Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji

Directions Contact the organization

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji, Political organisation, Arau.

Pejabat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji
No 18 Jln Tambun Tulang Kg Guar Sanji 02600 Arau Perlis

Tel Pejabat:04-9862852 email: [email protected]

2 November 2026Alhamdulillah, Saudara Zuhai Hazmi bin Zainol, Ketua Pemuda PAS Guar Sanji, berkesempatan mewakili Ustaz ...
02/11/2026

2 November 2026

Alhamdulillah, Saudara Zuhai Hazmi bin Zainol, Ketua Pemuda PAS Guar Sanji, berkesempatan mewakili Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil, Penyelaras DUN Guar Sanji, untuk menziarahi serta menyantuni beberapa orang pesakit dari DUN Guar Sanji yang sedang menerima rawatan di hospital.

Kunjungan ini merupakan tanda ingatan dan keprihatinan terhadap penduduk Guar Sanji yang sedang diuji dengan kesakitan. Dalam kesempatan tersebut, beliau turut menyampaikan kata-kata semangat serta menitipkan doa agar mereka diberikan kesabaran, kekuatan dan kesembuhan yang sempurna oleh Allah SWT.

Insya-Allah, Pusat Khidmat DUN Guar Sanji akan sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan keperluan masyarakat setempat serta berusaha memberikan bantuan dan perhatian sewajarnya mengikut kemampuan.

Semoga segala urusan para pesakit dipermudahkan, dikurniakan kesembuhan dan kembali menjalani kehidupan seperti sediakala. Amin Ya Rabbal Alamin.

1 November 2026Alhamdulillah, Saudara Zuhai Hazmi bin Zainol, Ketua Pemuda PAS Guar Sanji, berkesempatan mewakili Ustaz ...
02/11/2026

1 November 2026

Alhamdulillah, Saudara Zuhai Hazmi bin Zainol, Ketua Pemuda PAS Guar Sanji, berkesempatan mewakili Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil, Penyelaras DUN Guar Sanji, untuk menziarahi serta menyantuni penduduk di Kampung Che Ok Tengah dan Changkat Kabu.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut berpeluang menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada Encik Shukri Padzil di Kampung Mua. Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat memberikan sedikit kemudahan dan manfaat, khususnya dalam membantu urusan pergerakan serta kehidupan harian beliau.

Pusat Khidmat DUN Guar Sanji akan terus berusaha memberikan perhatian terhadap kebajikan dan keperluan masyarakat setempat. Insya-Allah, setiap aduan dan permohonan bantuan yang disampaikan akan diteliti dengan sebaiknya serta diusahakan mengikut kemampuan dan keperluan semasa.

Sesungguhnya, khidmat kepada masyarakat bukan sekadar melalui bantuan yang disampaikan, tetapi juga melalui keprihatinan, kesudian mendengar dan kesediaan untuk terus bersama masyarakat dalam apa jua keadaan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kekuatan dan segala kemudahan buat semua penduduk yang di uji dengan masalah kesihatan.

31/10/2026

MAKLUMAN KEMATIAN

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa YB Wan Badariah Official ADUN Mata Ayer telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, 31 Oktober 2026, jam 4.26 petang di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.

Mohamad Zahid Ibrahim
Ketua Penerangan PAS Perlis

28/10/2026
27 Oktober 2026ZIARAH KASIH PENDUDUK KAMPUNG CHE OK TENGAHAlhamdulillah, pada petang ini, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil, ...
27/10/2026

27 Oktober 2026

ZIARAH KASIH PENDUDUK KAMPUNG CHE OK TENGAH

Alhamdulillah, pada petang ini, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil, Penyelaras DUN Guar Sanji, bersama Saudara Zuhai Hazmi bin Zainol telah berkesempatan menziarahi dan menyantuni penduduk di Kampung Che Ok Tengah.

Turut hadir mengiringi ziarah tersebut ialah Encik Hasfizi, Pengerusi MPKK Kampung Che Ok Tengah.

Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim, di samping memberi ruang untuk bertanya khabar serta mendengar perkongsian daripada penduduk setempat.

Insya-Allah, semoga segala urusan dipermudahkan dan hubungan baik antara pihak Pusat Khidmat dengan masyarakat setempat terus terpelihara.

27 Oktober 2026MENYANTUNI PESAKIT DUN GUAR SANJI DI HOSPITALAlhamdulillah, mengambil maklum laporan yang disampaikan ole...
27/10/2026

27 Oktober 2026

MENYANTUNI PESAKIT DUN GUAR SANJI DI HOSPITAL

Alhamdulillah, mengambil maklum laporan yang disampaikan oleh MPKK DUN Guar Sanji, Saudara Zuhai Hazmi bin Zainol telah bergegas mewakili Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil, Penyelaras DUN Guar Sanji, untuk menziarahi serta menyantuni beberapa orang pesakit dari DUN Guar Sanji yang sedang menerima rawatan di hospital.

Ziarah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Ustaz Ahmad Adnan dan Saudara Zuhai dalam mengambil berat tentang kebajikan penduduk setempat, di samping bertanya khabar serta menyampaikan kata-kata semangat kepada para pesakit dan keluarga yang menemani.

