PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

  • Home
  • PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
Call Directions Website

PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA page Rasmi Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

10/11/2026

Terima kasih kepada seluruh Pergerakan Puteri UMNO Negeri & Bahagian yang telah tampil membuat laporan polis terhadap Peguam Negara berhubung penangguhan pelaksanaan perintah tahanan rumah Dato’ Sri Najib Razak.

Bersama-sama kita menuntut ketelusan dalam pelaksanaan undang-undang serta mempertahankan kedaulatan Institusi Diraja.

Daulat Tuanku!

Selamat Mengundi kepada semua pengundi awal sempena Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Melaka Ke-16! 🗳️💙Gunakanlah hak dan t...
09/11/2026

Selamat Mengundi kepada semua pengundi awal sempena Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Melaka Ke-16! 🗳️💙

Gunakanlah hak dan tanggungjawab kita sebagai rakyat dengan sebaiknya. Setiap undi membawa makna, setiap pilihan menentukan masa depan negeri yang kita cintai.

Keluar mengundi dengan penuh semangat, pilihlah dengan bijaksana. Dan kalau mahukan Melaka terus maju, jangan lupa undi BARISAN NASIONAL! 😉

Melaka Pilihan Kita, Biru Pilihan Kita! 💙

Selamat mengundi dan semoga semuanya dipermudahkan!

08/11/2026

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah membuat satu laporan polis hari ini terhadap Jabatan Peguam Negara kerana mengingkari titah YDPA berkenaan tahanan rumah Dato Sri Najib.

Syarat bayaran sebanyak RM 50 juta telah dipatuhi, menjadikan titah tersebut berkuatkuasa serta merta, dan tidak ada keperluan untuk dengan sengaja menunda penahanan rumah Dato Sri Najib.

Apa yang dilakukan oleh Peguam Negara boleh dianggap sebagai mengingkari titah YDPA dan melanggar prinsip keadilan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALISetinggi-tinggi ucapan selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat beraga...
08/11/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Setinggi-tinggi ucapan selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu yang meraikannya.

Semoga perayaan cahaya ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian, kemakmuran dan kesejahteraan buat anda seisi keluarga.

Marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, saling menghormati dan mengukuhkan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum demi Malaysia yang lebih bersatu.

Ikhlas daripada,

Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

🪔✨ CAHAYA DEEPAVALI, SINAR PERPADUAN! ✨Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu yang meraikannya...
08/11/2026

🪔✨ CAHAYA DEEPAVALI, SINAR PERPADUAN! ✨

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu yang meraikannya.

Semoga pesta cahaya ini membawa sinar kebahagiaan, menyemarakkan kasih sayang serta mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan kita.

Raikan kepelbagaian, hargai perbezaan dan terus bersama membina Malaysia yang lebih harmoni.

🪔 May the light of Deepavali brighten every heart and every home.

Denda RM50 juta sudah dibayar. Tahanan rumah bukan pembebasan daripada hukuman.Jadi, mengapa pelaksanaannya masih tertan...
07/11/2026

Denda RM50 juta sudah dibayar. Tahanan rumah bukan pembebasan daripada hukuman.

Jadi, mengapa pelaksanaannya masih tertangguh?

AGC perlu memberikan penjelasan terperinci. Kedaulatan undang-undang dan institusi diraja mesti dihormati.

ISU NAJIB: PH JANGAN MAIN WAYANG, HORMATI TITAH DIRAJA Saya mengikuti dengan penuh rasa kesal perkembangan terbaharu mem...
07/11/2026

ISU NAJIB: PH JANGAN MAIN WAYANG, HORMATI TITAH DIRAJA

Saya mengikuti dengan penuh rasa kesal perkembangan terbaharu membabitkan pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, khususnya keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah selepas pembayaran denda RM50 juta diselesaikan.Apa yang berlaku pada hari ini menimbulkan persoalan besar mengenai konsistensi kerajaan, kewibawaan institusi serta penghormatan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong dan proses perundangan negara.

Pertama, apakah sebenarnya yang kerajaan mahukan daripada UMNO?

Penuh di Facebook Cik Norakmal Muhammad

Puteri Wilayah selesai buat laporan Polis di Ipd Dang Wangi.Mohon siasatan PDRM secara telus dan tanpa takut. Berhubung ...
07/11/2026

Puteri Wilayah selesai buat laporan Polis di Ipd Dang Wangi.

Mohon siasatan PDRM secara telus dan tanpa takut.

Berhubung penahanan Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak ("Dato' Sri Najib") di Penjara Kajang, yang pada hemat kami tidak sah di sisi undang-undang.

Laporan ini juga berhubung tindakan Jabatan Peguam Negara ("AGC"), khususnya Peguam Negara, yang menghalang pelaksanaan titah pengampunan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

07/11/2026

Tenang tenang je kempen.
Yang penting pastikan BN menang bergaya 14 harbulan nanti. Menang di N.08 Machap Jaya.

Kita Geng Biru 💙

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share