Balai Bomba dan Penyelamat Daro

Call Directions Website

Balai Bomba dan Penyelamat Daro Balai Bomba dan Penyelamat Daro telah beroperasi sepenuhnya pada 1 Jun 2019.

BBP Daro31.10.2026 (Sabtu)0830 Hrs hingga 1030 HrsSUNGAI BATANG LASSA,DAROPERLAKSANAAN HARI PENGUJIAN DAN PEMERIKSAAN LO...
31/10/2026

BBP Daro
31.10.2026 (Sabtu)
0830 Hrs hingga 1030 Hrs
SUNGAI BATANG LASSA,DARO

PERLAKSANAAN HARI PENGUJIAN DAN PEMERIKSAAN LOGISTIK OPERASI BANJIR (MTL LOG DAY) SEMPENA KESIAPSIAGAAN MONSUN TIMUR LAUT (MTL) 2026 JBPM NEGERI SARAWAK

KEANGGOTAAN DAN LOGISTIK
- TOYOTA HILUX VDL 9269
- WPS 4821
- 1 Treler Bot
- 1 BOT Aluminium BP 34
- 1 ENJIN MERCURY 60 HP

1. PBT II HASMAN BIN BAKAR (Ketua Balai)
2. 6 ORANG ANGGOTA PASUKAN ALFA

LAPORAN
- Sepanjang perlaksanaan Hari Pengujian Dan Periksaan Logistik Operasi Banjir (MTL LOG DAY) Sempena Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) 2026 JBPM Negeri Sarawak, perlaksanaan berjalan dengan lancar dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

STATUS PEMERIKSAAN LOGISTIK :
- Bot Aluminium BP 34
- ENJIN BOT MERCURY 60 HP
- PFD
- PENDAYUNG
- CHAIN SAW
- KENDERAAN TOWING(TOYOTA HILUX)
- TRAILER BOT

BBP Daro17 Oktober 2026Hari Sukan Negara 2026Sempena Hari Sukan Negara 2026 yang diadakan serentak pada 17 Oktober 2026,...
18/10/2026

BBP Daro
17 Oktober 2026

Hari Sukan Negara 2026

Sempena Hari Sukan Negara 2026 yang diadakan serentak pada 17 Oktober 2026, BBP Daro telah mengadakan Minggu Sukan Balai bermula 14 Oktober hingga 16 Oktober yang lepas.Antara Sukan yang dipertandingkan ialah Street Soccer, Sukaneka dan Dart.Pertandingan ini telah dianjurkan oleh ketiga-tiga syif Alpha, Bravo Dan Charlie.Objektif penganjuran adalah untuk menggalakkan anggota mengamalkan gaya hidup sihat tanpa mengira apa jenis Sukan, mengeratkan silaturahim dikalangan anggota serta memberi ruang dan peluang kepada semua anggota untuk mengurus sesuatu aktiviti/program.

Berikut ialah keputusan pertandingan :

Street Soccer anjuran Pasukan Charlie :
Johan - Charlie A
Naib Johan - Charlie B
Ketiga - Alpha

Sukaneka anjuran Pasukan Bravo :
Johan - Charlie A
Naib Johan - Alpha A
Ketiga - Bravo A

Pertandingan Dart anjuran Pasukan Alpha :

Johan - Alpha A
Naib Johan - Alpha B
Ketiga bersama - Bravo A Dan Alpha C

BBP Daro26 September 2026Perlaksanaan Program Hari Cuci Malaysia 2026 peringkat BBP Daro.
26/09/2026

BBP Daro
26 September 2026

Perlaksanaan Program Hari Cuci Malaysia 2026 peringkat BBP Daro.

Semoga dipermudahkan segala urusan Tuan Sani Dan En. Fakhrul serta semua yang terjejas dalam bencana di Nepal..Aamiin 🤲🏼
27/08/2026

Semoga dipermudahkan segala urusan Tuan Sani Dan En. Fakhrul serta semua yang terjejas dalam bencana di Nepal..Aamiin 🤲🏼

Mari kita bersama-sama mendoakan keselamatan kesemua rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi susulan kejadian banjir besar di Nepal-China.