Semoga kunjungan ini dapat menceriakan hati para pesakit dan menjadi penguat semangat buat mereka sekeluarga dalam menghadapi ujian ini.

Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mempermudahkan segala urusan rawatan serta melimpahkan kesabaran dan kekuatan kepada semua yang sedang diuji. Amin Ya Rabbal Alamin.

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM DAUD BIN ARIPIN23 Oktober 2026, Saudara Zuhai Hazmi, Ketua Pemuda Guar Sanji  be...
27/10/2026

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM DAUD BIN ARIPIN

23 Oktober 2026, Saudara Zuhai Hazmi, Ketua Pemuda Guar Sanji bersama Pusat Khidmat mewakili Ustaz Ahmad Adnan, Penyelaras Guar Sanji telah menziarahi Pakcik Daud bin Aripin yang sedang sakit dan memerlukan kerusi roda. Alhamdulillah, sumbangan kerusi roda telah disampaikan pada hari tersebut bagi membantu memudahkan pergerakan beliau.

Pagi ini, 27 Oktober 2026, kami menerima berita pemergian Allahyarham. Semoga keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.

Terima kasih kepada Pengerusi MPKK Belat Che Ok, Encik Hasfizi kerana bersama kami menyantuni keluarga Allahyarham.

ZIARAH DAN TINJAUAN ADUAN PENDUDUK DI KAMPUNG PADANG BESAR26 Oktober 2026Alhamdulillah, sejurus menerima aduan daripada ...
26/10/2026

ZIARAH DAN TINJAUAN ADUAN PENDUDUK DI KAMPUNG PADANG BESAR

26 Oktober 2026

Alhamdulillah, sejurus menerima aduan daripada seorang penduduk di Kampung Padang Besar, Saudara Zuhai Hazmi bin Zainol, Ketua Pemuda Guar Sanji mewakili Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil, Penyelaras DUN Guar Sanji, segera bergegas ke lokasi bagi meninjau keadaan kediaman penduduk berkenaan yang dimasuki air limpahan.

Kejadian tersebut berpunca daripada saliran yang tersumbat sehingga menyebabkan air bertakung dan melimpah ke kawasan kediaman beliau.

Kunjungan ini bertujuan melihat sendiri keadaan yang dihadapi serta mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai permasalahan berkenaan bagi membolehkan perkara ini diberikan perhatian dan tindakan selanjutnya oleh pihak berkaitan.

Turut hadir bersama MPKK Kampung Padang Besar En Farid dan Pn Balqis

Semoga segala urusan beliau dipermudahkan dan permasalahan yang dihadapi dapat diatasi dengan sebaik-baiknya. Diharapkan juga agar keadaan cuaca kembali baik dan keselamatan serta kesejahteraan penduduk sentiasa terpelihara.

23 OKTOBER 2026Alhamdulillah, seramai 10 orang penerima di DUN Guar Sanji telah menerima bantuan Skim Kafalah dan Bantua...
23/10/2026

23 OKTOBER 2026

Alhamdulillah, seramai 10 orang penerima di DUN Guar Sanji telah menerima bantuan Skim Kafalah dan Bantuan Kebajikan Bencana bagi membantu meringankan beban serta keperluan mereka.

Penyerahan bantuan telah dilaksanakan oleh Saudara Zuhai Hazmi bin Zainol, Ketua Pemuda PAS DUN Guar Sanji, bersama pihak Pusat Khidmat DUN Guar Sanji yang mewakili Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil, Penyelaras DUN Guar Sanji.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada MPKK yang telah membantu dalam urusan mengenal pasti penerima serta melancarkan proses penyaluran bantuan ini. Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan menjadi amal kebajikan, serta bantuan ini dapat memberikan kelegaan kepada para penerima. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka. Amin.

ZIARAH KASIH WARGA EMAS DAN PESAKIT DI KAMPUNG SIMPANG 3 GUAR SANJI21 Oktober 2025Alhamdulillah, Ustaz Ahmad Adnan bin F...
21/10/2026

ZIARAH KASIH WARGA EMAS DAN PESAKIT DI KAMPUNG SIMPANG 3 GUAR SANJI

21 Oktober 2025

Alhamdulillah, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil berkesempatan menziarahi warga emas dan pesakit di Kampung Simpang 3 Guar Sanji sebagai tanda keprihatinan serta ingatan kepada masyarakat setempat.

Setiap kunjungan membawa harapan untuk berkongsi sedikit kegembiraan, bertanya khabar dan menyantuni mereka yang memerlukan perhatian. Semoga kehadiran ini menjadi pengubat rasa dan menyuntik semangat buat mereka sekeluarga.

Turut mengiringi, Saudara Zuhai Hazmi bin Zainol, Ketua Pemuda PAS Guar Sanji, bersama Encik Adha, Setiausaha MPKK Guar Sanji serta Ahli Jawatankuasa MPKK.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat dan segala urusan dipermudahkan Allah SWT. 🤲🏻

Address

Arau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji:

Shortcuts

Share

Nearby government services