Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Call Directions Website

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Health Informations in Johor

02/11/2026
TAHNIAH ATAS PELANTIKAN !!Seluruh warga kerja Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) merakamkan setinggi-tinggi uc...
02/11/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN !!

Seluruh warga kerja Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Encik Mohammed Nadzri bin Mohd Yatim atas pelantikan sebagai Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru berkuat kuasa pada 2 November 2026.

Semoga dengan pelantikan ini, HSAJB akan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Selamat menjalankan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi!

02/11/2026

📣 bermula hari ini!

Terdapat pelbagai jenis kesan sampingan ubat yang boleh berlaku. Walau apa jua bentuk atau bagaimana ia berlaku, jangan abaikan kesan sampingan.

🔎 Ketahui cara mengenal pasti kesan sampingan dan cara melaporkannya kepada anggota kesihatan atau layari 🌐 www.npra.gov.my untuk ubat anda hari ini!

💙 Jangan abaikan. Laporkan. Bersama-sama kita jadikan ubat lebih selamat untuk semua.






01/11/2026

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) atas dedikasi, komitmen dan sumbangan yang tidak ternilai dalam memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan kesihatan negara.

Setiap sentuhan dan khidmat yang diberikan mencerminkan keprihatinan serta nilai kemanusiaan dalam penjagaan pesakit.

Terima kasih kerana sentiasa menjadi sebahagian daripada kekuatan sistem kesihatan negara.

Jasa dan bakti anda amat dihargai!

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia

30/10/2026

LATIHAN BENCANA DALAMAN (KEBAKARAN) | HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU (HSAJB) | 29 OKTOBER 2026

Jabatan Perubatan dan Kesihatan Pekerjaan ( HSAJB) telah melaksanakan Sesi Latihan Bencana di Bangunan Jabatan Dietetik dan Sajian.

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta memastikan semua warga hospital sentiasa peka dan bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan insiden kebakaran.

Pihak hospital merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat serta memberikan kerjasama sepanjang sesi latihan berlangsung.

SALAM JUMAATHargailah kebaikan walau sekecil manapun. Zahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada mereka yang telah mem...
30/10/2026

SALAM JUMAAT

Hargailah kebaikan walau sekecil manapun. Zahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada mereka yang telah memudahkan urusan kita hari ini ✨

PEMAKLUMANOrang ramai yang berada di kawasan terlibat diminta untuk memberikan kerjasama dan mematuhi langkah keselamata...
29/10/2026

PEMAKLUMAN

Orang ramai yang berada di kawasan terlibat diminta untuk memberikan kerjasama dan mematuhi langkah keselamatan yang diarahkan oleh pihak keselamatan dan pasukan bomba.


PEMAKLUMANTempoh ubah hala bagi kes-kes kategori Zon Kuning yang disaring di kaunter Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) ...
26/10/2026

PEMAKLUMAN

Tempoh ubah hala bagi kes-kes kategori Zon Kuning yang disaring di kaunter Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) HSAJB dilanjutkan pada 26 Oktober 2026 (Isnin) sehingga jam 10 malam berikutan peningkatan bilangan pesakit di Zon Semi Kritikal dan Kritikal JKT.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

📆 Jom sertai kami minggu hadapan untuk menjayakan kempen  !🌎 130 negara berganding bahu untuk menyebarkan kesedaran tent...
26/10/2026

📆 Jom sertai kami minggu hadapan untuk menjayakan kempen !

🌎 130 negara berganding bahu untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan melaporkan kesan sampingan yang disyaki disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan.

💙 Bersama-sama kita jadikan ubat lebih selamat untuk semua.

Ketahui cara untuk kepada NPRA —
👉 sebagai anggota kesihatan, atau
👉 sebagai pengguna

melalui 🌐 www.npra.gov.my

📌 Pengguna digalakkan berbincang terlebih dahulu dengan anggota kesihatan mengenai kesan sampingan yang dialami sebelum membuat laporan kepada NPRA.



PEMAKLUMANKes-kes kategori Zon Kuning yang disaring di kaunter Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) HSAJB akan diubah hala...
26/10/2026

PEMAKLUMAN

Kes-kes kategori Zon Kuning yang disaring di kaunter Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) HSAJB akan diubah hala (divert) ke fasiliti kesihatan berdekatan pada 26 Oktober 2026 (Isnin) bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang berikutan peningkatan bilangan pesakit di Zon Semi Kritikal dan Kritikal JKT.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Address

Jalan ABU BAKAR SULTAN
Johor Bahru
80100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Nearby government services