Kolej Komuniti Kuala Langat (Official)

Call Directions Website

Kolej Komuniti Kuala Langat (Official) Kenali Kolej Komuniti Kuala Langat
https://youtu.be/ch1Zbb3EdjQ?si=H_AJm38zvIzgGMi6 Pada Disember 2003 KKKL berpindah ke kampus induk di Bandar Jugra.

Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Jalan Persiaran Majlis, Banting pada 1 April 2003 dan dijadualkan masuk ke kampus induk yang sedang dalam pembinaan pada Disember 2003 di Bandar Jugra. Seramai 50 orang pelajar rintis telah memulakan pengajian di Kampus sementara ini pada 17 Jun 2003. Kemudian pada tahun 2008, KKKL mempunyai satu cawangan di Klang dan pada tahun 2009, cawangan Shah Alam telah dibuka.

JOM SERTAI KEMPEN HOUSEKEEPING PEJABAT KKKL 2026!"1 LANGKAH, 1000 PERUBAHAN"Kebersihan dan kekemasan ruang kerja mencerm...
10/11/2026

JOM SERTAI KEMPEN HOUSEKEEPING PEJABAT KKKL 2026!

"1 LANGKAH, 1000 PERUBAHAN"

Kebersihan dan kekemasan ruang kerja mencerminkan disiplin serta profesionalisme warga kerja. Perubahan yang besar bermula dengan langkah kecil daripada diri kita sendiri!

Sehubungan itu, seluruh warga Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) dijemput untuk bersama-sama menjayakan Kempen Housekeeping Pejabat KKKL 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 9 hingga 21 November 2026 (14 Hari)

Objektif Kempen:
✅ Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan selesa.
✅ Memupuk sikap bertanggungjawab terhadap ruang kerja sendiri.
✅ Mengamalkan budaya kerja 5S.
✅ Meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan warga kerja.

Fokus Housekeeping:
Ruang pejabat, meja kerja, kabinet, fail, peralatan dan kawasan sekitar.
Marilah kita bersama-sama membudayakan amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik dan produktif.

Ingat! Perubahan tidak bermula dengan orang lain, tetapi bermula dengan diri kita sendiri.

“Mulakan Dengan Ruang Sendiri, Cipta Perubahan Bersama”

RUANG KEMAS, KERJA BERKUALITI!




09/11/2026

𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗣𝗔 𝗗𝗜 𝗧𝗔𝗦𝗜𝗞 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗜 ?

Nak tahu kisah disebalik nya… jumpa kami di Reruai DICE di FESTIVAL OF IDEAS (FOI) 2026 di PICC pada 17 & 18 November ini..

Nantikan kemunculan Naga Tasik Chini di FOI 2026 ‼️




𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗧𝗔𝗦𝗜𝗞 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗜 | 𝗗𝗜𝗖𝗘 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗟𝗲𝗴𝗲𝗻𝗱𝗮, 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗸𝗮𝘁Pelajar Program Sijil Animasi 2D, Kolej Komuniti Kual...
07/11/2026

𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗧𝗔𝗦𝗜𝗞 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗜 | 𝗗𝗜𝗖𝗘 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗟𝗲𝗴𝗲𝗻𝗱𝗮, 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗸𝗮𝘁

Pelajar Program Sijil Animasi 2D, Kolej Komuniti Kuala Langat mempersembahkan “Naga Tasik Chini” bagi penyertaan dalam Digital Innovation & Creativity Exhibition (DICE 2026) - sebuah karya animasi yang menghidupkan legenda tempatan melalui kreativiti dan imaginasi.

🎬 Jom sokong karya pelajar kita!
✅ FOLLOW TikTok Citrakala Studio
🔗 https://www.tiktok.com/.studio
❤️ LIKE video yang dikongsikan
💬 COMMENT kata-kata semangat
🔄 SHARE agar karya ini dikenali ramai

Sokongan warga KKKL dan semua menyuntik semangat pelajar untuk terus berkarya dan membawa nama kolej ke pentas yang lebih luas.

Daripada kreativiti pelajar, menjadi kebanggaan bersama. 💙

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗗𝗘𝗘𝗣𝗔𝗩𝗔𝗟𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲Warga Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) dan Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan S...
06/11/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗗𝗘𝗘𝗣𝗔𝗩𝗔𝗟𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲

Warga Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) dan Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang (KKKLCS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu yang meraikannya.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat perpaduan, saling menghormati dan meraikan kepelbagaian budaya demi membina masyarakat Malaysia yang lebih harmoni.

Cahaya Deepavali, Simbol Perpaduan dan Keharmonian.




𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗠𝗔𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗜𝗡 𝗢𝗙𝗙 𝗚𝗥𝗜𝗗 𝗣𝗩 𝗗𝗘𝗦𝗜𝗚𝗡𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗕𝗘𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗥 𝗣𝗩KUALA LANGAT , ...
06/11/2026

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗠𝗔𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗜𝗡 𝗢𝗙𝗙 𝗚𝗥𝗜𝗗 𝗣𝗩 𝗗𝗘𝗦𝗜𝗚𝗡
𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗕𝗘𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗥 𝗣𝗩

KUALA LANGAT , 31 Oktober - SOLTECH Training Centre, Kolej Komuniti Kuala Langat telah berjaya menganjurkan Kursus Mastering in Off Grid PV Design selama 4 sesi sepanjang November 2026.

Kursus selama dua hari ini telah disertai oleh 12 orang peserta daripada industri, institusi dan komuniti yang datang dari sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Johor dan Perlis. Penyertaan merentas negeri ini mencerminkan minat serta keperluan terhadap peningkatan kompetensi dalam bidang tenaga boleh baharu, khususnya teknologi solar PV dan reka bentuk sistem luar grid.

Kursus ini dikendalikan oleh Ir. Ts. Mazuwan bin Mustaffa, Certified Trainer OGPV SEDA Malaysia dan Qualified Person (QP) OGPV & GCPV SEDA Malaysia, dengan dibantu oleh fasilitator Ts. Nor Shahima binti Othman dan En. Muhammad Syafiq bin Mohd Kamal.

Peserta diberikan pendedahan secara teori dan amali merangkumi analisis beban elektrik, pengiraan kapasiti panel solar dan bateri, pemilihan komponen, reka bentuk sistem serta penyediaan Single Line Diagram (SLD).

Penganjuran kursus ini bertujuan memperkukuh kompetensi teknikal peserta sebagai persediaan ke arah pentauliahan reka bentuk sistem OGPV SEDA Malaysia, di samping membuka peluang kerjaya dan aplikasi teknologi solar dalam sektor tenaga boleh baharu.

Majlis penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Akademik) Kolej Komuniti Kuala Langat, Ts. Norhisham bin Dollah.

🌱 Memperkasa TVET, Membangunkan Kompetensi, Menyokong Transisi Tenaga Hijau!






HARI INTEGRITI NASIONAL 2026
05/11/2026

HARI INTEGRITI NASIONAL 2026

HARI INTEGRITI NASIONAL 2026

Integriti bukan sekadar prinsip, tetapi nilai yang membentuk jati diri, profesionalisme dan kecemerlangan warga TVET.

Dalam usaha melahirkan graduan TVET yang kompeten, berkemahiran dan berdaya saing, pembudayaan integriti menjadi asas penting dalam setiap aspek pendidikan dan latihan. Nilai amanah, jujur, bertanggungjawab serta beretika perlu sentiasa diterapkan dalam kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC).

Sempena Hari Integriti Nasional 2026, marilah kita bersama-sama memperkukuh budaya integriti demi membina ekosistem TVET yang berwibawa, telus dan berdaya maju.

Kerana kecemerlangan TVET bukan hanya diukur melalui kemahiran, tetapi juga melalui nilai dan integriti yang menjadi pegangan.

Integriti Kita, Nilai Kita.







𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗦𝗠𝗔𝗥𝗧 𝗕𝗨𝗜𝗟𝗗𝗜𝗡𝗚BANTING, 3–4 November 2026 – Kolej Komuniti Kuala L...
05/11/2026

𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗦𝗠𝗔𝗥𝗧 𝗕𝗨𝗜𝗟𝗗𝗜𝗡𝗚

BANTING, 3–4 November 2026 – Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) melalui Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dengan kerjasama Reskilling and Upskilling Centre (RUC) KKKL telah menganjurkan Kursus Peningkatan Kompetensi Pensyarah: KNX TP Secure for Building Automation bagi memperkukuh kemahiran pensyarah Program Teknologi Elektrik dalam bidang automasi bangunan pintar.

Pada hari pertama, peserta dibimbing oleh Ts. Sharina binti Safiee, Certified KNX Tutor, melalui latihan amali pemasangan peranti, pendawaian litar KNX serta pengujian fungsi secara manual tanpa pengaturcaraan. Latihan diteruskan pada hari kedua di KNX Skills Development Centre (KSDC), Kuala Lumpur, bersama tenaga pengajar industri yang memberi pendedahan kepada pengaturcaraan menggunakan perisian ETS6, konfigurasi dan commissioning peranti KNX TP secure yang telah dipasang.

Program ini mencerminkan komitmen KKKL dalam memperkukuh kolaborasi strategik institusi–industri melalui perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi, sekali gus memastikan kompetensi pensyarah TVET terus relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Seikou Systec Sdn. Bhd. dan KNX Skills Development Centre (KSDC) atas kerjasama, perkongsian kepakaran serta komitmen dalam menjayakan kursus ini. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi kecemerlangan TVET dan pembangunan teknologi automasi bangunan pintar.

🚀 From Wiring to Smart Automation – Empowering TVET Educators!











𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐇 | 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن Innalillahi wa inna ilaihi raji'unاَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَ...
04/11/2026

𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐇 | 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف
“Allahumma firlahu warhamhu waafihi wafu`anhu"
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."

Dengan penuh rasa dukacita pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Kolej Komuniti Kuala Langat dan Cawangan Sepang merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Idris Shah, Allahyarham Encik Mohamad Shabudin bin Mohamad Nor yang telah kembali ke rahmatullah pada 04 November 2026. Beliau merupakan mantan Timbalan Pengarah Pengurusan (TPP) di Kolej Komuniti Kuala Langat.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa beliau serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.




بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Idris Shah, Mohamad Shabudin bin Mohamad Nor berikut telah kembali ke rahmatullah pada 04 November 2026 (Rabu), maklumat pengurusan jenazah akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Jenazah kini berada di Hospital Tengku Ampuan Jemaah,Sabak Bernam.

Pihak PSIS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Didoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

𝟱 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛, 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗠𝗜𝗦𝗜, 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡KELANTAN , 27 - 29 Oktober 2026 - Satu pencapaian membanggakan buat pasukan EmpowerF...
30/10/2026

𝟱 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛, 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗠𝗜𝗦𝗜, 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡

KELANTAN , 27 - 29 Oktober 2026 - Satu pencapaian membanggakan buat pasukan EmpowerFood Hub by Next Nexus Solutions apabila berjaya meraih 5 pengiktirafan dalam POLYCC National Venture Velocity 2026 (NVV 2026) yang bertemakan: “Projek Sosial, Impak Berterusan, Masa Depan Gemilang”.

Pertandingan anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK ini dikelolakan sepenuhnya oleh Kolej Komuniti Pasir Mas dengan kerjasama POLYCC Zon Kelantan & Terengganu. Program telah berlangsung dia Crown Garden Hotel, Kota Bharu, Kelantan.

SENARAI KEJAYAAN – KATEGORI KOLEJ KOMUNITI :

1. 🥇 SE Project Insight – Tempat Pertama
2. 🥇 SE Money Matters – Tempat Pertama
3. 🥈 SE Pitch Battle – Tempat Kedua
4. 🏆 Anugerah Khas INSKEN – Best SE Project
5. 🏆 Best SE Project

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen dan kerjasama erat dua orang mentor bersama lima orang pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan.

MENTOR:
- Puan Marina binti Mohamed Zahidi
- Puan Sabariah binti Johari

PASUKAN PELAJAR:
- Syaqir Idzham bin Syahizam
- Izzudin Amsyar bin Dzulkefli
- Nurizawatie bt Safull Rizan
- Nur Ellyah Natasya bt Syamsul
- Nur Aiza Zahira Zaidi bt Abdul Rahman

Lebih daripada sekadar kemenangan, pencapaian ini membawa mesej bahawa keusahawanan sosial mampu menjadi pemangkin perubahan dalam komuniti.
Melalui EmpowerFood Hub, kami berusaha memperkasa wanita B40 melalui latihan, pembangunan produk makanan, teknologi retort dan sokongan pemasaran bagi membuka peluang menjana pendapatan serta membina perniagaan yang mampan.

Kami bukan sekadar membangunkan produk, tetapi membina peluang, memperkasa komuniti dan mencipta impak berterusan.

EmpowerFood Hub by Next Nexus Solutions
Platform Transformasi Komuniti.








𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗨𝗡𝗜𝗣𝗥𝗘𝗡𝗘𝗨𝗥 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗞𝗞𝗞𝗟KUALA LANGAT, 30 Oktober 2026 - Sekalung tahniah dan syabas diu...
30/10/2026

𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗨𝗡𝗜𝗣𝗥𝗘𝗡𝗘𝗨𝗥 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗞𝗞𝗞𝗟

KUALA LANGAT, 30 Oktober 2026 - Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada dua orang pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) yang berjaya menerima dana perniagaan sebanyak RM3,000 menerusi Program Bank Rakyat UniPreneur 6.0, menjadikan jumlah keseluruhan dana yang diterima sebanyak RM6,000!

- Saudara Syaqir Idzham bin Syahizam
- Saudari Nurul Huda Yusra binti Mohd Saufi

Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar TVET bukan sahaja mampu menguasai kemahiran teknikal dan vokasional, malah berpotensi menjadi usahawan muda yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada kedua-dua mentor

- Puan Marina binti Mohamed Zahidi
- Ts Rozi Roslinda binti Abu Hassan

atas komitmen, bimbingan dan sokongan dalam membantu pelajar mengembangkan potensi keusahawanan mereka.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KKKL Dan KKKLCS untuk terus berani mencipta peluang, meneroka potensi diri dan melangkah lebih jauh dalam dunia keusahawanan.




Address

Jalan Sultan Suleiman Shah
Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

0331202030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Kuala Langat (Official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Nearby government services