24/09/2026
Siaran Media PAS Cawangan Lahar Yooi
*Assalamualaikum W.b.t*
PAS Cawangan Lahar Yooi mengambil maklum arahan Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang untuk membuka Unit Daerah Mengundi(UDM) & Bilik Operasi di semua cawangan PAS.
Untuk makluman,UDM Lahar Yooi terletak didalam Dun Sungai Dua yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.Pada PRU 15 yang lepas,UDM Lahar Yooi telah menyumbang kemenangan *majoriti undi seribu lebih*.
Mengambil kira segala faktor kekuatan,PAS Cawangan Lahar Yooi dengan ini mendesak supaya *PAS PERLU BERTANDING DI PARLIMEN TASEK GELUGOR* bagi melawan Pakatan Harapan(PH).Pendirian ini tetap dan muktamad memandangkan semua parti pernah mewakili Tasek Gelugor kecuali PAS,kini tiba giliran PAS!!
PAS Cawangan Lahar Yooi akan *menutup pintu Bilik Operasi* sekiranya bukan Calon daripada PAS yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dan semua ahli serta penyokong PAS di Cawangan ini akan *memboikot PRU 16* yang bakal diadakan.
Sekian,wassalam..
PAS Cawangan Lahar Yooi