Persatuan Nelayan Kebangsaan - NEKMAT

  • Home
  • Persatuan Nelayan Kebangsaan - NEKMAT
Directions Website Contact the organization

Persatuan Nelayan Kebangsaan - NEKMAT Ditubuhkan untuk menjaga, mempertingkatkan taraf ekonomi, sosial, menambahkan hasil dan pendapatan dan memberi kesentosaan kepada ahli-ahlinya

MALAYSIA PETANG INI30 September 2026, RabuSiaran Langsung 5.00–5.30 Petang'Belanjawan 2027: Apa Harapan Nelayan?'Menjela...
30/09/2026

MALAYSIA PETANG INI
30 September 2026, Rabu
Siaran Langsung 5.00–5.30 Petang

'Belanjawan 2027: Apa Harapan Nelayan?'

Menjelang Belanjawan 2027, apakah bentuk sokongan yang diharapkan nelayan bagi menangani kos operasi dan memperkukuh sektor perikanan?

Kupasan bersama Encik Azrin Shah Ismail, Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).

Turut dikongsikan kemaskini berita semasa termasuk perkembangan sektor pertanian, kes remaja autistik didakwa bunuh ibu dan jangka hayat bayi kelahiran 2026.

Saluran ASTRO 502 / UNIFI TV 631 / MyTV 121
FB Live & YouTube Streaming: BERNAMA TV

MAJLIS HI-TEA LEMBAGA PENGARAH NEKMAT BERSAMA PENGERUSI LKIMKUALA LUMPUR | 29 SEPTEMBER 2026Telah berlangsung Majlis Hi-...
29/09/2026

MAJLIS HI-TEA LEMBAGA PENGARAH NEKMAT BERSAMA PENGERUSI LKIM

KUALA LUMPUR | 29 SEPTEMBER 2026

Telah berlangsung Majlis Hi-Tea Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) bersama Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), bertempat di Brisdale Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Muhammad Faiz bin Dato’ Haji Fadzil, Pengerusi LKIM, dan turut dihadiri oleh:

(a) YBhg. Dato’ Dr. Haji Abdul Salim bin Haji Tajudin, Ketua Pengarah LKIM
(b) YBrs. Tuan Haji Abdul Hamid bin Bahari, Pengerusi Lembaga Pengarah NEKMAT
(c) YBrs. Encik Azrin Shah bin Ismail, Pengurus Besar NEKMAT
(d)Barisan Ahli Lembaga Pengarah NEKMAT
(e) Pegawai-pegawai daripada LKIM dan NEKMAT

AMANAT PENGERUSI LKIM

Dalam majlis tersebut, Pengerusi LKIM telah menyampaikan amanat yang menekankan kepentingan peranan dan penglibatan aktif Persatuan Nelayan dalam memperkukuh serta memperkasakan rangkaian pemasaran hasil perikanan di peringkat nasional.

Penekanan turut diberikan terhadap usaha memperluas penglibatan Persatuan Nelayan dalam rantaian pemasaran ikan bagi meningkatkan daya saing sektor perikanan, seterusnya memperkukuh kesejahteraan dan sosioekonomi komuniti nelayan di seluruh negara.

PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGGAL 2026–2028

Majlis turut menyaksikan penyampaian Watikah Pelantikan bagi Penggal 2026–2028 yang disempurnakan oleh YBrs. Pengerusi LKIM, dengan disaksikan oleh YBhg. Ketua Pengarah LKIM dan Pengurus Besar NEKMAT.

Watikah pelantikan telah disampaikan kepada:

(a) Pengerusi Lembaga Pengarah NEKMAT
(b) Pengerusi-Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri (PNN)
(c) Ahli-ahli Lembaga Pengarah NEKMAT

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima watikah pelantikan. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen dalam memperkukuh peranan Persatuan Nelayan serta memacu pembangunan sektor perikanan negara ke arah yang lebih progresif, berdaya saing dan mampan.

NEKMAT – Memperkasa Nelayan, Memajukan Industri Perikanan Negara.

ESOKK.. 1 HARI LAGI! BAHTERA BAZAR TEMERLOH! 🔥Dah ready untuk meriahkan Bahtera Bazar Himpunan Usahawan Pemasaran Ikan d...
25/09/2026

ESOKK.. 1 HARI LAGI! BAHTERA BAZAR TEMERLOH! 🔥

Dah ready untuk meriahkan Bahtera Bazar Himpunan Usahawan Pemasaran Ikan dan Ternakan Akuakultur?

