04/11/2026
PERHATIAN WARGA BAU ‼️‼️
🌧️ WASPADA BANJIR SEPANJANG MUSIM MONSUN TIMUR LAUT! 🌊
Pada jam 1500 HRS, kawasan Kampung Tongga telah mengalami hujan lebat secara berterusan. Keadaan tersebut menyebabkan peningkatan jumlah air hujan yang mengalir ke kawasan tempat tinggal berhampiran. Keadaan ini menjadi peringatan kepada seluruh warga Bau agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya sepanjang Monsun Timur Laut.
⚠️ Langkah keselamatan yang perlu diambil:
🔹 Sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan keadaan paras air.
🔹 Elakkan berada berhampiran sungai, parit dan kawasan rendah yang berisiko banjir.
🔹 Segera berpindah ke tempat yang lebih selamat sekiranya air mula meningkat.
🔹 Jangan meredah air banjir yang deras atau tidak diketahui kedalamannya.
📢 Sekiranya berlaku kenaikan paras air di kawasan kediaman atau kampung anda, sila hubungi APM Bau untuk mendapatkan pemantauan dan bantuan sewajarnya.
Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi semakin buruk. Keselamatan diri, keluarga dan komuniti adalah keutamaan kita bersama.
APM Sarawak
SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI.