Institut Kemahiran Belia Negara Jitra

Call Directions Website

Institut Kemahiran Belia Negara Jitra Halaman ini diwujudkan untuk berkongsi maklumat mengenai aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh IKBN JITRA dari semasa ke semasa.

Institut Kemahiran Belia Negara Jitra menyediakan Latihan Kemahiran kepada semua lepasan SPM. Pelajar yang tamat latihan akan memperolehi SIJIL SKM.

03/11/2026

ILKBS SKILLS 2026 - Automobile Technology

Hari kedua, semangat makin membara! 💪🔥
Setiap cabaran menguji kemahiran, ketelitian dan kreativiti para peserta. Inilah pentas untuk membuktikan kemampuan dan menyerlahkan bakat anak muda TVET!
🏆 Siapa bakal membawa pulang medal kejuaraan? Nantikan!

IKBN JITRA TUAN RUMAH PERTANDINGAN ILKBS SKILL BIDANG AUTOMOBILE TECHNOLOGY 2026JITRA, 2 November 2026 – Institut Kemahi...
03/11/2026

IKBN JITRA TUAN RUMAH PERTANDINGAN ILKBS SKILL BIDANG AUTOMOBILE TECHNOLOGY 2026

JITRA, 2 November 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan ILKBS SKILL Bidang Automobile Technology 2026 yang berlangsung pada 31 Oktober hingga 2 November 2026 bertempat di Bengkel Penyenggaraan Kereta, Jabatan Teknologi Automotif, IKBN Jitra.

Pertandingan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat serta kompetensi pelajar Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dalam bidang teknologi automotif bagi dipertimbangkan untuk mewakili ILKBS ke Pertandingan Pra WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2027.

Seramai 12 orang peserta daripada lima institusi ILKBS telah mengambil bahagian, iaitu IKBN Kuala Perlis, IKBN Jitra, IKTBN Temerloh, IKTBN Chembong dan IKTBN Bachok. Para peserta telah dinilai oleh enam orang panel hakim yang mewakili IKBN Kuala Perlis, IKTBN Chembong, IKTBN Temerloh, IKTBN Bachok dan IKTBN Dusun Tua. Panel hakim diketuai oleh Ts. Ahmad Shammuri bin Ahmad Nisab.

Berdasarkan keputusan pertandingan, Muhammad Fauzi bin Shukri dari IKBN Kuala Perlis telah muncul sebagai johan, diikuti Muhammad Syakir Danish bin Mohd Saiful di tempat kedua, manakala Chaipitak a/l Bon Ong dari IKBN Kuala Perlis memperoleh tempat ketiga.

Penganjuran pertandingan ini mencerminkan komitmen ILKBS dalam memperkasa pembangunan bakat, meningkatkan tahap kemahiran teknikal serta melahirkan pelajar yang kompeten dan berdaya saing dalam industri automotif. Platform seumpama ini turut memberi peluang kepada peserta untuk menguji keupayaan diri dalam persekitaran pertandingan berasaskan kemahiran dan standard industri.

Diharapkan pertandingan ini menjadi langkah penting dalam melahirkan calon berpotensi untuk mewakili ILKBS ke Pertandingan Pra WSMB 2027, sekali gus mengharumkan nama institusi masing-masing serta meningkatkan kecemerlangan TVET negara.

02/11/2026

🔥 DAY 1 | ILKBS SKILLS 2026 – AUTOMOBILE TECHNOLOGY 🚗🏆

Sekitar kemeriahan hari pertama pertandingan ILKBS SKILLS 2026 bagi bidang Automobile Technology yang berlangsung di IKBN Jitra!

Bukan sekadar pertandingan, tetapi medan menguji kemahiran, ketelitian dan kreativiti anak-anak TVET dalam dunia automotif.

Siapa bakal dinobatkan sebagai juara? Nantikan! 💪

Makluman Outing dan Cuti Bermalam Minggu 6 & 7 November 2026Semua Pelajar LelakiOuting Harian (Isnin): ❌Cuti Bermalam: ✅...
01/11/2026

Makluman Outing dan Cuti Bermalam Minggu 6 & 7 November 2026

Semua Pelajar Lelaki
Outing Harian (Isnin): ❌
Cuti Bermalam: ✅
Outing Hari Minggu(Sabtu): ✅

Semua Pelajar Wanita
Outing Harian (Selasa): ❌
Cuti Bermalam: ✅
Outing Hari Minggu (Jumaat): ✅

Semua Pelajar Akan Pulang dari cuti Pertengahan Semester pada 14 November 2026 sebelum jam 10pm

✅ - Dibenarkan
❌ - Tidak Dibenarkan

Pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2026/2027Bersedia untuk menjadi pemimpin?Anda Berminat?Ini Peluang Anda!- Terb...
01/11/2026

Pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2026/2027

Bersedia untuk menjadi pemimpin?Anda Berminat?Ini Peluang Anda!

