30/10/2026
Kawasan Pedalaman? Murid tak ramai? AADK TETAP HADIR, DEMI MASA DEPAN GENERASI BEBAS DADAH!
29 Oktober 2026 (Khamis) – AADK Daerah Kuala Langat telah hadir ke SJKT Pulau Carey Timur bagi menjayakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) menerusi pengisian ceramah dan pameran interaktif berkaitan pendidikan pencegahan dadah.
Jumlah keseluruhan murid di sekolah ini adalah kurang daripada 40 orang dan terletak di kawasan pedalaman,namun ia sama sekali bukan penghalang untuk AADK terus menyampaikan ilmu dan kesedaran kepada golongan sasaran.
Bagi AADK, usaha pencegahan dadah bukan soal besar atau kecilnya jumlah pelajar, jauh sekali soal jauh atau dekatnya lokasi sekolah. Setiap murid berhak mendapat ilmu, pendedahan dan perlindungan daripada ancaman dadah.
Terima kasih kepada pihak pengurusan dan warga SJKT Pulau Carey Timur atas jemputan, kerjasama serta sambutan yang diberikan.
Kecil jumlahnya, besar nilainya. Tetap kami santuni! ❤️