Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau

Directions

Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau atau ringkasnya DPPKA merupakan salah satu sayap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Arau, Perlis.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَDengan penuh rasa dukacita, Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau merakamkan ucapan t...
31/10/2026

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dengan penuh rasa dukacita, Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah YB Wan Badariah Binti Wan Saad, ADUN Mata Ayer, yang telah kembali kerahmatullah pada hari ini, 31 Oktober 2026 bersamaan 20 Jamadilawal 1448H.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan yang amat dirasai dan besar, khususnya buat keluarga, sahabat handai, serta seluruh masyarakat yang mengenali dan berurusan dengan beliau.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepadaNya. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya, dan menempatkan rohnya dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang berat ini.

‎ الفاتحة

Salam takziah daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau

📢 MEMOHON SUMBANGAN/TAJAAN UNTUK MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI 2026▪️Online Banking💳 2005 2010 0006 2909🏦 AGROBANK ▪️ Q...
13/10/2026

📢 MEMOHON SUMBANGAN/TAJAAN UNTUK MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI 2026

▪️Online Banking
💳 2005 2010 0006 2909
🏦 AGROBANK

▪️ QR Code (seperti dilampirkan)

Walaupun kecil amaunnya, besar manfaatnya pada anak-anak🙏🏻
Semoga Allah membalas segala kebaikan dan melimpahkan rezeki buat semua 🌱

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh rasa dukacita dan hiba, Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau merakamkan...
29/09/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita dan hiba, Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau merakamkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Cikgu Hakimah Binti Zambri, Guru PASTI Al-Huda, Pauh Putra yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi.

Sesungguhnya pemergian Cikgu Hakimah merupakan satu kehilangan yang amat dirasai. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa, menerima segala amal kebajikan beliau, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga segala jasa dan bakti Allahyarhamah sebagai guru PASTI menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.

Salam Takziah daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau.

‎الفاتحة

إنا لله وإنا إليه راجعونDengan penuh dukacita, dimaklumkan bahawa telah kembali ke rahmatullah seorang guru PASTI Negeri...
29/09/2026

إنا لله وإنا إليه راجعون
Dengan penuh dukacita, dimaklumkan bahawa telah kembali ke rahmatullah seorang guru PASTI Negeri Perlis, Allahyarhamah Hakimah binti Zambri, Cikgu PASTI Al Huda, yang telah pergi menghadap Ilahi akibat kemalangan jalan raya.

Perginya seorang sahabat dan teman seperjuangan meninggalkan seribu kenangan yang tidak akan pernah dilupakan. Kehilangan ini amat dirasai oleh seluruh warga PASTI Negeri Perlis.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa, menerima segala amal solehnya, melapangkan dan menerangi alam kuburnya serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang solehah.

Al-Fatihah. 🤍

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak hebat PASTI Kawasan Arau yang telah mengambil bahagian dala...
28/09/2026

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak hebat PASTI Kawasan Arau yang telah mengambil bahagian dalam Alam Ria PASTI Peringkat Negeri Perlis 2026.

Dengan semangat, keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan, anak-anak PASTI Kawasan Arau telah mengharumkan nama kawasan dengan pencapaian yang membanggakan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI Peringkat Negeri Perlis 2026.

Kejayaan ini pastinya hasil daripada usaha gigih anak-anak, bimbingan para guru, dan sokongan ibu bapa yang sentiasa memberikan dorongan kepada anak-anak PASTI.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga PASTI Kawasan Arau! Anda semua hebat!

Ziarah Prihatin Dewan Pemuda PAS Kawasan ArauAlhamdulillah, baru-baru ini Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau telah menziarahi...
28/09/2026

Ziarah Prihatin Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau

Alhamdulillah, baru-baru ini Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau telah menziarahi adik Mohd Ilman Muaz, yang sedang diuji dengan masalah kesihatan biliary atresia dan memerlukan rawatan pemindahan hati (liver transplantation).

DPPK Arau diwakili oleh Timbalan Ketua Pemuda, Najmie Ahmad, Bendahari, Nazmi Adznan, Pengarah Lajnah Kebajikan, Mohd Faiz dan Pengarah DACS Arau, Saiful Akmar, turut meluangkan masa bertanya khabar serta memberikan sokongan moral kepada adik Mohd Ilman Muaz dan keluarganya dalam menghadapi ujian ini.

Dalam kesempatan tersebut, DPPK Arau turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga adik Mohd Ilman Muaz sebagai tanda prihatin dan solidariti. Turut disampaikan sumbangan daripada Ahli Parlimen Arau merangkap AJK PAS Pusat, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim sebagai tanda keprihatinan terhadap keadaan yang dihadapi oleh keluarga.

