Balai Bomba Dan Penyelamat Kempas

Balai Bomba Dan Penyelamat Kempas

Share

Balai Bomba & Penyelamat Kempas Merupakan Balai Kategori C Yang Terletak Di Jalan Permatang 1, Kempas

Photos from Balai Bomba Dan Penyelamat Kempas's post 19/05/2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
"SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SEJAHTERA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA"

BBP KEMPAS ALPHA CREW
TARIKH : 13/05/2026 RABU
MASA : 0900-1300
AKTIVITI : PAMERAN S.T.E.M SMK SRI RAHMAT

🔥 PAMERAN PERALATAN KEBOMBAAN DI DI SMK SRI RAHMAT 🔥

Satu sesi pameran dan pendidikan kebombaan telah diadakan di SMK Sri Rahmat bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai aspek keselamatan kebakaran, penggunaan alat pemadam api serta tindakan yang betul ketika menghadapi kecemasan.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga sekolah tentang pentingnya budaya keselamatan demi melahirkan masyarakat yang lebih peka dan bersedia menghadapi sebarang insiden kebakaran.

Terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. 🚒👨‍🚒📚

“Pencegahan Kebakaran Tanggungjawab Bersama”





16/05/2026

📚 SELAMAT HARI GURU 2026 📚

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan serta dedikasi dalam mendidik dan membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berwawasan.

Sesungguhnya guru merupakan insan yang menjadi tunjang kecemerlangan pendidikan serta pencorak masa depan negara.

✨ “Ilmu Suluh Hidup, Budi Bina Generasi”✨

Ikhlas daripada ;
🚒 Warga Balai Bomba dan Penyelamat Kempas
"Siap Sedia Setiap Masa"




Photos from KPKT Malaysia's post 10/05/2026

SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026

Photos from Balai Bomba Dan Penyelamat Kempas's post 04/05/2026

𝗔𝗦𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠𝗨𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗨𝗠, 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔, 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗠𝗕𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔, 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜, 𝗖𝗘𝗣𝗔𝗧 & 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔.

04/05/2026 (ISNIN)

KITS INSPECTION & BACAAN YASSIN

Aktiviti yang dijalankan
1)Nyanyian Lagu Johor, Negaraku dan Siap Sedia Setiap Masa

2)Pemeriksaan Baris dan PPE oleh Ketua Balai PPgB MUHAMMAD TAUFIQ BIN ATAN

3) BACAAAN YASSIN

Sekian Terima Kasih

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Balai Bomba Dan Penyelamat Kempas

02/05/2026

JOM MERIAHKAN KARNIVAL SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA TAHUN 2026

Sambutan Hari Anggota Bomba 2026 kini kembali dengan Family Safety Day & Fun Games yang penuh aksi dan ilmu!

📅 9 – 10 Mei 2026
📍 Padang Akasia (A), Angsana Johor Bahru Mall

👨‍🚒 Aktiviti menarik menanti anda:
✅ Demo & pengalaman jadi bomba
✅ Permainan keselamatan untuk kanak-kanak
✅ Kuiz & hadiah menarik
✅ Pameran & pertolongan cemas

👨‍👩‍👧‍👦 Sesuai untuk seisi keluarga!
Datang, belajar dan rasai sendiri pengalaman bersama wira negara!

👉 Jom bawa keluarga – Belajar, Bermain & Kekal Selamat!



KPKT Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Onn Hafiz Ghazi
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

30/04/2026

🚒🔥 **WARGA JOHOR BAHRU, ANDA DIJEMPUT HADIR!** 🔥🚒

Jom beramai-ramai memeriahkan sambutan **Hari Anggota Bomba Sedunia** pada **9 & 10 Mei 2026** bertempat di **Angsana Johor Bahru Mall**! 🎉

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga! Antaranya:

✨ **Pertunjukan khas anggota bomba**
✨ **Pameran aset & jentera bomba**
✨ **Demonstrasi menyelamat & kecemasan**
✨ **Booth pameran & aktiviti interaktif**
✨ **Cabutan bertuah & hadiah menarik**

🏃‍♂️🔥 Dan yang PALING DITUNGGU…

**LARIAN BERSAMA BOMBA 2026 – Run To Save Lives!**
Inilah peluang anda untuk **berlari bersama abang-abang bomba** 💪🚒 sambil merasai sendiri semangat wira negara!

🎁 **HADIAH CABUTAN BERTUAH BERNILAI RM100,000 MENANTI!**
Kereta 🚗 | Motorsikal 🏍 | Tiket Penerbangan ✈ | Voucher Percutian 🏖 | E-Scooter 🛴 dan banyak lagi!

Jangan lepaskan peluang untuk hadir, berhibur, belajar dan cipta kenangan bersama keluarga!

📍 **9 & 10 Mei 2026**
📍 **Angsana Johor Bahru Mall**

**Jumpa anda di sana!** ❤️🚒






Photos from Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor's post 22/04/2026
Photos from Balai Bomba Dan Penyelamat Kempas's post 22/04/2026

Warga BBP Kempas menzahirkan ucapan setinggi tinggi tahniah diucapkan kepada PB Mazlan Bin Masili , PB Azra Rahimi Bin Mohamad Salihin & PB Suziman Bin Lukman atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 serta PBB Mohamad Syahmi Bin Hezam atas penganugerahan Sijil Perkhidmatan Terpuji Pegawai Bomba Bantuan (PBB).

Pengiktirafan ini adalah hasil dedikasi, komitmen dan semangat juang yang tinggi dalam menjalankan amanah sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pasukan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Syabas dan terus cemerlang! 🔥🚒




20/04/2026

Adakah anda bersedia untuk cabaran penuh semangat bersama wira merah? 💪🚒

Larian Bersama Bomba – “Run To Save Lives” 2026 kini membuka pendaftaran secara ONLINE kepada orang ramai!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara larian yang bakal menghimpunkan ribuan peserta dalam suasana penuh semangat kesukanan bersama anggota bomba dan komuniti.

🏃‍♂️ Daftar sekarang melalui link rasmi:
👉 https://www.heyjom.com/event/larian-bersama-bomba-2026

⚠️ Penyertaan adalah TERHAD, siapa cepat dia dapat!

Jom ajak kawan-kawan, keluarga dan geng larian anda untuk sama-sama memeriahkan Larian Bersama Bomba 2026!

🔥 Run To Save Lives – Run With Heroes! 🚒

KPKT Malaysia
MEDIA DIGITAL JOHOR
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Jabatan Penerangan Negeri Johor

Want your business to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Balai Bomba Dan Penyelamat Kempas
Johor Bahru
81200