Pusat Sumber SK Felda Ulu Tebrau

Directions

Pusat Sumber SK Felda Ulu Tebrau Dapatkan buku-buku terkini

Pertemuan antara pensyarah penyelia Puan Liza Samin dan Pelajar Guru IPG yang Menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS...
26/10/2026

Pertemuan antara pensyarah penyelia Puan Liza Samin dan Pelajar Guru IPG yang Menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) diadakan di Pusat Sumber… Pensyarah penyelia tersebut merupakan bekas guru yang pernah berkhidmat dan menabur bakti di SK Felda Ulu Tebrau. Lain sangat katanya persekitaran sekolah terutama “library” dan turut berpesan agar memanfaatkan peluang sepanjang tempoh ROS ini untuk belajar, meneroka dan menimba sebanyak mungkin ilmu serta pengalaman, khususnya daripada keistimewaan dan amalan terbaik yang terdapat di sekolah ini

Dekorasi kaunter ni dibuat pada tahun 2018 tema warna purple 💜. Sejak itu, dah banyak kali hanya carta organisasi bergam...
20/08/2026

Dekorasi kaunter ni dibuat pada tahun 2018 tema warna purple 💜. Sejak itu, dah banyak kali hanya carta organisasi bergambar bertukar, tapi suasana di kaunter masih begitu-begitu juga. 😅

Ahad lepas, tiba-tiba tergerak hati nak ubah pemandangan yang agak suram ni. Tapi biasalah… tak ada bajet, tak ada sumber, tak ada peruntukan. 🤣

Berbekalkan modal RM186 sahaja dan dalam masa cuma 3 hari, bermulalah projek kecil-kecilan hasil daripada angan-angan yang muncul pada hari Ahad.

Alhamdulillah… apa yang terbayang dalam kepala, akhirnya terhasil juga! ❤️

Bukan mahal pun… cuma perlukan sedikit kreativiti, usaha, masa dan yang paling penting, kemahuan untuk mencuba. 💪✨dan ada yang sudi bantu untuk panjat .

Semoga perubahan kecil ini menjadi satu langkah untuk menjadikan Pusat Sumber SK Felda Ulu Tebrau yang kecil dan serba sederhana ini terus berubah wajah, lebih ceria, kemas dan segar mengikut peredaran semasa.

PPS pun turut sama menambah bahan di sudut pameran bertema sempena hari kemerdekaan.

Sedikit demi sedikit…
Biar kecil Pusat Sumbernya, tetapi besar impiannya. 📚✨



📚 Pertandingan Jejak Maklumat Pusat Sumber SK Felda Ulu TebrauPertandingan dijalankan mengikut giliran dan masa yang tel...
14/07/2026

📚 Pertandingan Jejak Maklumat Pusat Sumber SK Felda Ulu Tebrau

Pertandingan dijalankan mengikut giliran dan masa yang telah ditetapkan iaitu 45 minit termasuk sesi taklimat. Tahniah kepada semua Pengawas Pusat Sumber yang berjaya mengendalikan setiap stesen dengan baik dan memastikan pertandingan berjalan lancar.

Jejak Maklumat, Teroka Ilmu, Cipta Juara! 💙📚

Antara persiapan sebelum Pertandingan Jejak Maklumat Pusat Sumber dijalankan seminggu lebih awal. Taklimat diberikan kep...
14/07/2026

Antara persiapan sebelum Pertandingan Jejak Maklumat Pusat Sumber dijalankan seminggu lebih awal. Taklimat diberikan kepada PPS yang akan bertugas menjaga setiap stesen.

📚 Misi Mencari Pembaca Terbanyak Kembali Bermula! 🌟Bagi menjayakan Program Galakan Membaca yang menjadi rutin tahunan di...
01/07/2026

📚 Misi Mencari Pembaca Terbanyak Kembali Bermula! 🌟

Bagi menjayakan Program Galakan Membaca yang menjadi rutin tahunan di sekolah dan masih diteruskan sehingga kini, Pusat Sumber Sekolah sekali lagi mengadakan usaha mencari Pembaca Terbanyak dalam kalangan murid mengikut aliran.

Program ini sentiasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Murid-murid bukan sahaja berlumba-lumba untuk berada dalam senarai pembaca teratas, malah mereka turut berusaha membaca sebanyak mungkin bahan bacaan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah sebelum merekodkan bacaan masing-masing.

Pada hari ini, ahli Kelab NILAM bersama TV PSS telah berganding bahu membantu murid-murid yang masih mempunyai rekod bacaan yang rendah. Mereka membimbing rakan-rakan menggunakan Rak Maya Sekolah sebagai salah satu sumber bacaan digital yang mudah diakses.

Bagi memudahkan proses perekodan, dua paparan dibuka serentak pada skrin komputer riba iaitu AINS NILAM untuk merekod bacaan dan Rak Maya untuk memilih bahan bacaan. Kaedah ini menjadikan proses membaca dan merekod lebih pantas, mudah dan sistematik.

