Pusat Koreksional Batu Gajah

Call Directions Website Contact the organization

Pusat Koreksional Batu Gajah KINTA PRISON 1902

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas daripada Pengarah serta seluruh warga Pusat Koreksional Batu Gajah atas pelantikan YD...
03/11/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas daripada Pengarah serta seluruh warga Pusat Koreksional Batu Gajah atas pelantikan YDH Tuan Hafidz bin Othman sebagai Komisioner Jeneral Penjara, Jabatan Penjara Malaysia.
Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, ketegasan dan kebijaksanaan. Semoga terus cemerlang dalam menerajui Jabatan Penjara Malaysia ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.
Ikhlas daripada:
PENGARAH SERTA SELURUH WARGA
PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH

*SUMBANGAN SATU UNIT PENGHAWA DINGIN DARIPADA PERSATUAN PERSAUDARAAN PENJARA KATOLIK KEPADA PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH...
21/10/2026

*SUMBANGAN SATU UNIT PENGHAWA DINGIN DARIPADA PERSATUAN PERSAUDARAAN PENJARA KATOLIK KEPADA PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH, PERAK*

21 OKTOBER 2026 – Pusat Koreksional Batu Gajah telah menerima sumbangan satu (1) unit penghawa dingin berkapasiti 1.0 HP* daripada Persatuan Persaudaraan Penjara Katolik (PDPM).

Majlis penyerahan sumbangan telah berlangsung pada jam 9.40 pagi di perkarangan Pusat Koreksional Batu Gajah dan disempurnakan oleh TPP Mohd Amin bin Mohd Tajuddin bersama wakil PDPM, Encik John Raj.

Sumbangan ini adalah untuk kegunaan kelas bimbingan tahanan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif, sekali gus menyokong pelaksanaan program bimbingan dan pemulihan tahanan.

Pihak Pusat Koreksional Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PDPM atas sumbangan serta keprihatinan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi kesejahteraan dan keberkesanan usaha pemulihan tahanan.

*ZIARAH KASIH PENGARAH PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH KE ATAS SP 19104 MOHD AZALI BIN BOKHORI*                      BATU G...
28/09/2026

*ZIARAH KASIH PENGARAH PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH KE ATAS SP 19104 MOHD AZALI BIN BOKHORI*
BATU GAJAH, 28 SEPTEMBER – Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah (PKBG), PKP S. Tanabal A/l Socklingam, telah mengadakan Ziarah Kasih ke atas SP 19104 Mohd Azali bin Bokhori, anggota Pusat Koreksional Batu Gajah yang mengalami kemalangan sewaktu menjalankan tugas.
Kunjungan tersebut merupakan tanda keprihatinan dan sokongan pihak pengurusan PKBG terhadap kebajikan serta kesejahteraan warga kerja yang ditimpa musibah, khususnya ketika melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Dalam kunjungan tersebut, PKP S. Tanabal a/l Socklingam turut meluangkan masa bertanya khabar serta mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan dan proses pemulihan SP 19104 Mohd Azali bin Bokhori. Beliau turut menyampaikan kata-kata semangat serta mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh rawatan.
Ziarah ini mencerminkan keprihatinan pihak pengurusan PKBG dalam memastikan aspek kebajikan warga kerja sentiasa diberi perhatian. Semangat “Keluarga Penjara” terus diperkukuhkan melalui sikap saling mengambil berat, menyokong dan membantu antara satu sama lain, khususnya ketika berdepan dengan musibah.
Pihak Pusat Koreksional Batu Gajah mendoakan agar SP 19104 Mohd Azali bin Bokhori dikurniakan kesembuhan serta pulih seperti sedia kala .

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali atas pemergian beliau ke rahmatullah.S...
28/09/2026

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali atas pemergian beliau ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. 🤍

Ikhlas daripada Pengarah serta seluruh warga Pusat Koreksional Batu Gajah.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 yang ke-69 daripada kami di Pusat Koreksional Batu Gajah."Malaysia MADANI: Keseja...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 yang ke-69 daripada kami di Pusat Koreksional Batu Gajah.