Marilah kita bersama sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan kesabaran buat adik Mohd Ilman Muaz serta keluarganya.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin 🤲

Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau turut merasa hiba atas pemergian beliau.Semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang...
28/09/2026

Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau turut merasa hiba atas pemergian beliau.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang beriman. Semoga jasa beliau diangkat sebagai amalan baik serta diampunkan dosa kesalahannya.



24/09/2026

Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda PAS DUN Guar Sanji & Santai BBQ Anak Muda | 23 September 2026 | Rabu

23 September 2026 | RabuAlhamdulillah, malam tadi telah berlangsung dengan penuh meriah Pelancaran Jentera Pilihan Raya ...
24/09/2026

23 September 2026 | Rabu

Alhamdulillah, malam tadi telah berlangsung dengan penuh meriah Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda PAS DUN Guar Sanji & Santai BBQ Anak Muda anjuran Pemuda Pas Guar Sanji & Dewan Pemuda Pas Kawasan Arau bertempat di Surau Haji Salleh, Markas PAS Cawangan Jelempok.

Majlis telah disempurnakan dengan perasmian oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, YB Tuan Haziq Asyraf. Turut hadir bersama Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, saudara Burhan, serta Pengarah JPrD Guar Sanji, Ustaz Fuad Hashim.

Program ini bukan sahaja menjadi medan untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan jentera Pemuda PAS DUN Guar Sanji, malah turut menjadi ruang mengeratkan ukhuwah dan menyantuni anak-anak muda dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda DUN Guar Sanji, Zuhai Hazmi, Timbalan Ketua Pemuda DUN Guar Sanji, Saiful Akmar, serta seluruh urusetia dan semua yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan usaha dalam menjayakan program ini.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan, semangat anak muda terus disuburkan dan seluruh jentera Pemuda PAS DUN Guar Sanji terus istiqamah dalam melaksanakan amanah serta khidmat kepada masyarakat.

PENDAFTARAN MURID PASTI KAWASAN ARAU SESI 2027 KINI DIBUKA...Untuk Anak-anak Yang Berumur 4,5 Dan 6 Tahun Sila Daftarkan...
17/09/2026

PENDAFTARAN MURID PASTI KAWASAN ARAU SESI 2027 KINI DIBUKA...

Untuk Anak-anak Yang Berumur 4,5 Dan 6 Tahun

Sila Daftarkan Segera Anak-anak Anda Di PASTI Yang Berdekatan :-

1) PASTI AL-HUDA
(Pauh Putra)
http://wasap.my/60145220393

2) PASTI Al-FURQAN
(Taman Pauh Indah)
http://wasap.my/60108153994
http://wasap.my/60194641141

3) PASTI NAFISATUL ILMI
(Taman Seri Wang)
http://wasap.my/60149471077
http://wasap.my/60138766463

4) PASTI AL-FAJAR
(Batas Liku- Padang Nyu)
Berdekatan UITM Arau
http://wasap.my/60192039093

5) PASTI WARDATUL JANNAH
(Kampung Sentua,Utan Aji)
http://wasap.my/60175518756

6) PASTI DARUL HIKMAH
(Kompleks Pendidikan MADI,Jejawi Dalam)
http://wasap.my/60134215277
http://wasap.my/60199560497

7) PASTI NURUL HIDAYAH
(Kampung Chantek Bangun)
http://wasap.my/60175692913
http://wasap.my/60194806763

8) PASTI AL-KHAIRIAH
(Kampung Mua - Chemumar)
http://wasap.my/60142553463
http://wasap.my/601118701679

9) PASTI AL-MAHMUDIAH
(Kampung Sena Guar Sanji)
http://wasap.my/60195280825
http://wasap.my/60174889791

10) PASTI BILAL
(Kampung Hutan Kandis)
http://wasap.my/60195432081
http://wasap.my/601113121043

11) PASTI AL-FATEH
(Behor Mali)
http://wasap.my/60167455303

12) PASTI AL- HASANAH
(Sungai Baru,Simpang 4)
http://wasap.my/60184697325
http://wasap.my/60125384373

13) PASTI LUQMANUL HAKIM
(Kuala Sungai Padang)
http://wasap.my/60163150409

14) PASTI DARUL HIDAYAH
(Pauh 3 Beradik)
http://wasap.my/60109244062
http://wasap.my/60134210098

15) PASTI UMAR AL-KHATTAB
(Kampung Rama)
http://wasap.my/60195777537
http://wasap.my/601113176191

Address

Kampung Sentua

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services