Selain itu, usaha berterusan guru-guru kelas yang berkongsi sekurang-kurangnya 10 bahan bacaan setiap hari di dalam kump**an WhatsApp PIBK tanpa gagal merupakan antara strategi terbaik sekolah bagi memastikan murid terus membaca walaupun berada di rumah. Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan murid mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti, malah membantu mereka membuat perekodan bacaan dalam AINS NILAM secara konsisten setiap hari dengan sokongan ibu bapa.

Sesungguhnya kejayaan Program NILAM bukan hanya hasil usaha Pusat Sumber Sekolah, malah merupakan hasil kerjasama erat antara pihak sekolah, guru, ibu bapa dan murid. Semoga budaya membaca terus subur dalam kalangan warga SK Felda Ulu Tebrau dan seterusnya melahirkan generasi yang berilmu, berfikiran kreatif serta cintakan pembelajaran sepanjang hayat.

📖 Membaca Amalan Mulia • NILAM Budaya Kita • Pembaca Hari Ini, Pemimpin Masa Hadapan.

Selesai mesyuarat pemuafakatan bersama pihak MARDI, mereka telah meluangkan masa untuk meninjau Pusat Sumber Sekolah kam...
24/06/2026

Selesai mesyuarat pemuafakatan bersama pihak MARDI, mereka telah meluangkan masa untuk meninjau Pusat Sumber Sekolah kami. Walaupun ruang PSS ini kecil dan terhad dari segi keluasan, namun mereka begitu teruja melihat pelbagai sudut bacaan, bahan rujukan, pameran serta aktiviti yang diwujudkan bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan murid.

Lebih membanggakan, ketika melihat koleksi buku-buku baharu yang baru sahaja disumbangkan oleh ibu bapa, pihak MARDI turut menyatakan hasrat untuk menyumbangkan bahan bacaan daripada pihak mereka. Alhamdulillah, satu berita yang amat menggembirakan buat warga sekolah.

Sempena kemeriahan musim bola sepak Piala Dunia, mereka juga tidak melepaskan peluang bergambar sambil mengenakan mafla pasukan yang menjadi sebahagian daripada pameran bertema PSS bagi bulan ini. Sudut khas tersebut bukan sahaja menceriakan suasana, malah berjaya menarik minat dan menghayati keunikan budaya serta semangat kesukanan dunia.

Sesungguhnya, rezeki tidak pernah salah alamat. Apabila usaha dan komitmen dalam menghidupkan Pusat Sumber dapat dilihat dan dihargai, ia membuka lebih banyak peluang untuk kerjasama yang bermanfaat. Malah, pihak MARDI turut menunjukkan minat untuk menjadikan sekolah kami sebagai sekolah angkat.

Terima kasih atas kunjungan, sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini terus berkembang demi manfaat anak-anak dan komuniti sekolah.






Melihat gambar-gambar murid tekun merekod bacaan dalam AINS NILAM ini benar-benar mengubat segala penat lelah yang dilal...
10/06/2026

Melihat gambar-gambar murid tekun merekod bacaan dalam AINS NILAM ini benar-benar mengubat segala penat lelah yang dilalui sepanjang perjalanan pengurusan rekod NILAM.

Bukan mudah perjalanan yang telah kita tempuhi. Bermula dengan Modul NILAM Johor, murid-murid sudah begitu konsisten merekod bacaan mereka. Kemudian kita beralih p**a ke AINS NILAM, sebelum diberi peluang mencuba Skoolbeez apabila AINS menghadapi beberapa isu ketika itu. Setiap kali berlaku pertukaran sistem, murid dan guru perlu belajar semula, menyesuaikan diri semula dan bermula semula.

Menjelang tahun 2026, pihak pentadbiran menetapkan penggunaan AINS NILAM sebagai platform rasmi kerana Skoolbeez memerlukan bayaran untuk diteruskan penggunaannya. Pada penghujung tahun, antara tugas yang paling mencabar ialah menggabungkan rekod bacaan murid daripada kedua-dua platform sebelum data Skoolbeez ditutup sepenuhnya.

Namun segala usaha itu terasa berbaloi apabila melihat hari ini sudah ada murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang berjaya mencapai 5 bintang NILAM hasil daripada usaha membaca dan merekod secara konsisten. Tahniah kepada mereka yang telah membuktikan bahawa budaya membaca masih subur dalam kalangan warga SK Felda Ulu Tebrau.

Kini perjuangan diteruskan. Fokus kita p**a kepada murid Tahun 2, 3 dan 4 agar mereka turut membina tabiat membaca dan merekod bacaan dengan istiqamah. Semoga suatu hari nanti mereka juga akan berdiri sebagai pemegang 5 bintang NILAM yang seterusnya.

🌟 Sistem mungkin bertukar, platform mungkin berubah, tetapi semangat membaca tidak boleh terhenti.

Teruskan membaca, teruskan merekod dan teruskan melakar kejayaan dalam AINS NILAM.




📖✨

23/04/2026

Address

Felda Ulu Tebrau
Johor Bahru
81810

Opening Hours

Monday 07:15 - 17:00
Tuesday 07:15 - 17:00
Wednesday 07:15 - 17:00
Thursday 07:15 - 17:00
Sunday 07:15 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber SK Felda Ulu Tebrau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category

Nearby government services