Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Call Directions Website Contact the organization

Perpustakaan Awam Daerah Bentong PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH BENTONG
Kg. Baru, Bentong

AKTIVITI MAYA PAD BENTONGKUIZ TEKA-TEKI BERTEMAKAN BAHASA20.10.2026 / SelasaSila jawab soalan yang telah diberikan di ru...
20/10/2026

AKTIVITI MAYA PAD BENTONG
KUIZ TEKA-TEKI BERTEMAKAN BAHASA

20.10.2026 / Selasa

Sila jawab soalan yang telah diberikan di ruang komen dan like serta ikuti kami di Facebook, pemenang yang dijawab dengan betul akan dihubungi, Terima kasih!

Jom bersama-sama kita menjawab soalan kuiz seperti gambar di bawah. Selamat mencuba!

📢 MAKLUMAN PENTING: PENUTUPAN SEMENTARA PERPUSTAKAANAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengguna setia Perp...
08/10/2026

📢 MAKLUMAN PENTING: PENUTUPAN SEMENTARA PERPUSTAKAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengguna setia Perpustakaan Awam Daerah Bentong.

Harap maklum bahawa Perpustakaan Awam Daerah Bentong akan ditutup sementara bersempena dengan penganjuran Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia 2026 yang berlangsung di Kuantan, Pahang. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran kali ke-26 pada tahun ini.

Penutupan ini bertujuan membolehkan kakitangan kami mengambil bahagian dalam persidangan ini bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan inovasi di perpustakaan kita.

Butiran Penutupan Adalah Seperti Berikut:

🗓️ Tarikh Tutup: 9 Oktober 2026 (Jumaat) hingga 13 Oktober 2026 (Selasa).
🗓️ Tarikh Dibuka Semula: 14 Oktober 2026 (Rabu).

Perpustakaan Yang Terlibat Di Daerah Bentong:

-Perpustakaan Awam Daerah Bentong
-Perpustakaan Pahang Kg. Janda Baik
-Perpustakaan Pahang Jambu Rias
-Perpustakaan Pahang Kemasul
-Perpustakaan Pahang Simpang Pelangai
-Perpustakaan Desa Kg. Lebu

Sepanjang tempoh penutupan ini, semua perkhidmatan di premis fizikal adalah ditangguhkan. Walau bagaimanapun, orang ramai masih boleh mengakses koleksi digital melalui portal https://www.u-library.gov.my/.

Bagi tempoh pinjaman yang berakhir pada tarikh penutupan, ia akan dilanjutkan ke tarikh pembukaan semula perpustakaan (14 Oktober 2026). Pengguna boleh mengembalikan buku selepas perpustakaan dibuka semula. Tiada denda akan dikenakan sepanjang tempoh penutupan ini.

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama serta sokongan berterusan anda.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 09-5155050 atau layari laman web kami di www.pahanglibrary.gov.my. Ikuti juga kami di media sosial untuk perkembangan terkini.

Sekian, terima kasih.

“Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya”
“Gedung Ilmu, Rodong Masyarakat”

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.MAKLUMANPerpustakaan Awam Daerah Bentong akan DITUTUP selama 9 - 13 Oktober 2026...
03/10/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

MAKLUMAN

Perpustakaan Awam Daerah Bentong akan DITUTUP selama 9 - 13 Oktober 2026 (Jumaat - Selasa) sempena Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia 2026. Perpustakaan Awam Daerah Bentong akan kembali beroperasi seperti biasa pada 14 Oktober 2026 (Rabu).

Terima kasih.





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Untuk makluman Perpustakaan Awam Daerah Bentong telah bertukar ke nombor telefon bah...
30/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman Perpustakaan Awam Daerah Bentong telah bertukar ke nombor telefon baharu 09-3160153. Sebarang urusan atau pertanyaan sila hubungi kami pada nombor yang tertera. Sekian terima kasih.


AKTIVITI MAYA PAD BENTONGKUIZ TEKA-TEKI BERTEMAKAN KENEGARAAN26.9.2026 / SabtuSila jawab soalan yang telah diberikan di ...
26/09/2026

AKTIVITI MAYA PAD BENTONG
KUIZ TEKA-TEKI BERTEMAKAN KENEGARAAN

26.9.2026 / Sabtu

Sila jawab soalan yang telah diberikan di ruang komen dan like serta ikuti kami di Facebook, pemenang yang dijawab dengan betul akan dihubungi, Terima kasih!

Jom bersama-sama kita menjawab soalan kuiz seperti gambar di bawah. Selamat mencuba!

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.MAKLUMANPerpustakaan Awam Daerah Bentong akan DITUTUP selama 15 - 17 September 2...
12/09/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

MAKLUMAN

Perpustakaan Awam Daerah Bentong akan DITUTUP selama 15 - 17 September 2026 (Selasa - Khamis) sempena Pemukiman Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia 2026. Perpustakaan Awam Daerah Bentong akan kembali beroperasi seperti biasa pada 18 September 2026 (Jumaat).

Terima kasih.





TERIMA KASIH WARGA BENTONG! ❤️🎥 Hujung minggu lalu (5 September) memang penuh dengan kenangan manis! Program Wayang Paca...
09/09/2026

TERIMA KASIH WARGA BENTONG! ❤️🎥

Hujung minggu lalu (5 September) memang penuh dengan kenangan manis! Program Wayang Pacak: Prebet Lapok anjuran Perpustakaan Awam Daerah Bentong telah pun berlangsung dengan jayanya. Selain layan filem klasik yang tak pernah jemu dipandang, acara cabutan bertuah juga antara yang paling dinanti-nantikan pada hari tersebut.

Tahniah buat semua pemenang cabutan bertuah! 🎉

Terima kasih buat semua pengunjung dari pelbagai peringkat umur yang hadir memeriahkan suasana. Kemeriahan pada hari tersebut takkan terjadi tanpa sokongan padu daripada anda semua.

Korang nak kami buat program wayang pacak filem apa pulak lepas ni? Cuba bagi cadangan dekat ruang komen! 👇

Jom semua kita layan Wayang Pacak di Perpustakaan Awam Daerah Bentong pada 5hb September 2026 (Sabtu) jam 2.30 petang.Ma...
04/09/2026

Jom semua kita layan Wayang Pacak di Perpustakaan Awam Daerah Bentong pada 5hb September 2026 (Sabtu) jam 2.30 petang.
Masuk percuma!

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.MAKLUMANPerkhidmatan perpustakaan akan DITUTUP pada 25 Ogos 2026 (Selasa) sempen...
24/08/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

MAKLUMAN

Perkhidmatan perpustakaan akan DITUTUP pada 25 Ogos 2026 (Selasa) sempena cuti umum Maulidur Rasul. Perkhidmatan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 26 Ogos 2026 (Rabu).

Terima kasih.





21/08/2026

Address

Kampung Baru
Bentong
28700

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00
14:30 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+6092222233

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Awam Daerah Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Awam Daerah Bentong:

Shortcuts

Share

Category

Nearby government services