta kesalahan teknikal.

Tindakan penyitaan dilaksanakan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JPJ Cawangan Kulim menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan setiap pemilik dan pengguna kenderaan mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya.

(Sumber : JPJ Cawangan Kulim)

Jangan salah guna LKM, elakkan pengubahsuaian yang melanggar peraturan dan pastikan kenderaan sentiasa memenuhi spesifikasi teknikal yang ditetapkan. Pematuhan undang-undang adalah tanggungjawab setiap pengguna jalan raya.

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+6047404888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPJ Negeri KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share