Pasir Gudang Clinic 2022

Directions

Pasir Gudang Clinic 2022 Sekiranya ada pertanyaan mengenai Klinik Pasir Gudang (MCH, NCD, PESAKIT LUAR).

03/11/2026

⏳ Sesetengah kesan sampingan tidak berlaku serta merta, dan mungkin hanya muncul selepas suatu jangka masa.

Jangan abaikan, laporkan! ✅

Ada juga kesan sampingan yang mungkin berlaku selepas anda berhenti mengambil ubat, menukar dos atau mula mengambil lebih daripada satu jenis ubat.

Tidak kira sama ada kesan sampingan berlaku dengan cepat atau hanya muncul selepas tempoh yang lebih lama, jangan abaikannya – laporkan kepada NPRA

👉 Laporkan sebagai pengguna melalui laman web npra.gov.my [Consumers Reporting Side Effects to Medicines (ConSERF) or Vaccines (AEFI)].

💙 Setiap laporan yang diterima oleh NPRA amat penting dalam usaha mengekalkan keselamatan ubat dan pesakit, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.







📢💉 DAPATKAN VAKSIN INFLUENZA SEKARANG! 🛡️❤️👵🏻👴🏻 Lindungi Diri, Lindungi Keluarga!Jom dapatkan suntikan Vaksin Influenza ...
02/11/2026

📢💉 DAPATKAN VAKSIN INFLUENZA SEKARANG! 🛡️❤️

👵🏻👴🏻 Lindungi Diri, Lindungi Keluarga!

Jom dapatkan suntikan Vaksin Influenza di Klinik Kesihatan Pasir Gudang (KKPG)! 🏥✨

🎯 SIAPA YANG LAYAK?
👨🏻 Dewasa 50–59 tahun dengan komorbiditi — 💰 RM6
👵🏻 Warga emas 60 tahun ke atas, dengan atau tanpa komorbiditi — 💰 RM5
🎖️ Pesara (50-59 tahun dengan komorbiditi) — 💰 RM5

💉 CARA MENDAPATKAN VAKSIN
🚶‍♀️🚶‍♂️ Walk-in terus ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang!

📣 Ayuh, sebarkan maklumat ini kepada ibu bapa, ahli keluarga dan jiran tetangga agar lebih ramai mendapat manfaat! 👨‍👩‍👧‍👦🤝

🛡️ Dapatkan vaksin sekarang! Lindungi diri, kekal sihat lebih lama! ❤️✨

02/11/2026

💊 Terdapat pelbagai jenis kesan sampingan ubat. Jangan abaikan, laporkan! ✅

Sesetengah kesan sampingan mungkin kelihatan seperti tanda-tanda (symptom) yang biasa, seperti sakit kepala atau ruam, manakala sesetengah yang lain mungkin lebih serius. Ada yang mudah dikenal pasti, tetapi ada juga yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Jika sesuatu simptom itu baharu, luar biasa, berterusan, atau bermula selepas anda mula mengambil, menukar dos atau menghentikan sesuatu ubat, jangan abaikannya.

📢 Jika anda ingin melaporkan kesan sampingan yang disyaki berkaitan dengan penggunaan ubat, anda boleh:

👉 Berbincang dengan anggota kesihatan, atau
👉 kepada NPRA sebagai anggota kesihatan atau pengguna melalui 🌐 www.npra.gov.my







30/10/2026

⏱️ 2026 hampir tiba. Jom sertai kami!
Keselamatan ubat adalah tanggungjawab kita bersama. 💙
Semua orang boleh menyertai kempen ini — sama ada sebagai anggota kesihatan, fasiliti kesihatan, ahli akademik, agensi regulatori ataupun orang awam.
Jom sama-sama sebarkan kesedaran tentang kepentingan melaporkan kesan sampingan yang disyaki. Setiap laporan menyumbang kepada penggunaan ubat yang lebih selamat untuk semua. 💊🛡️
📢 Jom sama-sama sebarkan kesedaran!
Kongsikan hantaran kami atau dapatkan bahan kempen seperti animasi dan bahan media sosial di:
🔗 WHO-UMC Assets : https://who-umc.org/medsafetyweek-assets/
🔗 Laman NPRA : https://www.npra.gov.my/.../health.../medsafetyweek.html




