Polis Balai Paka

Directions

Polis Balai Paka Balai Polis Paka. Saluran rasmi menyampaikan maklumat mengenai isu semasa dan maklumat mengenai jenayah di Balai Paka.

KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS BALAI PAKA KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PAKAInsp. Mohammad Hafiy bin Hamzah, Ketua Balai P...
29/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS BALAI PAKA KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PAKA

Insp. Mohammad Hafiy bin Hamzah, Ketua Balai Polis Paka bersama barisan penyelia Balai Polis Paka telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Balai Bomba dan Penyelamat Paka bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Penolong Penguasa Bomba, Mohd Rizuan bin Ramli bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Paka. Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak turut mengadakan perbincangan mengenai persiapan dan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di kawasan Paka. Perbincangan ini turut menjadi platform untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat bagi memperkukuh penyelarasan tindakan serta meningkatkan keberkesanan kerjasama antara agensi dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana, khususnya kejadian banjir dan kecemasan sepanjang musim monsun.

Semoga hubungan baik dan kerjasama strategik yang terjalin antara kedua-dua agensi terus diperkukuh demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat sentiasa terpelihara khususnya Masyarakat Paka.

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.






28/10/2026
25/10/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
KAWALAN LALU LINTAS SEMPENA PROGRAM BRISK WALK “JOM KELILING KAMPUNG” ANJURAN KRT KG. GEMIA
Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) telah melaksanakan kawalan lalu lintas sempena Program Brisk Walk “Jom Keliling Kampung” anjuran KRT Kg. Gemia bagi memastikan kelancaran pergerakan lalu lintas serta keselamatan para peserta sepanjang program berlangsung.
Kehadiran anggota polis turut membantu memastikan program berjalan dengan lancar, teratur dan selamat.
Sekian, terima kasih. 🚔�

゚viralシ

25/10/2026
30/09/2026

INFO BALAI: BALAI POLIS PAKA

Balai Polis Paka, Terengganu telah dibina sekitar tahun 1953 di mukim Kuala Paka di atas kawasan seluas 0.557 hektar.

Balai tersebut kemudiannya dibina baharu pada 24 Disember 1990 dan upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Ketua Polis Terengganu ketika itu, SAC I Dato’ Haji Idris Haji Abd Wahid.

Kawasan pentadbirannya p**a seluas 100 kilometer persegi, yang mana sebelah selatan balai tersebut adalah bersempadan dengan Balai Polis Kerteh, Terengganu.

Kini, jumlah keanggotaannya adalah seramai 33 orang dan diketuai oleh seorang Pegawai Kanan Polis berpangkat Asisten Superintenden Polis (ASP).

Sebagai rekod, Balai Polis Paka pernah menjadi Johan kategori 'A' dalam Anugerah Balai Polis Cemerlang Tahun 2009.

Alamat: Balai Polis Paka, 23100 Paka, Dungun Terengganu

Talian telefon: 09-8271222

Sumber: Buletin Integriti bil 2/2010

KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS BALAI PAKA KE HRSB ENGINEERING & CONSTRUCTION SDN BHDKetua Polis Balai Paka telah mengadaka...
29/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS BALAI PAKA KE HRSB ENGINEERING & CONSTRUCTION SDN BHD

Ketua Polis Balai Paka telah mengadakan Kunjungan Hormat ke HRSB Engineering & Construction Sdn Bhd dan telah disambut oleh Encik Mohd Rizuan bin Mokhtar, Operation Manager HRSB Engineering & Construction Sdn Bhd, bersama staf-staf syarikat.

Kunjungan hormat ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memperkukuh hubungan kerjasama dan jaringan strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pihak HRSB Engineering & Construction Sdn Bhd, khususnya dalam aspek keselamatan dan pencegahan jenayah.

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dua hala, bertukar pandangan serta membincangkan perkara berkaitan keselamatan, ketenteraman awam dan kepentingan kerjasama antara pihak polis dengan pihak industri.

Kerjasama erat antara PDRM dan pihak syarikat amat penting dalam membantu mewujudkan persekitaran yang selamat, harmoni dan kondusif, khususnya di kawasan perindustrian serta komuniti setempat.

Semoga jalinan kerjasama dan hubungan baik yang terjalin ini dapat terus diperkukuhkan demi kepentingan, keselamatan dan kesejahteraan bersama.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” 👮🏻‍♂️🤝🏻🏢

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾“Malaysia Milik Kita, Harmoni Bersama” ❤️💙💛🤍Warga Balai Polis Paka mengucapkan Selamat H...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

“Malaysia Milik Kita, Harmoni Bersama” ❤️💙💛🤍

Warga Balai Polis Paka mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai kepelbagaian dan memperkukuhkan perpaduan demi Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.

Berbeza budaya, bersatu jiwa.
Bersama kita pertahankan keamanan Malaysia. 🇲🇾







🇲🇾

Address

Balai Polis Paka
Dungun
23100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Balai Paka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services