Pejabat RISDA Daerah Keningau

Directions

Pejabat RISDA Daerah Keningau Membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan keusahawanan.

📆 SELASA | 27 OKTOBER 2026📍 BILIK MESYUARAT PEJABAT RISDA DAERAH KENINGAU✨𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋. 𝟗 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏...
27/10/2026

📆 SELASA | 27 OKTOBER 2026
📍 BILIK MESYUARAT PEJABAT RISDA DAERAH KENINGAU

✨𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋. 𝟗 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐀𝐔 ✨

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 9 Tahun 2026 yang telah disempurnakan oleh En Azulamza Peter M, Pegawai RISDA Daerah Keningau telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh kemesraan dan semangat kebersamaan.

Antara pengisian majlis :
🔹 Penyampaian ucapan amanat oleh Pegawai RISDA Daerah Keningau.
🔹 Penyampaian sumbangan sempena kelahiran cahaya mata baharu.
🔹 Penyampaian sijil penghargaan kepada kumpulan inovasi dan KIK PRD Keningau.
🔹 Penyampaian Anugerah Kakitangan PRD Keningau Tahun 2026 yang merangkumi:
🏆 Anugerah Berintegriti dan Disiplin Tinggi
🏆 Anugerah Semangat Kerja Berpasukan
🏆 Anugerah Wira di Sebalik Tabir
🏆 Anugerah Khidmat Mesra dan Prihatin

✨Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada En. Azulamza Peter M., Pegawai RISDA Daerah Keningau, atas kelahiran cahaya mata baharu. Semoga kehadiran permata hati ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan keceriaan kepada seluruh keluarga. 💐

✨Syabas dan tahniah diucapkan kepada kumpulan inovasi dan KIK Pejabat RISDA Daerah Keningau, iaitu Kumpulan NEXA, Kumpulan LATRIX dan Kumpulan INNOGRO, atas usaha, komitmen serta kreativiti yang ditunjukkan dalam menghasilkan idea dan inovasi yang bermanfaat. 💪🏻

✨Ucapan tahniah turut diberikan kepada semua penerima Anugerah Kakitangan PRD Keningau Tahun 2026 bagi kategori:

🌟 Anugerah Berintegriti dan Disiplin Tinggi
🤝 Anugerah Semangat Kerja Berpasukan
💪 Anugerah Wira di Sebalik Tabir
💖 Anugerah Khidmat Mesra dan Prihatin

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mengekalkan integriti, meningkatkan disiplin, memperkukuh kerjasama berpasukan serta memberikan perkhidmatan yang mesra dan berkualiti kepada pelanggan. 🌟

Semoga Majlis Perhimpunan Bulanan ini terus menjadi platform untuk memperkukuh semangat berpasukan, menyemarakkan budaya kerja berintegriti dan meningkatkan komitmen seluruh warga Pejabat RISDA Daerah Keningau dalam merealisasikan aspirasi RISDA.





📆 𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡 | 𝟮𝟲 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲📍 𝗕𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗥𝗜𝗦𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗔𝗨🛡️ 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗚𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗕𝗔𝗚𝗜...
26/10/2026

📆 𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡 | 𝟮𝟲 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲
📍 𝗕𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗥𝗜𝗦𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗔𝗨

🛡️ 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗚𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗥𝗗 𝗞𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗔𝗨

Pejabat RISDA Daerah Keningau telah mengadakan Taklimat Pencegahan Rasuah dan Integriti yang disampaikan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Keningau.

📌 Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pemahaman warga kerja mengenai kepentingan mengamalkan nilai integriti, menolak sebarang bentuk rasuah dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, jujur serta beretika.

Semoga perkongsian ilmu melalui taklimat ini dapat menyemai kesedaran dan memperkukuh komitmen seluruh warga kerja dalam membudayakan integriti serta memastikan setiap amanah yang diberikan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

🌱Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SPRM Cawangan Keningau atas kesudian menyampaikan taklimat serta berkongsi ilmu dan kesedaran berkaitan pencegahan rasuah dan integriti. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan demi melahirkan warga kerja yang berintegriti, berakauntabiliti dan bebas daripada amalan rasuah.





23/10/2026
📆 JUMAAT | 23 OKTOBER 2026📍 BILIK MESYUARAT PEJABAT RISDA DAERAH KENINGAU🕌 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄...
23/10/2026

📆 JUMAAT | 23 OKTOBER 2026
📍 BILIK MESYUARAT PEJABAT RISDA DAERAH KENINGAU

🕌 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐀𝐔 𝐁𝐈𝐋. 𝟒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Pejabat RISDA Daerah Keningau telah mengadakan Program Ceramah Agama Bil. 4 Tahun 2026 yang bertajuk 𝑯𝒊𝒋𝒓𝒂𝒉 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂𝒚𝒂: 𝑫𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑹𝒖𝒕𝒊𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑨𝒎𝒂𝒏𝒂𝒉, disampaikan oleh 𝑨𝒍-𝑭𝒂𝒅𝒉𝒊𝒍 𝑼𝒔𝒕𝒂𝒛 𝑫𝒂𝒕𝒖 𝑴𝒐𝒉𝒅 𝑺𝒂𝒍𝒍𝒆𝒉𝒊𝒏 𝒃𝒊𝒏 𝑴𝒐𝒌𝒔𝒂𝒏, Penolong Pengarah Kanan (Takmir), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Keningau.