BBP Daro24 Ogos 2026Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Mukah 1448 H / 2026 MBBP Daro telah diumumkan sebagai Joh...
24/08/2026

BBP Daro
24 Ogos 2026

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Mukah 1448 H / 2026 M

BBP Daro telah diumumkan sebagai Johan Pertandingan Sepanduk Kategori A sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Mukah di Daro pada tahun ini.BBP Daro juga telah dinobatkan sebagai Kontijen Terbaik.

Kemenangan ini telah diumumkan di dalam satu Majlis Kesyukuran sempena Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Mukah yang telah diadakan di Masjid Al - Muhsinin Daro malam ini.PBK II Ismawi Bin Nawawi Dan PB Muhammad Faridzan Bin Muhammad Firdaus yang mewakili Ketua Balai, telah menerima Piala serta Plak kemenangan yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dr. Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri N.43 Daro, diiringi oleh Yang Berhormat Tuan Ahmad Johnie Bin Zawawi, Ahli Parlimen P.207 Igan dan Tuan Zul Bin Usop, Pegawai Daerah Daro.

Tiada perhimpunan dan perarakan untuk sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini kerana keadaan cuaca berjerebu dan udara tidak sihat menyebabkan sambutan Maulidur Rasul disambut dengan majlis Kesyukuran di Masjid Al-Muhsinin Daro.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Balai dan semua pegawai BBP Daro.

"Ummah Maju Makmur"

BBP Daro22 Ogos 2026 SabtuProgram Celik Suri : Pemerkasaan Keselamatan & Kesihatan Wanita KomunitiSatu program Celik Sur...
22/08/2026

BBP Daro
22 Ogos 2026 Sabtu

Program Celik Suri : Pemerkasaan Keselamatan & Kesihatan Wanita Komuniti

Satu program Celik Suri : Pemerkasaan Keselamatan & Kesihatan Wanita Komuniti anjuran PERKEB IPD Matu-Daro dengan kerjasama BBP Daro telah diadakan di Dewan Masyarakat Daro pada pagi ini.Program yang menyasarkan golongan wanita di daerah Daro, Matu Dan Pulau Bruit ini dihadiri oleh 300 orang peserta terdiri daripada pegawai wanita agensi kerajaan, Suri rumah, persatuan Dan pertubuhan, JKKK Dan KRT.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Ahmad Johnie Bin Zawawi, Ahli Parlimen P.207 Igan turut dihadiri oleh DSP Rahim Mihos, Ketua Polis Daerah Matu-Daro, PBK I Shairulnizam Bin Wailie, wakil Ketua Balai BBP Daro, Puan Olivia, Pengerusi PERKEP IPD Matu-Daro Dan En. Shah, wakil Pegawai Daerah Daro.

Antara pengisian aktiviti yang telah dijalankan ialah Ceramah Keselamatan Kebakaran yang disampaikan oleh PBK I Shairulnizam Bin Wailie yg mengkhususkan peranan wanita serta surirumah dalam menguruskan risiko Kebakaran Dan Kecemasan di peringkat awal terutamanya di rumah dalam membantu mengendalikan situasi dengan tenang tanpa panik.

Demonstrasi Tatacara Penggunaan Alat Pemadam Api serta Kebakaran Dapur & Kebocoran Gas turut dijalankan oleh PBK II Nur Mohammad Al Syazali Bin Ismail, PBB Mohd. Faizal B. Zainin, PBB Azmi B. Hapni Dan PBB Azuan Bin Sahari.

Dalam masa yang sama, pameran kebombaan turut diadakan semasa program.

Semua aktiviti telah dijalankan dalam keadaan baik dan terkawal Dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang program berlangsung.

20/08/2026

Perhatian!
Perhatian!
Perhatian!

Kepada Warga Daro, Matu Dan Pulau Bruit.
Berhenti membuat pembakaran terbuka di kebun, belakang rumah, tepi rumah, depan rumah atau di tepi jalan di musim panas sekarang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku seperti kemerebakan api yang akan menjejaskan banyak pihak.Kesan daripada Kebakaran yang tidak dikawal hanya akan memburukkan keadaan cuaca dan kualiti udara setempat yang sedang mengalami jerebu teruk sekarang.Kesan lain yang boleh berlaku ialah kemusnahan harta seperti rumah kebun, tanaman dan habitat semulajadi.

