Perikatan Nasional BANGI

Directions

Perikatan Nasional BANGI Selamat Datang ke Halaman Baru Perikatan Nasional Parlimen Bangi Rasmi.

𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐈Saya Shafie Ngah, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Ramal merangkap Yang Di P...
10/07/2026

𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐈

Saya Shafie Ngah, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Ramal merangkap Yang Di Pertua PAS Kawasan Bangi merayu kepada semua pengundi Johor dan semua warga perantau anak-anak Johor yang bermastautin di Bangi untuk balik mengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Kali Ke-16 esok, 11 Julai 2026.

Satu undi kalian begitu berharga untuk menentukan siapakah yang bakal memimpin Negeri Johor.

Ajak seisi keluarga keluar mengundi awal pagi,
Pastikan bawa Kad Pengenalan / IC,

dan Undilah Perikatan Nasional.



Undilah Perikatan Nasional.
10/07/2026

Undilah Perikatan Nasional.


10/07/2026
10/07/2026

Kalau cerita pasal banjir, tak perlu cari di negeri lain. Negeri maju kita ni pun boleh tahan dahsyat bila dilanda hujan lebat.

Sebab tu bila kita bincang soal pentadbiran dan pengurusan negeri, isu banjir masti akan dibangkitkan bersama masalah-masalah lain.

Sehubungan dengan itu, Seminar Kesedaran dan Pengurusan Banjir telah diadakan di De Palma Hotel Shah Alam, anjuran Pertubuhan Kelestarian Alam Sekitar dan Iklim Selangor (LESTARI) bersama PAS Selangor yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan.

Tujuan seminar ini untuk meningkatkan kefahaman berkaitan pengurusan risiko banjir serta cabaran perubahan iklim masa kini.

Antara perkara penting yang diketengahkan ialah isu perubahan iklim (climate change) yang kini memberi kesan besar kepada kehidupan masyarakat.

Perubahan iklim merujuk kepada perubahan jangka panjang terhadap corak cuaca dunia yang dipengaruhi oleh faktor tertentu.

Dalam konteks Malaysia, perubahan iklim menyebabkan pola hujan menjadi semakin tidak menentu, meningkatkan risiko hujan lebat luar biasa, banjir kilat, banjir besar serta kejadian cuaca ekstrem.

Perubahan ini bukan sahaja memberi kesan kepada keselamatan penduduk, malah turut menjejaskan infrastruktur, ekonomi, pertanian dan kelestarian alam sekitar.

Kesedaran terhadap perubahan iklim amat penting supaya masyarakat dan pihak berkuasa dapat mengambil langkah lebih proaktif melalui perancangan bandar yang lebih baik, sistem pengurusan banjir yang berkesan serta usaha pemeliharaan alam sekitar.

Namun, menghadapi cabaran perubahan iklim bukan terletak di bahu pihak berkuasa, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak agar negara lebih bersedia, berdaya tahan dan mampu melindungi kesejahteraan generasi akan datang.

10/07/2026
PASTI Pilihan Semua Rakyat Malaysia. 🇲🇾💚
22/06/2026

PASTI Pilihan Semua Rakyat Malaysia. 🇲🇾💚

RM345 juta bukan angka kecil.Kalau tidak perlu kelulusan Dewan, rakyat berhak tahu: apakah punca kuasanya?Bantuan rakyat...
22/06/2026

RM345 juta bukan angka kecil.

Kalau tidak perlu kelulusan Dewan, rakyat berhak tahu: apakah punca kuasanya?

Bantuan rakyat mesti diteruskan.

Tetapi wang kerajaan mesti dibelanjakan secara sah, telus dan bertanggungjawab.


RM345 juta dibentang, tetapi bukan untuk diluluskan?

Pelik. Bukan amount kecil tu.

Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor ni tujuannya baik. Sudah tentu akan disokong oleh pihak kerajaan dan pembangkang.

Namun persoalan utamanya, adakah sidang Dewan Negeri Selangor kali ini bertujuan mendapatkan kelulusan terhadap peruntukan RM345 juta yang diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar, atau memang sekadar bahas?

Dalam Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, YB Shafie Ngah telah membangkitkan perkara tersebut secara jelas dan terus terang.

Apabila sesuatu pakej melibatkan perbelanjaan kerajaan yang begitu besar, iaitu RM345 juta, tidakkah peruntukan itu sepatutnya dibawa untuk mendapat kelulusan Dewan?

Kalau diikutkan, setiap perbelanjaan wang kerajaan sama ada melalui Belanjawan Tahunan, Belanjawan Tambahan ataupun Wang Yang Disatukan mesti mempunyai punca kuasa yang jelas. Punca kuasa itu perlu diperoleh melalui pembentangan Rang Undang-Undang sebagaimana yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

As simple as that, jika wang kerajaan mahu dibelanjakan, maka perbelanjaan tersebut hendaklah disandarkan kepada Rang Undang-Undang yang dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan.

Namun dalam kes pakej ini, Kerajaan Negeri tidak membawanya dalam bentuk Rang Undang-Undang.

Atas sebab itu, YB Shafie Ngah mempersoalkan apakah punca kuasa yang digunakan untuk membelanjakan RM345 juta tersebut, dan sama ada Dewan akan diberikan peluang untuk membuat keputusan rasmi mengenainya pada penghujung sidang.

Jawapan Speaker:
“Di hujung nanti Dato’ Menteri Besar akan menggulung. Tidak perlu kepada kelulusan. Menteri Besar boleh kemukakan Belanjawan Tambahan pada sidang yang lain.”

Di sinilah timbulnya persoalan yang lebih besar.

Jika perbelanjaan sebesar RM345 juta ini tidak memerlukan kelulusan Dewan pada sidang kali ini, maka untuk apa ia dibentangkan dan dibahaskan?

Lebih penting, apakah kedudukan sebenar pakej tersebut dari sudut proses dan kuasa perundangan?

Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas, kerana setiap sen wang kerajaan mesti dibelanjakan dengan punca kuasa yang sah dan melalui proses yang telus.

Address

Perikatan Nasional Bangi
Bangi
43650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perikatan Nasional BANGI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services