Pelbagai ikan segar, hasil akuakultur dan produk usahawan tempatan bakal menanti anda!

📅 26 – 27 September 2026 (Sabtu & Ahad)
📍 Dataran Temerloh
⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam

💥 Jangan lupa tau! Tinggal 1 HARI SAHAJA lagi!

Jom datang beramai-ramai, sokong usahawan tempatan dan dapatkan hasil laut serta produk akuakultur pilihan anda!

Bahtera Bazar — Semarakkan Akuakultur, Sokong Usahawan!

15/09/2026
Selamat Menyambut Hari Malaysia Marilah kita bersama-sama menghargai semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan yan...
15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Marilah kita bersama-sama menghargai semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan yang menjadi tunjang kekuatan negara. Semoga Malaysia terus maju, makmur dan sejahtera.

📢 JAWATAN KOSONG | SERTAI PASUKAN NEKMATPersatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) kini membuka peluang kerjaya bagi jawatan ...
15/09/2026

📢 JAWATAN KOSONG | SERTAI PASUKAN NEKMAT

Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) kini membuka peluang kerjaya bagi jawatan berikut :-

(A) PENJAGA JENTERA A4
📍 Pahang & Lembah Klang | 👥 2 Kekosongan
💰 Gaji bermula RM2,000++

(B) PEMBANTU PENGURUS (PEMASARAN)
📍 Lembah Klang | 👥 2 Kekosongan
💰 Gaji bermula RM1,700++

Jika anda mempunyai kemahiran, pengalaman dan semangat untuk berkembang bersama NEKMAT, inilah peluang anda

📅 Tarikh tutup permohonan: 30 September 2026

📩 Hantarkan Resume/CV terkini ke:
[[email protected]]

🌐 Untuk lihat iklan penuh, sila ke:
[www.nekmat.com.my]

𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍 𝐃𝐎𝐀 & 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋 𝐊𝐏𝐊𝐌!Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bakal menggalas cabaran dalam...
08/09/2026

𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍 𝐃𝐎𝐀 & 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋 𝐊𝐏𝐊𝐌!

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bakal menggalas cabaran dalam Pertandingan Sayembara Pantun Madani Antara Kementerian Peringkat Kebangsaan Bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan 2026.

📅 9 & 10 September 2026
📍 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur

Empat (4) orang peserta akan mewakili KPKM:
• Noor Shuhaida binti Zulkefli
Kompleks Pertanian Chembong, Jabatan Pertanian
• Ahmad Nazri bin Abdullah Zawawi
Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian
• Norzalina binti Abd Rahman
Bahagian Pentadbiran dan Hal Ehwal Korporat, NEKMAT
• Siti Hazwani binti Ahmad
Kompleks Pertanian Chembong, Jabatan Pertanian

Andai ada rezeki untuk melangkah ke peringkat akhir, pertandingan akan diteruskan pada:

📅 26 September 2026
📍 Padang Kota, Pulau Pinang

Ayuh warga KPKM, Jabatan dan Agensi! Sama-sama kita berikan sokongan dan titipkan doa buat para peserta agar dipermudahkan segala urusan, dikurniakan keyakinan serta semangat yang tinggi, dan seterusnya mampu mengharumkan nama KPKM di persada kebangsaan.

Selamat berjuang buat semua wakil KPKM!





🚚 MAJLIS PENYERAHAN LORI BILIK SEJUK NEKMAT8 September 2026 | Wisma LKIMSatu lagi langkah bermakna dalam usaha memperkuk...
08/09/2026

🚚 MAJLIS PENYERAHAN LORI BILIK SEJUK NEKMAT

8 September 2026 | Wisma LKIM

Satu lagi langkah bermakna dalam usaha memperkukuh keupayaan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dalam pemasaran dan pengedaran hasil perikanan, khususnya melalui pemerkasaan sistem logistik serta rantaian sejuk.

Telah berlangsung Majlis Penyerahan 1 Unit Lori Bilik Sejuk (Refrigerated Bonded) Tail Lift bagi Projek Pemasaran Ikan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di Wisma Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada 8 September 2026.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Haji Abdul Salim bin Haji Tajudin, Ketua Pengarah LKIM, kepada pihak NEKMAT.

Penyerahan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dan peruntukan di bawah Bahagian Pemasaran & Pelesenan LKIM, sebagai salah satu usaha berterusan dalam menyokong serta memperkukuh keupayaan pemasaran hasil perikanan, khususnya dalam aspek pengangkutan dan pengedaran yang memerlukan kawalan rantaian sejuk.

