Pusat Sebaran Maklumat Nasional -NADI Jeli

Directions Website

Pusat Sebaran Maklumat Nasional -NADI Jeli BEROPERASI SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM
9.00 Pagi - 6.00 Petang
Rehat 1.00- 2.00 Petang (Sabtu-Khamis)
Rehat 12.30 - 2.30 Petang (Jumaat)
01162965542

28/10/2026
📢 HUJUNG MINGGU NI, JOM PAKAT MARI KE KARNIVAL KOMUNITI KEMPEN INTERNET SELAMAT DAERAH JELI!Jangan lepaskan peluang meng...
28/10/2026

📢 HUJUNG MINGGU NI, JOM PAKAT MARI KE KARNIVAL KOMUNITI KEMPEN INTERNET SELAMAT DAERAH JELI!

Jangan lepaskan peluang menghadiri Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat 2026 yang penuh dengan aktiviti, hiburan dan pelbagai manfaat untuk seisi keluarga.

🗓️ 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi - 1.30 petang
📍 Dewan Majlis Daerah Jeli

🎤 Penampilan khas Irfan Mutiara Biru & Adam ZBP

🎁 Antara tarikan menarik:
* 500 kad SIM percuma daripada CelcomDigi
* ⁠100 unit topi untuk pendaftaran Wira Internet Selamat
* ⁠Semakan dan pendaftaran eKasih oleh ICU JPM
* ⁠Kaunter Bergerak Tabung Haji
* ⁠Pendaftaran perniagaan percuma oleh SSM untuk golongan yang layak
* ⁠Pemeriksaan Kesihatan
* ⁠Proton Roadshow, Test Drive & promosi istimewa
* ⁠Senamrobik, sukaneka, kuiz, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah

Ada hiburan, ada hadiah, ada ilmu, ada manfaat. Bawa keluarga, ajak rakan-rakan dan jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada kemeriahan ini!

Jumpa anda di Dewan Majlis Daerah Jeli, Jeli.

27/10/2026

Jom sokong hasil kerja peserta MAHIR PROMPT ENGINEER. Like dan Share anda amat dihargai.

27/10/2026

📢 PENDAFTARAN EDUTIPS SIRI 4 KINI DIBUKA!

Siri video pendek Program Khas Pendidikan NADI Tuisyen Rakyat kini kembali dengan topik yang lebih menarik: Teknik Feynman.

Pernah tak bila masuk dewan peperiksaan, tiba-tiba otak jadi 'blank'? Ubah cara belajar anda hari ini daripada sekadar menghafal buta kepada benar-benar faham konsep supaya ingatan kekal jauh lebih lama!

📅 Tarikh Tayangan: 26-31 Oktober 2026 (waktu fleksibel)
⏰ Format: Siri video pendek
💵 Yuran: PERCUMA di NADI berdekatan anda
👥 Sasaran: Terbuka kepada semua peringkat umur

💡 Antara isi penting menarik dalam Siri 4:
* Punca Minda Kosong: Memahami kenapa fikiran mudah 'blank' semasa peperiksaan dan mengapa menghafal tanpa kefahaman konsep merugikan anda.
* Langkah Pantas Teknik Feynman: praktikal belajar berkumpulan
* Aplikasi Analogi Kreatif: Contoh mudah menguasai subjek Sejarah.
* Kelebihan Belajar Berkumpulan: Mewujudkan situasi menang-menang, mengelakkan keletihan minda (otak lesu dan mengantuk), serta saling melengkapi kefahaman antara rakan.

📌 Panduan langkah penyertaan:

1. Layari LMS NADI Tuisyen Rakyat di dilea.nadi.my.
2. Pilih course Edutips (di bawah kategori Special Education Programme).
3. Tonton siri video EduTips Siri 4.
4. Tanda kehadiran anda melalui NES dan LMS.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan NADI berdekatan anda.

🎓 Daftar sekarang & revolusikan cara belajar anda hari ini!

27/10/2026
25/10/2026

Jomm...download SaveME 999

Webinar NADI x Cybersecurity :📌 Tajuk:SMARTPHONE TRACKING & LOCATION LEAK: TELEFON ANDA TERLALU BANYAK BERKONGSI📅 Tarikh...
22/10/2026

Webinar NADI x Cybersecurity :

📌 Tajuk:
SMARTPHONE TRACKING & LOCATION LEAK: TELEFON ANDA TERLALU BANYAK BERKONGSI

📅 Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 3.00 petang – 4.30 petang
💻 Platform: Atas Talian

🎯 Apa yang anda akan pelajari?
✅ Mengenali cara telefon pintar menjejak lokasi anda
✅ Memahami risiko kebocoran maklumat lokasi
✅ Mempelajari cara melindungi privasi dan keselamatan digital
✅ Mengetahui tip keselamatan penggunaan telefon pintar dalam kehidupan seharian

👥 Terbuka kepada: Pelajar, ibu bapa dan orang dewasa.

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan anda tentang keselamatan siber! 🔒

📲 Jom sertai webinar ini di NADI

Terima kasih atas sokongan dan penyertaan anda.

22/10/2026

Uhuk-uhuk! 🥴🌫️

Jerebu boleh mengaburi penglihatan, jangan sampai scammer mengaburi mata dan fikiran anda!

Jangan mudah percaya. Semak sebelum klik dan lindungi maklumat peribadi anda.

Ragu-ragu? Layari Sebenarnya.my dan gunakan chatbot AIFA untuk menyemak kesahihan maklumat sebelum percaya atau berkongsi.

Jika menjadi mangsa penipuan kewangan dalam talian, hubungi 997 Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Jaga kesihatan, lindungi diri daripada scammer!

22/10/2026

Address

Kampung Jeli

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional -NADI Jeli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services