Antara pengisian ceramah yang disampaikan ialah kepentingan memperbetulkan niat dalam bekerja kerana Allah SWT, bukan semata-mata untuk mengejar kenaikan pangkat atau ganjaran duniawi. Setiap tugas yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, tanggungjawab dan amanah juga merupakan sebahagian daripada ibadah.

Ceramah ini turut memberikan penekanan terhadap pembentukan sifat takwa dalam kehidupan seharian, khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam agar sentiasa berintegriti, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberikan manfaat serta menjadi pedoman kepada seluruh warga kerja Pejabat RISDA Daerah Keningau untuk terus memperbaiki diri, memperkukuh keimanan dan melaksanakan amanah pekerjaan dengan lebih cemerlang demi mendapatkan keredaan Allah SWT.

🌱Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada 𝑨𝒍-𝑭𝒂𝒅𝒉𝒊𝒍 𝑼𝒔𝒕𝒂𝒛 𝑫𝒂𝒕𝒖 𝑴𝒐𝒉𝒅 𝑺𝒂𝒍𝒍𝒆𝒉𝒊𝒏 𝒃𝒊𝒏 𝑴𝒐𝒌𝒔𝒂𝒏 atas kesudian menyampaikan ceramah serta berkongsi ilmu dan nasihat yang bermanfaat. Terima kasih juga kepada semua warga kerja yang telah memberikan kerjasama dan meluangkan masa untuk menjayakan program ini.

Semoga setiap usaha dan amanah yang dilaksanakan menjadi amal ibadah serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT. 🤲🏻





📆 KHAMIS | 22 OKTOBER 2026📍 PEJABAT RISDA DAERAH KENINGAU🔥 PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN DAN KESIAPSIAGAAN KEC...
22/10/2026

📆 KHAMIS | 22 OKTOBER 2026
📍 PEJABAT RISDA DAERAH KENINGAU

🔥 PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN KEBAKARAN DAN KESIAPSIAGAAN KECEMASAN PEJABAT RISDA DAERAH KENINGAU 🚒

Pejabat RISDA Daerah Keningau telah mengadakan Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan Kesiapsiagaan Kecemasan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Daerah Keningau.

Program ini merangkumi taklimat keselamatan kebakaran serta simulasi latihan kecemasan yang melibatkan seluruh warga kerja Pejabat RISDA Daerah Keningau.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga kerja mengenai aspek keselamatan kebakaran, di samping melatih mereka agar dapat bertindak dengan cepat, teratur dan selamat sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran sebenar. Latihan ini juga penting bagi memastikan setiap warga kerja memahami prosedur pengungsian bangunan serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.

🌱Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Daerah Keningau atas perkongsian ilmu, bimbingan dan kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kepada seluruh warga kerja PRD Keningau atas komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Semoga program ini dapat memupuk budaya kerja yang lebih peka terhadap keselamatan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Keselamatan Tanggungjawab Bersama! Cegah Sebelum Parah! 🚒🔥

ONSOI!!!! 💪🏻





📆 RABU | 21 OKTOBER 2026📍 BILIK MESYUARAT PEJABAT RISDA DAERAH KENINGAUMESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN RISDA...
21/10/2026

📆 RABU | 21 OKTOBER 2026
📍 BILIK MESYUARAT PEJABAT RISDA DAERAH KENINGAU

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN RISDA (JTPR) PERINGKAT DAERAH KENINGAU BIL. 7/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan RISDA (JTPR) Peringkat Daerah Keningau Bil. 7/2026 telah dipengerusikan oleh Encik Azulamza Peter M, Pegawai RISDA Daerah Keningau, dan turut dihadiri oleh Timbalan Pegawai RISDA Daerah Keningau, ketua-ketua unit dan stesen serta pegawai-pegawai kanan Pejabat RISDA Daerah Keningau.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan, perkembangan dan pemantauan projek-projek pembangunan RISDA di Daerah Keningau. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penyelarasan strategi serta pemantapan pelaksanaan program bagi memastikan usaha pembangunan pekebun kecil dapat dilaksanakan dengan berkesan, selaras dengan matlamat dan objektif organisasi.

Semoga segala perancangan dan tindakan yang dipersetujui dapat memperkukuh penyampaian perkhidmatan RISDA serta terus meningkatkan kesejahteraan dan sosioekonomi pekebun kecil di Daerah Keningau.





📆 SELASA | 20 OKTOBER 2026📍 Kg Biah, AnsipPROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL (PKPK) PRS SOOK/NABAWAN – 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐎...
20/10/2026

📆 SELASA | 20 OKTOBER 2026
📍 Kg Biah, Ansip

PROGRAM KEMAKMURAN PEKEBUN KECIL (PKPK) PRS SOOK/NABAWAN – 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐎𝐑𝐄𝐇𝐀𝐍

Pelaksanaan Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) oleh PRS SOOK/NABAWAN di Kg Biah, Ansip bertujuan menggiatkan semula aktiviti penorehan dalam kalangan pekebun kecil.

Program ini memberi penekanan kepada kesedaran kepentingan penorehan secara konsisten bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil, di samping memastikan kebun getah matang diurus dengan lebih berkesan.

Diharapkan inisiatif ini dapat membantu pekebun kecil memaksimumkan hasil kebun serta menyumbang kepada peningkatan ekonomi komuniti setempat.

🌱 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penduduk Kampung Biah atas kesudian hadir serta kepada Pemilik Tanah Puan Melly binti Palidon kerana sudi meminjamkan kebun bagi pelaksanaan sesi amali. Kerjasama yang diberikan amat dihargai ✨






19/10/2026

Address

Keningau
89008

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat RISDA Daerah Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share