📆 Jom sertai kami minggu hadapan untuk menjayakan kempen  !🌎 130 negara berganding bahu untuk menyebarkan kesedaran tent...
26/10/2026

📆 Jom sertai kami minggu hadapan untuk menjayakan kempen !
🌎 130 negara berganding bahu untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan melaporkan kesan sampingan yang disyaki disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan.
💙 Bersama-sama kita jadikan ubat lebih selamat untuk semua.
Ketahui cara untuk kepada NPRA —
👉 sebagai anggota kesihatan, atau
👉 sebagai pengguna
melalui 🌐 www.npra.gov.my
📌 Pengguna digalakkan berbincang terlebih dahulu dengan anggota kesihatan mengenai kesan sampingan yang dialami sebelum membuat laporan kepada NPRA.




💊 UBAT SEBELUM ATAU SELEPAS MAKAN? 🤔🍽️ UBAT & MAKANAN: KAWAN ATAU LAWAN?Ramai yang masih keliru… bila waktu yang betul u...
08/10/2026

💊 UBAT SEBELUM ATAU SELEPAS MAKAN? 🤔
🍽️ UBAT & MAKANAN: KAWAN ATAU LAWAN?

Ramai yang masih keliru… bila waktu yang betul untuk mengambil ubat? ⏰

Nampak macam perkara kecil, tetapi waktu dan cara pengambilan ubat yang betul sangat penting untuk memastikan ubat bertindak dengan lebih berkesan serta mengurangkan risiko kesan sampingan. 💊✨

📌 Jom kenali perbezaannya:

👉 SEBELUM MAKAN
Biasanya merujuk kepada 30 minit sebelum makan atau 2 jam selepas makan bagi ubat yang diarahkan diambil ketika perut kosong.

👉 SELEPAS MAKAN
Biasanya diambil sejurus selepas selesai makan, terutamanya bagi sesetengah ubat yang boleh menyebabkan iritasi perut.

👉 BERSAMA MAKANAN
Sesetengah ubat perlu diambil bersama makanan untuk membantu penyerapan ubat atau mengurangkan ketidakselesaan pada perut.

💡 Jangan main agak-agak waktu makan ubat!
Sentiasa baca label ubat dan ikut arahan doktor atau ahli farmasi. Jangan ubah waktu atau dos pengambilan ubat tanpa mendapatkan nasihat profesional kesihatan.

❤️ Ingat! Pengambilan ubat yang betul = rawatan lebih selamat & berkesan.

📲 LIKE 👍 & SHARE 🔄 posting ini supaya lebih ramai tahu cara pengambilan ubat yang betul!

💊 JOM KENALI UBAT ANDA! ✨




💊 ALAHAN UBAT? JANGAN AMBIL MUDAH!KENALI • INGAT • BAWA KAD ALAHAN🚨 GATAL? RUAM? BENGKAK? SESAK NAFAS?Ini mungkin tanda ...
10/08/2026

💊 ALAHAN UBAT? JANGAN AMBIL MUDAH!

KENALI • INGAT • BAWA KAD ALAHAN

🚨 GATAL? RUAM? BENGKAK? SESAK NAFAS?
Ini mungkin tanda ALAHAN UBAT.

💳 ADA KAD ALAHAN UBAT? BAWA KE MANA-MANA!
Tunjukkan kepada doktor, doktor gigi, ahli farmasi, jururawat atau anggota kesihatan sebelum menerima rawatan atau ubat.

❤️ KENAPA KAD ALAHAN UBAT PENTING?
✅ Membantu anggota kesihatan mengenal pasti alahan anda
✅ Mengelakkan pengambilan ubat yang menyebabkan alahan berulang

INGAT 3B!

💳 BAWA kad alahan Ubat
🗣️ BERITAHU anggota kesihatan
💊 BERHATI-HATI sebelum mengambil ubat

KAD ALAHAN UBAT BUKAN SEKADAR KAD.
IA ADALAH PELINDUNG ANDA! ❤️

💊 JOM KENALI ALAHAN UBAT, JOM LINDUNGI DIRI!


