Keadilan Cabang Johor Bahru

  • Home
  • Keadilan Cabang Johor Bahru
Directions Website

Keadilan Cabang Johor Bahru Akaun Rasmi KEADILAN Cabang Johor Bahru

JUALAN RAHMAH KASIH SAYANG ❤️🛒Jom rebut peluang mendapatkan barangan keperluan harian dengan *harga lebih rendah dan pen...
03/10/2026

JUALAN RAHMAH KASIH SAYANG ❤️🛒

Jom rebut peluang mendapatkan barangan keperluan harian dengan *harga lebih rendah dan penjimatan sehingga 30%*! 🇲🇾

📅 4 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Blok A1, Taman Larkin Idaman, Johor Bahru

Program Jualan Rahmah Kasih Sayang ini diadakan bagi membantu meringankan kos sara hidup serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Jangan lupa singgah dan dapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih berpatutan.

KENYATAAN RASMI KEADILAN CABANG JOHOR BAHRUMB DAN EXCO BN/PN NEGERI SEMBILAN BUKAN SAHAJA MENDERHAKA KEPADA YANG DI-PERT...
22/09/2026

KENYATAAN RASMI KEADILAN CABANG JOHOR BAHRU

MB DAN EXCO BN/PN NEGERI SEMBILAN BUKAN SAHAJA MENDERHAKA KEPADA YANG DI-PERTUAN BESAR TUANKU MUHRIZ TETAPI JUGA TELAH MENGHINA MAHKAMAH.

Kemelut takhta Negeri Sembilan seakan masih jauh dari penyelesaian bila Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz telah membuat keputusan membatalkan perlantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan berkuat kuasa serta merta menerusi kenyataan rasmi oleh Istana Negeri Sembilan semalam.

Walau bagaimanapun MB Negeri Sembilan Dato’ Ismail Lasim menganggap pembatalan tersebut tidak sah. Situasi menjadi semakin buruk bila Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh beliau pada hari ini memutuskan sebulat suara untuk menggantung tugas YB Dato’ Mohd Zafir Bin Ibrahim, SUK Negeri Sembilan dan YB Dato’ Muzalmah Binti Mustapha Kamal, Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan berkuat kuasa serta merta.

Keadilan Cabang Johor Bahru berpendapat bahawa secara undang-undang, tindakan barisan ahli Exco Negeri Sembilan dan Undang Yang Empat (serta pembesar adat yang dipertikaikan) boleh dan telah disifatkan sebagai menghina mahkamah (contempt of court) oleh pihak Dewan Keadilan dan Undang (DKU) serta peguam.

Walau bagaimanapun, sabitan rasmi sama ada tindakan mereka sah bersalah menghina mahkamah hanya boleh diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.

Perincian situasi undang-undang dan merit di sebalik dakwaan tersebut adalah seperti berikut:

1) Pelanggaran Perintah Injuksi Status Quo

Asas Injunksi: Pada 5 Jun 2026, Mahkamah Tinggi Seremban telah mengeluarkan perintah injunksi interim (sementara) bagi mengekalkan status quo pentadbiran DKU. Perintah ini secara khusus melarang sebarang keputusan yang boleh mengubah kedudukan sedia ada atau memintas proses mahkamah.

Tindakan Melanggar Injuksi: Pengumuman kolektif oleh barisan Exco yang mengiktiraf proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz dan pemasyhuran Tuanku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar yang baharu jelas bertentangan dengan arahan mahkamah mengekalkan status quo tersebut.

Pandangan Peguam Negara (AGC): Jabatan Peguam Negara turut menegaskan bahawa memandangkan injunksi interlokutori masih berkuat kuasa, sebarang tindakan mewartakan atau mengisytiharkan kekosongan jawatan tersebut adalah tidak sah dan semua pihak wajib menghormati proses mahkamah.

2) Status Prosiding Menghina Mahkamah

Kes Prima Facie Terhadap Undang: Pada Julai 2026, Mahkamah Tinggi telah membenarkan DKU memulakan prosiding komital (menghina mahkamah) terhadap enam individu termasuk Undang Yang Empat kerana didapati melanggar perintah injunksi tersebut. Walaupun Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan prosiding komital sementara menunggu rayuan bidang kuasa, status ingkar perintah mahkamah itu kekal sebagai subjek pertikaian utama.