Menerima penyerahan bagi pihak NEKMAT ialah:

🔹 YBhg. Tuan Haji Abdul Hamid bin Bahari
Pengerusi Lembaga Pengarah, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)

🔹 En. Azrin Shah bin Ismail
Pengurus Besar, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM, Puan Rashima binti Baharuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LKIM, En. Mohamad Rizal bin Sahari, Puan Norazian binti Safian, Pengarah Pemasaran & Pelesenan LKIM, serta barisan pengurusan dan warga kerja LKIM dan NEKMAT.

Kemudahan lori bilik sejuk (Refrigerated Bonded) Tail Lift ini diyakini dapat memperkukuh keupayaan NEKMAT dalam menguruskan pengangkutan dan pengedaran hasil perikanan secara lebih cekap, sistematik dan terkawal, sekali gus membantu memastikan aspek kualiti, kebersihan dan kesegaran hasil perikanan sentiasa terpelihara sepanjang proses penghantaran sehingga ke pasaran.

Lebih daripada sekadar sebuah kenderaan, kemudahan ini merupakan aset strategik dalam memperkukuh ekosistem pemasaran ikan NEKMAT serta menjadi pemangkin kepada peluasan jaringan pengedaran hasil perikanan ke pasaran yang lebih luas.

Inisiatif ini juga mencerminkan sinergi dan komitmen berterusan antara LKIM dan NEKMAT dalam memperkasa rantaian pemasaran hasil perikanan, meningkatkan kecekapan operasi serta membuka ruang yang lebih besar kepada pengembangan perniagaan dan manfaat kepada komuniti nelayan.

Semoga kemudahan yang disediakan ini terus memberi impak positif kepada operasi NEKMAT, memperkukuh perkhidmatan kepada komuniti nelayan serta menyumbang kepada pembangunan sektor perikanan negara yang lebih berdaya saing, mampan dan berdaya tahan.

🐟 Memperkasa Nelayan
🚚 Memperkukuh Logistik
📦 Memantapkan Rantaian Bekalan
📈 Memacu Pemasaran
🇲🇾 Demi Industri Perikanan Negara

Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)
8 September 2026 | Wisma LKIM

TAHNIAH PEMENANG PERADUAN TEKA KULIT KERANG NEKMAT MAHA 2026Sekalung tahniah diucapkan kepada Tee Yen Sin dari Petaling ...
06/09/2026

TAHNIAH PEMENANG PERADUAN TEKA KULIT KERANG NEKMAT MAHA 2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Tee Yen Sin dari Petaling Jaya, yang berjaya dinobatkan sebagai pemenang Peraduan Teka Kulit Kerang NEKMAT sempena MAHA 2026 dengan membuat tekaan paling hampir!

Beliau membawa pulang hadiah utama berupa sebuah Motosikal Elektrik GGR EV Lion G1 yang telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah NEKMAT, Ybhg. Tuan Haji Abdul Hamid bin Bahari.

Majlis penyampaian hadiah turut diserikan dengan kehadiran Ybrs. Puan Rashimah binti Baharuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta Pengurus Besar NEKMAT, Ybrs. En. Azrin Shah bin Ismail.

Tahniah sekali lagi kepada Tee Yen Sin dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai serta memeriahkan Peraduan Teka Kulit Kerang NEKMAT di MAHA 2026.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MAHA 2026 🐟✨MAHA 2026 kini melabuhkan tirai dengan berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan ...
06/09/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MAHA 2026 🐟✨

MAHA 2026 kini melabuhkan tirai dengan berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan MAHA 2026 di MAEPS, Serdang, Selangor.

Majlis penutupan ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, sebagai kemuncak kepada penganjuran MAHA 2026.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan MAHA 2026. Semoga segala usaha dan kerjasama yang terjalin terus memperkukuh sektor agromakanan serta memberi manfaat kepada industri dan usahawan tempatan.

Pengerusi Lembaga Pengarah NEKMAT Tuan Haji Abdul Hamid bin Bahari, Pengurus Besar NEKMAT En Azrin Shah bin Ismail dan Timbalan Pengurus Besar En Mohamad Zamzuarie bin Mohamad Noor turut hadir.

Terima kasih MAHA 2026, jumpa lagi! 🇲🇾🐟

Address


Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Nelayan Kebangsaan - NEKMAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Nelayan Kebangsaan - NEKMAT:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share