- Terbuka kepada semua pelajar IKBN Jitra
- Calon mestilah mempunyi sifat kepimpinan dan komited
- Bebas masalah disiplin
- Bersedia untuk menjadi pemimpin

Dapatkan borang pencalonan di Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar bermula 1-4 November 2026

Turut dimaklumkan tarikh-tarikh penting bagi calon MPP IKBN Jitra Sesi 2026/2027.





📣 𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 | 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 (𝗠𝗣𝗣) 𝗜𝗞𝗕𝗡 𝗝𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱/𝟮𝟬𝟮𝟲Dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan...
01/11/2026

📣 𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 | 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 (𝗠𝗣𝗣) 𝗜𝗞𝗕𝗡 𝗝𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱/𝟮𝟬𝟮𝟲

Dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Jitra Sesi 2026 dibubarkan berkuat kuasa pada 1 November 2026 (Ahad) sebagai persediaan bagi pelaksanaan Pilihan Raya MPP Sesi 2026/2027.

Bagi memastikan kelancaran urusan kebajikan dan hal ehwal pelajar, barisan MPP sedia ada akan menjalankan fungsi sebagai Interim MPP sehingga MPP Sesi 2026/2027 dilantik secara rasmi.

Pihak institut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh barisan MPP Sesi 2026 atas komitmen, kepimpinan serta jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

📅 Tarikh Kuat Kuasa Pembubaran
1 November 2026 (Ahad)

Nantikan hebahan rasmi berkaitan proses pencalonan dan Pilihan Raya MPP IKBN Jitra Sesi 2026/2027.

"Suara Anda, Masa Depan Pelajar."


📸 Spill some moments from ILKBS SKILLS 2026 – Day 1!Sekitar kemeriahan, aksi dan semangat para peserta sepanjang hari pe...
01/11/2026

📸 Spill some moments from ILKBS SKILLS 2026 – Day 1!

Sekitar kemeriahan, aksi dan semangat para peserta sepanjang hari pertama pertandingan di IKBN Jitra. 🔥
Setiap kemahiran, usaha dan kesungguhan menjadi bukti bakat anak muda dalam bidang TVET!
One skill. One passion. One champion. 🏆

01/11/2026

🔥 ILKBS SKILLS 2026 IS ON! 🔥

📅 31 Oktober – 1 November 2026
📍 IKBN Jitra

Selamat maju jaya buat semua peserta! Semoga diberikan ketenangan, fokus dan kelancaran sepanjang pertandingan.

Give your best, shine bright & bring home the medals! 🏆

All the best, everyone! 💪

⏳ TINGGAL 1 HARI LAGI! 🔥Debaran semakin terasa! Esok, pentas ILKBS SKILLS 2026 bakal menyaksikan kehebatan, kemahiran da...
31/10/2026

⏳ TINGGAL 1 HARI LAGI! 🔥

Debaran semakin terasa! Esok, pentas ILKBS SKILLS 2026 bakal menyaksikan kehebatan, kemahiran dan semangat anak-anak TVET berentap merebut gelaran juara! 🏆

📍 Bidang: Automobile Technology
📅 1 – 2 November 2026
📌 IKBN Jitra

Siapa bakal menyerlah? Siapa bakal membawa pulang medal kejuaraan? 🥇

The countdown ends tomorrow. Let the skills speak! 🚀

♻️🌱 EKSA CYCLES IKBN JITRASekitar program kitar semula dan penjualan sisa anjuran Jawatankuasa Pelaksanaa EKSA IKBN Jitr...
29/10/2026

♻️🌱 EKSA CYCLES IKBN JITRA
Sekitar program kitar semula dan penjualan sisa anjuran Jawatankuasa Pelaksanaa EKSA IKBN Jitra yang telah berlangsung hari ini!
Usaha kecil, impak besar! 💚 Bersama-sama membudayakan amalan kitar semula, mengurangkan sisa dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih bersih, kemas serta lestari.
Kitar Semula, Bumi Terpelihara! 🌍✨

Address

IKBN Jitra
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049174676

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Kemahiran Belia Negara Jitra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share