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

Marilah kita menghayati erti kebebasan dengan mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan bersama. Merdeka! 🇲🇾✨

*PROGRAM KUIZ CELIK MAULIDUR RASUL PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH*PKBG | 28 OGOS 2026 - bertempat di Unit Rundin...
28/08/2026

*PROGRAM KUIZ CELIK MAULIDUR RASUL PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH*

PKBG | 28 OGOS 2026 - bertempat di Unit Rundingcara PKBG telah berlangsungnya Program *Kuiz Celik Maulidur Rasul Peringkat Pusat Koreksional Batu Gajah* dengan penyertaan seramai *16 orang anggota* yang mewakili *9 unit*, iaitu korektif, VI, Pejabat Pendaftar, Tempat Perjumpaan, Latihan, Pentadbiran, Pembangunan, Blok Sakinah dan UKP.

Program telah bermula pada jam *9.30 pagi* dengan pelaksanaan sebanyak *70 soalan kuiz* yang berkisar mengenai sejarah, sirah dan penghayatan sambutan Maulidur Rasul. Program telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan serta kerjasama yang baik daripada semua peserta.

Program telah selesai pada jam *11.30 pagi* dan majlis penutup telah disempurnakan oleh *TPP Mohd Fedli Bin Mat Nuri* bersama *TPP Muhammad Ridhwan Bin Johari*. Keputusan pertandingan menyaksikan *UKP* dinobatkan sebagai Johan, diikuti *Unit Pembangunan* sebagai Naib Johan dan *Unit Pentadbiran* di tempat ketiga.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan pengetahuan serta menyemarakkan penghayatan terhadap sirah dan perjuangan Rasulullah SAW dalam kalangan warga Pusat Koreksional Batu Gajah.

Ucapan Maulidur RasulSELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ď·ş12 Rabiulawal 1448HSalam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam.S...
24/08/2026

Ucapan Maulidur Rasul

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ď·ş

12 Rabiulawal 1448H

Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi ruang untuk kita memperingati perjuangan dan pengorbanan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta terus meneladani akhlak, sifat terpuji dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, keberkatan, kesejahteraan dan ketenangan kepada kita semua serta mengurniakan kekuatan untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan keikhlasan.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu…”
(Surah Al-Ahzab: 21)

Ikhlas Daripada
Pengarah & Seluruh Warga Kerja
Pusat Koreksional Batu Gajah

KEBERANGKATAN MENCEMAR DULI, DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN SEMPENA LAWATAN KERJA KE PUSAT KOR...
25/07/2026

KEBERANGKATAN MENCEMAR DULI, DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN SEMPENA LAWATAN KERJA KE PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH

Merafak Sembah dan Menjunjung Kasih

BATU GAJAH, 23 JULAI — Seluruh warga pengurusan dan warga kerja menjunjung kasih setinggi-tingginya ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan atas limpah perkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Lawatan Kerja ke institusi penjara di Batu Gajah pada hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 10.00 pagi telah disambut penuh takzim. Turut hadir mengiringi keberangkatan baginda ialah isteri YAB Menteri Besar Perak, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Dato' Salbiah binti Mohamed; Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd. Annuar bin Zaini; Orang Besar Jajahan Kinta, YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato' Ab Wahab bin Dato' Seri Azizul Hassan; serta Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, YBhg. Datin Sri Hajah Rosnani binti Mohamed.

Majlis dimulakan di Wisma Pegawai Penjara dengan sembah ucapan alu-aluan oleh Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional), YBrs. KP Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din. Acara kemudiannya diteruskan dengan sembah taklimat berhubung pengoperasian yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Negeri Perak, YDH. TKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi.

Selepas itu, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan berkenan mencemar duli berangkat ke Pusat Pemulihan Akhlak (Wanita) Batu Gajah. Sejurus keberangkatan tiba baginda di pusat tersebut, majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak dan disusuli dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Semasa lawatan kerja ini, baginda telah berkenan menyaksikan persembahan Daie yang dijayakan oleh para pelajar Akademi Az-Zahrah.

Baginda seterusnya berkenan meluangkan masa melawat kemudahan yang disediakan di Akademi Az-zahrah dan bengkel pastri, serta menyantuni para penghuni di Cafe D'Wanita73, sebelum berangkat meninggalkan majlis pada jam 11.30 pagi.

Sesungguhnya, keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan ini amatlah bermakna dan menyuntik semangat buat seluruh warga kerja serta penghuni ke arah pemerkasaan program pemulihan insan.

Daulat Tuanku.