Mohon kerjasama semua warga Daro, Matu dan Pulau Bruit untuk sama-sama membantu melaporkan segera mana-mana pihak yang membuat pembakaran terbuka tanpa kawalan kepada pihak :

Balai Bomba Dan Penyelamat Daro : 084-823300
IPD Matu -Daro : 084-823222
Jabatan Alam Sekitar Sibu : 084-334790
Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar Mukah : 084-873485

Hentikan Pembakaran Terbuka!
Jadilah warga yang bertanggungjawab!
Jagalah Alam Sekitar Dan kualiti udara kita bersama.

Kebakaran Hutan di Jalan Tg Gelang, Kampung K*t telah berjaya dipadamkan sepenuhnya petang tadi.Terima kasih kepada semu...
19/08/2026

Kebakaran Hutan di Jalan Tg Gelang, Kampung K*t telah berjaya dipadamkan sepenuhnya petang tadi.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu pasukan Bomba memadam Kebakaran.

PDRM
APM
PBS Daro
PBS Pulau Bruit
NREB Mukah
Pejabat Daerah Daro
JKR Daro
Buraq Oil Pump Station
JAS Sibu

14/08/2026

Pesanan Khidmat Masyarakat kepada semua warga Daro, Matu Dan Pulau Bruit serta pengguna jalanraya di Jalan Tg Gelang, Kpg Sg K*t.

Pengguna jalanraya diingatkan untuk memandu dengan lebih perlahan dan berhati-hati kerana jentera Bomba akan berada di laluan menuju ke Semop berhampiran Stesyen minyak Buraq.Hanya 1 laluan yang akan dibuka.

Dalam masa yang sama, pemandu kenderaan diingatkan juga untuk membuka lampu kenderaan semasa melalui kawasan tersebut agar kenderaan dari arah bertentangan waspada akan kehadiran Tuan-tuan kerana jarak penglihatan sangat terhad disebabkan oleh asap tebal.

Ingat orang tersayang.Berhati-hati di atas jalanraya.

BBP Daro bekerjasama rapat dengan Jabatan Alam Sekitar Sibu (JAS) Dan Lembaga Sumber Asli & Alam Sekitar Sarawak (NREB M...
13/08/2026

BBP Daro bekerjasama rapat dengan Jabatan Alam Sekitar Sibu (JAS) Dan Lembaga Sumber Asli & Alam Sekitar Sarawak (NREB Mukah) bagi mengenalpasti punca kebakaran.Mohon kerjasama penduduk Sekitar Daro, Matu Dan Pulau Bruit agar berhenti dari membuat sebarang aktiviti pembakaran terbuka di musim panas dan berjerebu sekarang.Tahap kualiti udara semakin merosot dan sudah mencapai tahap Tidak Sihat.Ini boleh merisikokan tahap kesihatan serta asap tebal turut membahayakan pengguna jalanraya apabila jarak penglibatan menjadi sangat terhad.

Sila lapor segera sekiranya anda melihat mana-mana Individu atau sesiapa sahaja yang membuat pembakaran terbuka.Tindakan tegas akan diambil oleh pihak JAS Dan NREB termasuk denda tidak kurang dari RM100,000.00 hingga RM1 Juta dan penjara 5 tahun sekiranya didapati bersalah membuat pembakaran terbuka dan menjejaskan alam sekitar.

Jadilah warga yang bijak dan cakna dengan keadaan persekitaran demi kesejahteraan bersama.

Pasukan bomba membina benteng api menggunakan enam gulung hos sepanjang kira-kira 300 kaki bagi menghalang kebakaran hutan di Kampung K*t daripada merebak ke arah sebuah stesen minyak.

Baca artikel penuh: https://www.tvsarawak.my/2026/08/12/kebakaran-hutan-daro-bomba-bina-benteng-api-lindungi-stesen-minyak/

Address

Jalan Pengiran Haji Awang Hipni
Daro
96200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Daro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services