Urus Setia Penerangan Darul Iman - UPDI

  • Home
  • Urus Setia Penerangan Darul Iman - UPDI
Call Directions Website Contact the organization

Urus Setia Penerangan Darul Iman - UPDI Official Account
(2)

05/10/2026

Piala ASEAN FIFA 2026: Malaysia tamatkan penantian 12 tahun, Vietnam akhirnya tumbang

Terengganu menyasarkan 2027 sebagai Tahun Usahawan Digital Terengganu menerusi pelaksanaan siri Jelajah Usahawan ‘Go Dig...
05/10/2026

Terengganu menyasarkan 2027 sebagai Tahun Usahawan Digital Terengganu menerusi pelaksanaan siri Jelajah Usahawan ‘Go Digital’ ke setiap daerah bermula tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato' Ariffin Deraman berkata, inisiatif menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) itu bertujuan memastikan usahawan negeri berkenaan tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi.

Baca berita selanjutnya 👇

05/10/2026

‼️[[ SIARAN LANGSUNG ]]‼️
MAJLIS APRESIASI DAN PENYAMPAIAN INSENTIF KONTINJEN TERENGGANU SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026

DIRASMIKAN OLEH :
YAB DATO' SERI IR. DR. AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR, MENTERI BESAR TERENGGANU

📍 RAIA HOTEL & CONVENTION CENTRE, KUALA NERUS, TERENGGANU
🗓 ISNIN | 05 OKTOBER 2026
⏰ 8.00 MALAM


Sungai Nerus dilihat berpotensi menjadi lokasi penganjuran Festival Perahu Panjang Tradisional peringkat nasional dengan...
05/10/2026

Sungai Nerus dilihat berpotensi menjadi lokasi penganjuran Festival Perahu Panjang Tradisional peringkat nasional dengan penyertaan pasukan dari seluruh negara.

Baca berita penuh 👇

Sebanyak 15 unit sarang burung pungguk jelapang akan dipasang di Kampung Jelapang di sini bagi membantu pekebun kecil me...
05/10/2026

Sebanyak 15 unit sarang burung pungguk jelapang akan dipasang di Kampung Jelapang di sini bagi membantu pekebun kecil mengawal populasi tikus di kawasan tanaman kelapa sawit melalui projek Barn Owl for Smallholder Initiative (BOSI) 2.0.

Baca artikel di bawah 👇

Rantau Abang berpotensi kembali bangkit sebagai destinasi penyu bertaraf dunia sekiranya kebersihan pantai dan kelestari...
05/10/2026

Rantau Abang berpotensi kembali bangkit sebagai destinasi penyu bertaraf dunia sekiranya kebersihan pantai dan kelestarian habitat semula jadi reptilia marin itu terus dipelihara.

Baca artikel di bawah 👇

𝗜𝗡𝗜𝗦𝗜𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝟯𝟴𝟯 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗦𝗨𝗦𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗖𝗝 𝗕𝗜𝗢 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗧𝗘𝗛 💼 Ambo telah ...
05/10/2026

𝗜𝗡𝗜𝗦𝗜𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝟯𝟴𝟯 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗦𝗨𝗦𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗖𝗝 𝗕𝗜𝗢 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗧𝗘𝗛 💼

Ambo telah mengadakan pertemuan rasmi bersama pihak pengurusan CJ Bio bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung status pengoperasian mereka di Kerteh.

Pihak CJ Bio mengesahkan bahawa keputusan penamatan operasi premis mereka di Kerteh secara berperingkat bermula 15 Oktober ini telah diputuskan secara rasmi oleh ibu pejabat mereka di Korea Selatan. Keputusan penamatan operasi ini diambil berikutan cabaran ekonomi global, merangkumi peningkatan harga bahan mentah serta persaingan harga yang amat sengit daripada pengeluar antarabangsa, khususnya China.

Penamatan operasi ini melibatkan seramai 383 orang pekerja. Kerajaan Negeri komited untuk menghulurkan segala bentuk sokongan serta bantuan demi memastikan kebajikan dan masa depan anak-anak tempatan yang terlibat dalam penamatan operasi ini kekal terjaga.

Kerajaan Negeri melalui Terengganu Human Resource Development Centre (T-HRDC) telah meminta data lengkap para pekerja terjejas daripada pihak syarikat. Maklumat ini akan dipadankan (job matching) dengan pengkalan data keperluan tenaga kerja industri mengikut kelayakan dan kepakaran masing-masing.

Pada masa yang sama, pihak PERKESO kini sedang melaksanakan sesi temuduga berfokus secara terus di tapak operasi bagi membantu para pekerja mendapatkan tawaran pekerjaan baharu dengan kadar segera.

Alhamdulillah, pihak CJ Bio memberi komitmen penuh dan mematuhi peruntukan Akta Kerja dari segi penamatan perkhidmatan, termasuk pemberian pampasan yang setimpal mengikut syarat yang ditetapkan.

Insyaa Allah, Agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan akan terus mendampingi pihak pengurusan CJ Bio bagi memastikan keseluruhan proses transisi dan penamatan ini berjalan dengan lancar dan berhemah.

Bagi memastikan ekosistem industri di Kerteh kekal berdaya saing, pihak MIDA kini sedang aktif mengenal pasti pelabur baharu yang bersesuaian untuk mengambil alih atau menggantikan pengoperasian di tapak berkenaan.

Kerajaan Negeri turut bersedia membantu memudah cara pelepasan tanah pajakan tersebut secara tersusun dan harmoni demi kepentingan pembangunan ekonomi negeri.

Moga segala ikhtiar dan langkah intervensi ini dipermudahkan, sekali gus memelihara punca pendapatan serta kebajikan seluruh warga pekerja yang terlibat.

𝗬𝗕 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗡𝘂𝗿𝗸𝗵𝘂𝘇𝗮𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗯 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian & Teknologi Hijau Terengganu

Syarikat swasta dari Korea Selatan, CJ Bio Malaysia Sdn. Bhd. memberi komitmen untuk membayar pampasan mengikut syarat d...
05/10/2026

Syarikat swasta dari Korea Selatan, CJ Bio Malaysia Sdn. Bhd. memberi komitmen untuk membayar pampasan mengikut syarat ditetapkan kepada pekerja yang terjejas susulan penamatan operasi premisnya di Kerteh secara berperingkat bermula 15 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, penamatan operasi itu melibatkan 383 pekerja, dengan pihak syarikat memberikan komitmen untuk mematuhi peruntukan Akta Kerja 1955 berhubung penamatan perkhidmatan mereka.

Baca berita selanjutnya 👇

05/10/2026

Lebih RM577 juta pembiayaan dan geran telah disalurkan kepada usahawan di Terengganu menerusi 40 agensi keusahawanan Persekutuan dan negeri di bawah Urus Setia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER) sepanjang tempoh 2021 hingga 2025.

05/10/2026

Itu antara alasan yang diberikan salah seorang gelandangan, Rosnah (bukan nama sebenar), yang menjadikan Terminal Bas Kuala Terengganu sebagai tempat tidurnya setiap malam selama hampir dua bulan.

Address


Telephone

+6096230582

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urus Setia Penerangan Darul Iman - UPDI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Urus Setia Penerangan Darul Iman - UPDI:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share