21/10/2026
📚 SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH | PELAKSANAAN PKSK TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 1 BAGI SESI AKADEMIK 2027
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daro merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 bagi sesi akademik 2027.
📌 Maklumat Pelaksanaan PKSK
🗓️ PKSK Tingkatan 4 (PKSK 4)
21 September 2026
🗓️ PKSK Tingkatan 1 (PKSK 1)
12, 13, 19 dan 20 Oktober 2026
📍 Pusat Pentaksiran:
• SK Camporan, Daro
• SK Abang Gesa, Belawai
👥 Jumlah calon yang menduduki pentaksiran:
• PKSK Tingkatan 4: 52 orang calon
• PKSK Tingkatan 1: 238 orang calon
• Jumlah keseluruhan: 290 orang calon
🌟 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar serta seluruh warga SK Camporan, Daro dan SK Abang Gesa, Belawai atas kesudian, kerjasama dan komitmen dalam menyediakan kemudahan serta menjadi pusat pentaksiran bagi pelaksanaan PKSK ini.
Penghargaan khusus turut diberikan kepada:
âś… Cikgu Leslie Anak Siba, Ketua Petugas Pusat PKSK SK Camporan, Daro;
âś… Cikgu Edi Harianto bin Suyadi, Ketua Petugas Pusat PKSK SK Abang Gesa, Belawai; serta
âś… Semua petugas pusat pentaksiran di kedua-dua buah sekolah atas komitmen, dedikasi dan sumbangan yang jitu dalam memastikan kelancaran pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 dan Tingkatan 1.
🎓Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua calon PKSK Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 yang telah selesai menduduki pentaksiran. Semoga segala usaha dan persediaan yang telah dilakukan membuahkan hasil yang membanggakan.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa atas sokongan, dorongan dan kepercayaan yang diberikan kepada anak-anak sepanjang proses pentaksiran ini.
✨ Semoga semua calon memperoleh kejayaan yang diimpikan dan diberikan peluang untuk melanjutkan pendidikan ke sekolah khusus pilihan masing-masing. Semoga segala usaha dan pengorbanan semua pihak mendapat ganjaran yang sewajarnya.
Terima kasih atas kerjasama, komitmen dan semangat berpasukan yang ditunjukkan. Bersama-sama kita terus memperkukuh kecemerlangan pendidikan demi masa depan anak-anak kita.
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO
Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.