18/10/2026
🏆🇲🇾 MELANGKAH KE PERSADA KEBANGSAAN! 🤖
Warga SK Kampung Sawai merakamkan ucapan tahniah dan selamat berjuang kepada guru pembimbing, Cikgu Mohd Firdhauz bin Senan, serta murid, Aidden Duan Anak Austin dan Awangku Shahrul Harith bin Awang Mohd Halif, yang akan mewakili sekolah dalam Pertandingan Robot Battle Challenge Peringkat Kebangsaan sempena Karnival STEM Kebangsaan 2026.
Pertandingan ini akan berlangsung pada 19 hingga 22 Oktober 2026 di Pearl Kuala Lumpur Hotel.
Semoga pasukan SK Kampung Sawai terus bersemangat, yakin dan bekerjasama dalam menghadapi cabaran. Seluruh warga sekolah mendoakan agar perjalanan dipermudahkan serta memperoleh kejayaan yang membanggakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Ahmad Johnie bin Zawawi atas kata-kata semangat dan sumbangan yang disampaikan sebelum keberangkatan. Terima kasih juga kepada Guru Besar SK Kampung Sawai yang hadir memberikan sokongan dan mengiringi pasukan di lapangan terbang.
SK Kampung Sawai — Kecil pada bilangan, besar pada impian!