31/07/2026
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Dengan penuh takzim, marafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda yang ke-67.
Semoga Allah SWT mengurniakan Kebawah Duli Paduka Baginda keafiatan yang berpanjangan, usia yang diberkati, kebijaksanaan dalam memayungi pemerintahan serta sentiasa berada di bawah lindungan, rahmat dan inayah-Nya.
Semoga Negeri Pahang Darul Makmur terus dilimpahi keamanan, kemakmuran, kemajuan dan keberkatan, serta kekal sejahtera di bawah naungan pemerintahan Kebawah Duli Paduka Baginda.
Daulat Tuanku!
Pergigian Pahang
Program Kesihatan Pergigian KKM