*SEMARAK MUHARAM, ERATKAN SILATURAHIM: MAJLIS GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH*...
14/07/2026

*SEMARAK MUHARAM, ERATKAN SILATURAHIM: MAJLIS GOTONG-ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA PERINGKAT PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH*

*Batu Gajah, Perak 14 Julai 2026* – Pusat Koreksional Batu Gajah telah menganjurkan Majlis Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura Peringkat Pusat Koreksional Batu Gajah sebagai salah satu pengisian sempena bulan Muharam bagi menyemarakkan semangat perpaduan, kerjasama serta menghayati amalan bersedekah dalam kalangan warga kerja.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, PKP S. Tanabal A/L Socklingam, yang turut meluangkan masa menyantuni warga kerja serta bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti penyediaan bubur Asyura.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan muhibah ini berjaya menghimpunkan pegawai serta kakitangan daripada pelbagai bahagian untuk berganding bahu menyediakan bubur Asyura secara bergotong-royong. Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga institusi, malah turut memupuk nilai kebersamaan, kerjasama dan semangat kekitaan yang menjadi teras kepada budaya kerja cemerlang.

Sejurus selesai dimasak, bubur Asyura telah diagihkan kepada seluruh warga Pusat Koreksional Batu Gajah sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi mereka. Selain itu, agihan turut disampaikan kepada beberapa agensi kerajaan setempat sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta memupuk semangat kebersamaan antara jabatan dan agensi kerajaan di sekitar Batu Gajah.

Penganjuran Majlis Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura ini mencerminkan komitmen Pusat Koreksional Batu Gajah dalam memperkukuh nilai-nilai murni, mempererat ukhuwah sesama warga kerja serta menyemai budaya saling berkongsi dan prihatin sejajar dengan aspirasi Jabatan Penjara Malaysia ke arah melahirkan organisasi yang cemerlang, berintegriti dan berjiwa masyarakat.

BUDAYA GAYA HIDUP SIHAT TERUS MEKAR DI PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAHBATU GAJAH, 10 JULAI 2026 – Pusat Koreksional Batu Ga...
10/07/2026

BUDAYA GAYA HIDUP SIHAT TERUS MEKAR DI PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH

BATU GAJAH, 10 JULAI 2026 – Pusat Koreksional Batu Gajah sentiasa komited dalam membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warganya. Membuktikan iltizam tersebut, Unit Latihan Institusi telah berjaya menganjurkan Program Brisswalk di Silverlake yang dipenuhi dengan peluh kecergasan dan senyuman kemesraan.

Berlangsung di persekitaran yang mendamaikan di Silverlake, program riadah ini telah bermula tepat pada jam 5.00 petang dan melabuhkan tirainya dengan jayanya pada jam 7.00 petang.

Sokongan Penuh Pucuk Pimpinan

Lebih manis dan bermakna lagi, program riadah petang ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah yang sudi turun padang meluangkan masa berharga beliau bersama-sama 35 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai pangkat. Keterlibatan pucuk pimpinan ini bukan sahaja memeriahkan suasana, malah menjadi suntikan semangat yang luar biasa, sekaligus merapatkan lagi ukhuwah kekeluargaan dalam kalangan warga kerja Pusat Koreksional Batu Gajah.

Kesihatan Dijiwai, Tugas Cemerlang

Inisiatif santai namun sarat dengan manfaat ini adalah manifestasi keprihatinan jabatan terhadap kesejahteraan fizikal dan mental kakitangan. Membudayakan gaya hidup sihat bukan sekadar untuk menjaga bentuk fizikal semata-mata, tetapi ia adalah resipi kebahagiaan untuk melahirkan minda yang cerdas dan jiwa yang tenang.

Kerja yang cemerlang bermula dari tubuh yang sihat. Apabila warga kerja kekal aktif dan cergas, segala amanah dan tanggungjawab pastinya dapat digalas dengan penuh senyuman dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi.

Semoga ukhuwah yang terjalin erat di tepian Silverlake ini terus mekar, dan semangat untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini menjadi nadi penggerak kecemerlangan berterusan buat seluruh warga Pusat Koreksional Batu Gajah!

Kekal Cergas, Kekal Ceria, Kekal Berbakti. đź’š






Address

Jalan Brewster
Batu Gajah
31000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6053632255

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Koreksional Batu Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Koreksional Batu Gajah:

Shortcuts

Share

Nearby government services