Ancaman Tindakan Terhadap Exco: Susulan pengumuman Exco pada September 2026, firma peguam Halim & Ismail (yang mewakili DKU) telah menghantar notis rasmi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah yang baharu terhadap ahli Exco terlibat atas hujah yang sama iaitu mengingkari injunksi.

3) Kesimpulan:

Pertama, di bawah prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law), selagi sesuatu perintah injunksi mahkamah belum diketepikan atau dibatalkan oleh mahkamah yang lebih tinggi, ia adalah sah dan wajib dipatuhi oleh mana-mana pihak, termasuk badan eksekutif (Exco) mahupun institusi adat. Kegagalan mematuhinya secara sengaja memberikan asas perundangan yang kukuh untuk tindakan menghina mahkamah.

Kedua, tindakan dan kenyataan MB Negeri Sembilan Dato’ Ismail Lasim yang menganggap titah Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz membatalkan perlantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan sebagai tidak sah serta perbuatan Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang telah dibatalkan perlantikannya menjalankan tugas seperti biasa adalah tindakan yang jelas mengingkari titah Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz dan boleh disifatkan sebagai ‘Derhaka’ kepada Raja. Walaupun istilah ‘Derhaka’ tidak wujud sebagai satu nama kesalahan jenayah yang khusus di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574), namun sebarang perbuatan fizikal atau serangan yang berniat untuk menggulingkan, menentang, atau mencederakan institusi beraja dirangkumi secara jelas di bawah Bab VI Kanun Keseksaan (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Negara). Di bawah Kanun Keseksaan, Seksyen 121B (Kesalahan Terhadap Kuasa) menyatakan bahawa sebarang cubaan untuk menggulingkan atau menjejaskan kuasa pemerintahan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu boleh membawa kepada hukuman penjara seumur hidup.

Justeru, Keadilan Cabang Johor Bahru mendesak pihak berkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pejabat Peguam Negara (AGC) dan pihak-pihak berkuasa yang mempunyai autoriti untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu atau pihak yang cuba menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz.

ZULKIFLI BIN ABDULLAH ZAWAWI
Timbalan Ketua Cabang
Keadilan Johor Bahru
22.09.2026, Selasa

KITA JAGA KITA 2026 | KEADILAN RANTING SRI STULANGInsya-Allah, Ahad ini, 20 September 2026, Ranting Sri Stulang dengan k...
19/09/2026

KITA JAGA KITA 2026 | KEADILAN RANTING SRI STULANG

Insya-Allah, Ahad ini, 20 September 2026, Ranting Sri Stulang dengan kerjasama KEADILAN Johor Bahru akan menganjurkan Program Kita Jaga Kita 2026 bertempat di PPR Sri Stulang, Johor Bahru.

Program ini menjadi salah satu ruang untuk kita turun padang, mendekati masyarakat serta mengukuhkan hubungan dan silaturahim bersama warga komuniti setempat.

📅 20 September 2026 (Ahad)
⏰ 8.30 pagi
📍 PPR Sri Stulang, Johor Bahru

Prihatin, Menyantuni, Mengukuhkan Silaturahim.


Tempoh hari, menyantuni para sukarelawan dan petugas tanah perkuburan di Kampung Bakar Batu yang tidak pernah mengenal p...
19/09/2026

Tempoh hari, menyantuni para sukarelawan dan petugas tanah perkuburan di Kampung Bakar Batu yang tidak pernah mengenal penat dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat.

KEADILAN Johor Bahru Bersama Pengerusi Komuniti Madani Bandar Johor Bahru, Saudara Hashim Ali, berkesempatan terlibat bersama memantau kerja-kerja penyelenggaraan serta pengorekan liang kubur.

Kerja mereka mungkin tidak selalu terlihat, namun khidmat yang diberikan amat besar maknanya buat keluarga dan masyarakat, khususnya ketika berdepan dengan saat-saat kehilangan insan tersayang.

Terima kasih kepada semua sukarelawan dan petugas tanah perkuburan atas masa, tenaga dan keikhlasan yang dicurahkan. Inilah antara wajah-wajah “unsung heroes” yang terus berbakti dalam diam demi komuniti.


🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara ini lahir daripada kepelbagaian, keb...
15/09/2026

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara ini lahir daripada kepelbagaian, kebersamaan dan semangat untuk terus membina masa depan yang lebih baik.

Berbeza latar, budaya dan negeri, kita tetap berkongsi satu tanah air.

Malaysia milik kita bersama.

Selamat Hari Malaysia daripada KEADILAN Cabang Johor Bahru.