🦠 JANGAN BIARKAN KUDIS BUTA BERPESTA DI KULIT ANDA!Tahukah anda cara penggunaan Losyen Emulsion Benzyl Benzoate (EBB) ya...
27/07/2026

🦠 JANGAN BIARKAN KUDIS BUTA BERPESTA DI KULIT ANDA!

Tahukah anda cara penggunaan Losyen Emulsion Benzyl Benzoate (EBB) yang betul?

👉 Mandi dengan sabun & keringkan badan sebelum sapuan.
👉 Sapu seluruh badan dari leher hingga tapak kaki, termasuk celah jari, ketiak & kawasan kemaluan luar.
*Jangan sapu pada muka, mata atau luka terbuka.*
👉 Biarkan selama 24 jam, kemudian mandi dan bilas sebelum sapuan seterusnya mengikut arahan yang diberikan.

⚠️ PENTING!
👨‍👩‍👧‍👦 Rawat *semua ahli serumah secara serentak*, walaupun tiada gejala.
🧺 Basuh pakaian & cadar dengan air panas >60°C atau simpan dalam beg plastik kedap udara selama 2 minggu.
🔥 Rasa panas/pedih ringan mungkin berlaku sementara saja. Jika pedih teruk atau berlaku iritasi, dapatkan nasihat doktor.

❤️ Jangan lupa Like & Share!
Sebarkan info ini supaya lebih ramai tahu cara penggunaan EBB yang betul.



🚨 KECANTIKAN ATAU KESIHATAN? SEMAK SEBELUM BELI! 🚨Jangan gadaikan kesihatan kulit demi kesan segera. Produk kosmetik yan...
05/07/2026

🚨 KECANTIKAN ATAU KESIHATAN? SEMAK SEBELUM BELI! 🚨

Jangan gadaikan kesihatan kulit demi kesan segera. Produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang seperti Merkuri dan Hidrokuinon boleh merosakkan kulit secara kekal!

Pastikan produk kosmetik anda mempunyai kelulusan notifikasi daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

🔍 Cara Mudah Semak Status Kosmetik:
Laman Sesawang: Layari www.npra.gov.my
Label Produk: Pastikan ada senarai bahan (ingredients) dan tarikh luput yang jelas.

💡 Jadilah pengguna yang bijak. Sebarkan pesanan dan poster ini kepada keluarga serta rakan-rakan demi keselamatan bersama! ❤️

🚨 SIAP SIAGA: URUS UBAT KETIKA BANJIR! 🌊💊Rumah anda berisiko banjir? Jangan panik, pastikan ubat-ubatan anda terselamat ...
12/06/2026

🚨 SIAP SIAGA: URUS UBAT KETIKA BANJIR! 🌊💊

Rumah anda berisiko banjir? Jangan panik, pastikan ubat-ubatan anda terselamat dengan langkah mudah ini! 👇

📦 1. SEBELUM BANJIR (Sedia Awal)

Simpan ubat kronik & kit kecemasan di tempat tinggi & mudah dicapai.

Pastikan stok ubat mencukupi.

Simpan dokumen ubat dalam beg kalis air atau tangkap gambar.

🎒 2. SEMASA BANJIR (Evakuasi)

Bawa ubat & dokumen dalam beg kalis air.

Simpan insulin (belum dibuka) dalam icebox berisi ais.

Jangan kongsi ubat & makan ikut dos yang betul.

🏥 3. SELEPAS BANJIR (Pemulihan)

Lupuskan ubat yang terendam/tercemar air banjir.

Bawa rekod ubat ke klinik/hospital terdekat untuk ubat gantian.

⚠️ DAPATKAN RAWATAN SEGERA JIKA:
Ubat habis/rosak, atau mengalami cirit-birit, muntah, demam tinggi, mata menguning, atau luka objek tajam.

Sila share demi keselamatan komuniti kita! ❤️

Address

Johor Bahru
81700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasir Gudang Clinic 2022 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share