Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang

Call Directions Website

Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang MENCEGAH KEBAKARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA Pada masa penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, Pekan Batu Arang terkenal sebagai satu kawasan perlombongan arang batu.

Pada waktu tersebut telah wujud satu pasukan bomba khusus untuk mengawal kebakaran arang batu. Setelah kegiatan perlombongan arang batu tidak lagi memberi keuntungan kepada pihak Inggeris, maka pasukan bombanya telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberi khidmat kebombaan kepada penduduk kampung di sekitar kawasan Arang Batu. Pada tahun 1966, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan untuk membina sebuah Balai Bomba dan Kuarters baru di atas sebidang tanah seluas 0.9364 ekar. Balai Bomba Batu Arang telah siap di bina dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Harun Bin Idris, Menteri Besar Selangor dalam satu majlis sederhana dalam tahun 1967. Kekuatan anggota pada ketika itu hanya lima orang, telah memberi khidmat kebombaan bukan sahaja di kawasan Batu Arang tetapi meliputi Pekan Kundang dan Pekan Kuang sehingga sekarang termasuklah Bandar Tasik Puteri.

Selamat datang diucapkan kepada PB Muhammad Amirul Izwan bin Zul yang telah melaporkan diri pada 15 Oktober 2026.
19/10/2026

Selamat datang diucapkan kepada PB Muhammad Amirul Izwan bin Zul yang telah melaporkan diri pada 15 Oktober 2026.

Tahniah Tuan atas kenaikan pangkat dan ditempatkan ke JBPM Negeri Terengganu. Selamat Maju Jaya tuan 🫰
19/10/2026

Tahniah Tuan atas kenaikan pangkat dan ditempatkan ke JBPM Negeri Terengganu. Selamat Maju Jaya tuan 🫰

Selamat Maju Jaya di tempat baru! Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus berjaya.
15/10/2026

Selamat Maju Jaya di tempat baru! Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus berjaya.

بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ**السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & Sala...
10/10/2026

بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & Salam sejahtera

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SEJAHTERA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

HARI : JUMAAT
TARIKH : 09/10/2026
MASA : 08:00
PROGRAM : KIT INSPECTION DAN MESYUARAT BALAI

29/09/2026

Hasil Tangan Emas Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang yang bertajuk Harimau Bomba - Perisai Pemberani

🚒 HARI CUCI MALAYSIA 2026 🚒📅 Tarikh: 26 September 2026⏰ Masa: 9.00 pagiBBP Batu Arang telah melaksanakan Hari Cuci Malay...
27/09/2026

🚒 HARI CUCI MALAYSIA 2026 🚒

📅 Tarikh: 26 September 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi

BBP Batu Arang telah melaksanakan Hari Cuci Malaysia 2026 Peringkat Balai bersama anggota bertugas Pasukan C sebagai usaha memastikan persekitaran balai sentiasa bersih, ceria dan kondusif.
Bersih persekitaran, selesa bekerja. 💪🏻🚒

Selamat Datang & Selamat Menjalankan Tugas kepada PPgB Azrel Izaidi bin Ahamad, Ketua Balai Baru Balai Bomba dan Penyela...
15/09/2026

Selamat Datang & Selamat Menjalankan Tugas kepada PPgB Azrel Izaidi bin Ahamad, Ketua Balai Baru Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang. Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah dan tanggungjawab! 👨‍🚒🚒

Selamat Maju Jaya Tuan
15/09/2026

Selamat Maju Jaya Tuan

🔥 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗗𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗣𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠📅 Tarikh: 9 September 2026⏰ Masa: Sesi Petang (1400-1900)📍 Lokasi: Jalan...
09/09/2026

🔥 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗗𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗣𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗣𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠

📅 Tarikh: 9 September 2026
⏰ Masa: Sesi Petang (1400-1900)
📍 Lokasi: Jalan Batu Arang-Caledonia

Hari ke-3, Pasukan B Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang meneruskan kerja-kerja pemadaman di sekitar tapak, dengan keluasan kira-kira 1 ekar dan anggaran 30% daripada keseluruhan telah berjaya dipadamkan.

Hasil perbincangan bersama pihak JBPM, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dan KDEB Waste Management , kerja-kerja pemadaman serta penyeliaan tapak akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak KDEB bermula esok pagi. Jutaan terima kasih kepada semua agensi dalam membantu pengoperasian.

Pihak JBPM akan terus menjalankan pemantauan secara berkala bagi memastikan keadaan kebakaran terkawal dan tiada risiko kebakaran berulang.

⚠️ Elakkan pembakaran terbuka. Sebarang aktiviti pembakaran terbuka boleh mengancam keselamatan, alam sekitar serta harta benda.
🚒 JBPM – Sentiasa Bersedia Berkhidmat.

🚒🔥

07/09/2026

🌳 Bumi yang hijau, flora dan fauna
💧 Keindahan tasik dan alam semula jadi
🔥 Pembakaran terbuka oleh manusia
❓ Sampai bila kesudahannya?

Address

Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Arang
Batu Arang
48100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services