Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut merupakan sebuah organisasi di bawah Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
27000 JerantutPahang Darul Makmur

TEL:09-2663511 / 5511 / 5512
FAX:09-2665513

𝗘𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗟𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞, 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗜 𝗣𝗗𝗧 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧JERANTUT, 05 Oktober 2026 – Pejabat Daer...
05/10/2026

𝗘𝗥𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗟𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞, 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗜 𝗣𝗗𝗧 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧

JERANTUT, 05 Oktober 2026 – Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menerima kunjungan kerja daripada Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut sebagai usaha memperkukuh hubungan serta kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra ini turut menjadi ruang bagi perkongsian pandangan dan perbincangan berkaitan perkara berkepentingan bersama, khususnya dalam memperkukuh penyelarasan serta kerjasama antara agensi di peringkat daerah.

Semoga kunjungan ini terus mempererat hubungan antara PDT Jerantut dan Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut serta membuka ruang kepada pelaksanaan lebih banyak kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat dan pembangunan Daerah Jerantut.





𝟵 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗛𝗪𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜-𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧JERANTUT, 26 September 2026 –...
26/09/2026

𝟵 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗛𝗪𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜-𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧

JERANTUT, 26 September 2026 – Seramai sembilan pasangan diraikan dalam Program Anggun Suri Perkahwinan Beramai-ramai Tahun 2026 Parlimen Jerantut yang berlangsung penuh meriah di ADTEC Jerantut.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran YB Haris Salleh bin Hamzah, YBrs. Tuan Sulaiman bin Husin, Pegawai Daerah Jerantut bersama para jemputan dan ahli keluarga pasangan yang diraikan.

Penganjuran program ini bukan sahaja mencipta kenangan istimewa buat pasangan pengantin, malah mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam meraikan pembentukan institusi keluarga yang harmoni serta sejahtera.

Semoga kesemua sembilan pasangan pengantin yang diraikan dikurniakan kebahagiaan, keberkatan dan keharmonian dalam melayari bahtera rumah tangga.

𝗣𝗗𝗧 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧 JERANTUT, 25 September 2026 – Warga Pejabat Daera...
25/09/2026

𝗣𝗗𝗧 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧

JERANTUT, 25 September 2026 – Warga Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Jerantut. Penyertaan ini mencerminkan semangat kebersamaan warga jabatan dalam memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW serta menghayati nilai kasih sayang, perpaduan dan akhlak mulia yang diajarkan Baginda.




𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗗𝗧 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗬𝗔𝗧𝗜 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗦𝗜𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 JERANTUT, 24 September 2026 – Warga Pejabat Daerah dan Tanah Je...
24/09/2026

𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗗𝗧 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗬𝗔𝗧𝗜 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗦𝗜𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥

JERANTUT, 24 September 2026 – Warga Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut bersama-sama mengimarahkan program bacaan Yasin bulanan bagi bulan September. Pengisian ini menjadi ruang untuk warga pejabat berhenti sejenak daripada rutin tugas, berdoa dan mempererat hubungan sesama rakan sekerja. Semoga amalan ini terus menyuburkan suasana kerja yang harmoni serta memberi kekuatan untuk menjalankan amanah dengan sebaiknya.





𝗞𝗗𝗣𝗕 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗔𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗟𝗘𝗖 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨 𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 JERANTUT, 19 September 2026 – Kebaw...
23/09/2026

𝗞𝗗𝗣𝗕 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗔𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗟𝗘𝗖 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨 𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

JERANTUT, 19 September 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan berangkat ke Mesyuarat Lembaga Eksekutif Cawangan (LEC) Persatuan Pandu Puteri Malaysia Kali Ketiga yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling. Keberangkatan Baginda menyerikan mesyuarat tersebut serta mencerminkan sokongan berterusan terhadap kegiatan kepanduan di negeri Pahang.





𝗦𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗝𝗜𝗪𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔: 𝗝𝗣𝗦 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗗𝗜𝗡𝗢𝗕𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗞𝗢𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧JERANTUT, 22 Septemb...
22/09/2026

𝗦𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗝𝗜𝗪𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔: 𝗝𝗣𝗦 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗗𝗜𝗡𝗢𝗕𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗞𝗢𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧

JERANTUT, 22 September 2026 – Majlis Penyerahan Hadiah kepada pemenang Pertandingan Dekorasi Jiwa Malaysia Peringkat Daerah Jerantut telah berlangsung sebagai tanda penghargaan kepada jabatan dan institusi yang berjaya menampilkan kreativiti serta semangat patriotisme menerusi dekorasi bertemakan Jiwa Malaysia.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Jerantut berjaya meraih tempat pertama, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerantut di tempat kedua, manakala RELA Daerah Jerantut memperoleh tempat ketiga.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Puan Nur Aiena binti Othman, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) selaku wakil pengurusan. Pertandingan ini bukan sahaja menyerlahkan kreativiti para peserta, malah menjadi medium dalam menyemarakkan semangat cintakan negara, kebersamaan dan penghayatan nilai patriotisme dalam kalangan warga daerah Jerantut.

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menyemarakkan Jiwa Malaysia!





Selamat Hari Malaysia🇲🇾
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia🇲🇾

𝗣𝗗𝗧 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗙𝗥𝗔 & 𝗗𝗠𝗦, 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗲-𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚JERANTUT, 14...
14/09/2026

𝗣𝗗𝗧 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗙𝗥𝗔 & 𝗗𝗠𝗦, 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗗𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗲-𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚

JERANTUT, 14 September 2026 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menerima Lawatan Kajian Infra dan DMS sebagai sebahagian daripada persediaan pelaksanaan Sistem e-Tanah Negeri Pahang. Lawatan ini memberi tumpuan kepada penelitian tahap kesiapsiagaan infrastruktur dan keperluan teknikal bagi memastikan pelaksanaan sistem e-Tanah dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Inisiatif ini merupakan antara langkah penting dalam memperkukuh transformasi digital pentadbiran tanah ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, sistematik dan mesra pelanggan.




𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗘𝗞𝗦𝗣𝗘𝗗𝗜𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗞𝗜 𝗚𝗨𝗡𝗨𝗡𝗚 𝗜𝗥𝗔𝗨CAMERON HIGHLANDS, 10 September 2026 – Pegawai Daerah Jerant...
10/09/2026

𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗘𝗞𝗦𝗣𝗘𝗗𝗜𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗞𝗜 𝗚𝗨𝗡𝗨𝗡𝗚 𝗜𝗥𝗔𝗨

CAMERON HIGHLANDS, 10 September 2026 – Pegawai Daerah Jerantut, Tuan Sulaiman bin Husin, telah menyertai Ekspedisi Mendaki Gunung Irau sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang ke-67.

Turut serta dalam ekspedisi tersebut ialah dua orang pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut iaitu Mohd Adli Azreen bin Mohd Nor dan Nur Atthirah Iman binti Ridza. Penglibatan ini mencerminkan semangat kesetiaan kepada institusi Diraja, di samping memupuk kecergasan fizikal, kerjasama berpasukan dan semangat cintakan alam sekitar.




Address

Jerantut
27000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:45 - 17:00

Telephone

+6092663511

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut:

Shortcuts

Share

Nearby government services