02/07/2026
Kecoh harga 1kg Musang king RM9.90..
Bila kita setup kebun moden, pemain industri kata mahal, SETUP KEBUN DURIAN MODEN MAHAL?
Ramai kata mahal. Tetapi tahukah anda kos pengeluaran durian di kebun durian moden boleh sekitar RM6/kg sahaja? Tu sebab harga borong buah durian Thailand berlegar RM6.00/kg.
Contoh mudah, Analisis dan data dari The Kebun.
✅ 1,000 pokok
✅ Kos operasi RM25,000 sebulan (RM300,000 setahun utk Opex)
✅ Hanya 50 biji sepokok setahun, tahun ke 6&7
✅ Purata berat 1.5kg sebiji
Jumlah pengeluaran = 75,000kg setahun
Kos pengeluaran = RM300,000 ÷ 75,000kg = RM4/kg
Campur kos infrastruktur, kos besarkan pokok,susut nilai dan risiko, sekitar RM5–RM6/kg.(Kos kene bahagi 10-15 tahun, utk Capex)
-Semua data diringkas dan dipermudah by average)
Murah atau mahal? Tu Belum kira quality premium, dan pembuahan luar musim yg boleh dikawal dengan kebun durian moden.
Nak bersaing dengan Thailand, tiada jalan pintas.
Bukan sekadar tanam Musang King, tetapi membina Kebun Durian Moden yang mempunyai sistem, SOP dan pengurusan yang cekap.
Sebab itu 50 peserta telah mendaftar untuk Kursus Blueprint Kebun Durian Moden Siri 2 pada 27/6/26 telah penuh walaupun yuran RM380 seorang.
Adakah kami sudah pecahkan kod rahsia durian murah?
Ya.
Rahsianya bukan baja ajaib atau formula ajaib.
Rahsianya ialah sistem yang betul, pengurusan yang betul dan ilmu yang betul. Kemudian baru baja dan formula itu menjadi AJAIB..🌳🇲🇾
The Kebun
Pemaju Ladang Durian Moden Malaysia