Kami Keadilan Cabang Johor Bahru mengecam sekeras-kerasnya hantaran Threads oleh Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia s...
03/09/2026

Kami Keadilan Cabang Johor Bahru mengecam sekeras-kerasnya hantaran Threads oleh Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia saudari Shamellya Norazizi dengan tuduhan liwat yang tular di media sosial. Meskipun beliau telah memadamkan hantaran tersebut, perbuatan beliau selaku pimpinan generasi muda untuk negara pada masa hadapan amat tidak boleh diterima.

Kami ingin tegaskan di sini bahawa kami menerima perbezaan dan pertelagahan pendapat di dalam politik. Namun setiap kenyataan harus berlandaskan fakta, dan bukannya mencipta persepsi fitnah. Ada adab yang harus dijaga dan akhlak yang harus dipelihara walau dalam parti apa pun yang kita wakili.

Kurang ajar bukan bermakna berani tapi ia adalah tanda akhlak yang semakin pudar. Jika saudari Shamellya tidak bersetuju, sewajarnya kita berbincang di atas landasan ilmu, bukannya dengan ungkapan nista dan cercaan menghina. Usah saudari terikut-ikut sikap Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh yang sudah lama hilang adabnya.

Jadilah pemimpin generasi muda yang berilmu dan beradab.

ZULKIFLI ABDULLAH ZAWAWI
Timbalan Ketua Cabang
Keadilan Johor Bahru
3/9/2026, Khamis

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69Malaysia Madani: Kesejahteraan DinikmatiSemoga semangat kemerdekaan terus meny...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang lebih adil, makmur dan sejahtera, dengan kemajuan dan kesejahteraan yang dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat.

Hayati erti kemerdekaan. Kukuhkan perpaduan. Teruskan perjuangan untuk Malaysia. 🇲🇾



Salam Maulidur Rasul ﷺSelamat menyambut Maulidur Rasul ﷺ buat seluruh umat Islam.Marilah kita memperingati kelahiran jun...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul ﷺ

Selamat menyambut Maulidur Rasul ﷺ buat seluruh umat Islam.

Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah serta mencontohi akhlak dan sifat kepimpinan Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ terus menyuburkan nilai kasih sayang, persaudaraan, keadilan dan kebaikan dalam diri serta masyarakat.

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

Ikhlas daripada,
KEADILAN Johor Bahru



Tempoh hari, KEADILAN Johor Bahru turun Ziarah Kasih dan menyantuni anggota KEADILAN serta penduduk di sekitar Parlimen ...
22/08/2026

Tempoh hari, KEADILAN Johor Bahru turun Ziarah Kasih dan menyantuni anggota KEADILAN serta penduduk di sekitar Parlimen Johor Bahru yang sedang melalui musibah baru-baru ini.

Selain menziarahi, maklumat dan keperluan mereka turut direkodkan untuk disalurkan kepada pihak berwajib agar tindakan serta bantuan yang berkaitan dapat disegerakan.

Walau apa pun keadaan, kita tidak mahu ada yang rasa mereka berdepan sendirian. Kita akan terus turun, bertanya khabar dan mendengar sendiri apa yang sedang dilalui oleh masyarakat.


Throwback 14.08.2026: Pasukan Keadilan Cabang Johor Bahru telah melakukan ziarah kasih ke atas Makcik Ungku Salwa, mangs...
18/08/2026

Throwback 14.08.2026: Pasukan Keadilan Cabang Johor Bahru telah melakukan ziarah kasih ke atas Makcik Ungku Salwa, mangsa kebakaran di Jalan Rahmat, Kg Melayu Majidee. Kebakaran itu disyaki berpunca daripada litar pintas. Walaupun rumah mangsa musnah dalam kebakaran tersebut namun syukur, tiada sebarang kehilangan nyawa.

Dalam ziarah tersebut, Keadilan JB turut menghulurkan sedikit sumbangan tunai kepada makcik Ungku Salwa. Mudah²an sumbangan kecil tersebut dapat membantu meringankan kesusahan beliau dan keluarga. Ameen🤲🏼

Ribuan terima kasih kepada Bendahari Keadilan JB, saudari Aisyah Johari serta AJK Cabang saudari Yin Khairin dan Fatimah Ali yang mewakili Cabang JB menziarahi mangsa tempoh hari.

Address

No. 10A, Jalan Sulam, Taman Sentosa 80150, Johor Bahru, Johor

80150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Cabang Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share