SMK Tengku Aris Bendahara Official

Call Directions

SMK Tengku Aris Bendahara Official SMK Tengku Aris Bendahara is a secondary school located in Kluang, Johore, Malaysia.

📢 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! 🏫✨Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tengku Aris Bendahara mengucapkan selamat kembali ke s...
25/10/2026

📢 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! 🏫✨

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tengku Aris Bendahara mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid! 💙💛

Semoga kehadiran semua murid pada sesi persekolahan ini menjadi permulaan yang baik untuk terus menimba ilmu, membina sahsiah terpuji dan mencapai kejayaan yang cemerlang. 🌟

📚 Perhatian kepada semua murid:
📝 Murid Tingkatan 5 – Menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu (UBBM) SPM 2026.
📖 Murid Tingkatan 4 – Peperiksaan Akhir Tahun (PAT).
✏️ Murid Tingkatan 3 – Ujian Akhir Semester (UASA).

Jom hadir ke sekolah dengan penuh semangat, disiplin dan azam untuk berjaya! Kehadiran anda amat penting dalam memastikan pembelajaran berjalan lancar dan persediaan menghadapi peperiksaan menjadi lebih mantap. 💪🏻

Ingatlah, setiap hari di sekolah ialah peluang untuk menjadi insan yang lebih baik.

💖 Anda insan hebat, anda sentiasa cemerlang!

🌿 STABIANS: BERADAB, BERILMU, BERJAYA




25/10/2026

🌟 SELAMAT MENDUDUKI UJIAN BERTUTUR BAHASA MELAYU SPM 2026 🌟

📚 Warga SMK Tengku Aris Bendahara (STAB) mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026 yang akan menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 26 hingga 29 Oktober 2026.

💪 Yakin dengan kemampuan diri, tenang ketika menjawab dan bertuturlah dengan jelas serta lancar. Semoga segala usaha, persediaan dan latihan yang telah dilakukan membuahkan kejayaan yang cemerlang.

✨ Ingatlah, setiap tutur kata mencerminkan ilmu, keyakinan dan jati diri.

🤲 Semoga semua calon dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan dan memperoleh keputusan yang membanggakan.

Anda mampu melakukannya! Teruskan melangkah menuju kejayaan! ❤️

Ikhlas daripada,
Warga Guru SMK Tengku Aris Bendahara





🌫️ MAKLUMAN PENTING KEPADA IBU BAPA / PENJAGA 🌫️PENUTUPAN SEKOLAH BERIKUTAN JEREBU📅 8 & 9 OKTOBER 2026 (KHAMIS & JUMAAT)...
07/10/2026

🌫️ MAKLUMAN PENTING KEPADA IBU BAPA / PENJAGA 🌫️

PENUTUPAN SEKOLAH BERIKUTAN JEREBU
📅 8 & 9 OKTOBER 2026 (KHAMIS & JUMAAT)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak SMK Tengku Aris Bendahara Kluang ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di Negeri Johor akan ditutup selama dua (2) hari pada 8 dan 9 Oktober 2026 berikutan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara.

Sehubungan dengan itu, beberapa perkara penting adalah seperti berikut:

🏫 1. PENUTUPAN SEKOLAH
Sekolah akan ditutup sepanjang tempoh yang ditetapkan demi menjaga kesihatan dan keselamatan murid serta seluruh warga sekolah.

💻 2. PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)
PdPR akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan dari rumah.

📝 3. PENANGGUHAN UJIAN AMALI SAINS (UAS)
Ujian Amali Sains (UAS) Peperiksaan Akhir Tahun 2026 bagi Tingkatan 4 akan ditangguhkan dan dijadualkan semula oleh Unit Peperiksaan.

❤️ 4. PESANAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA
Ibu bapa dan penjaga dimohon untuk:

✅ Memantau keadaan kesihatan anak-anak.
✅ Mengurangkan aktiviti luar rumah.
✅ Memastikan anak-anak mengambil air yang mencukupi.
✅ Memakai pelitup muka sekiranya perlu berada di luar rumah.
✅ Mendapatkan rawatan segera sekiranya anak mengalami gejala seperti batuk, sakit tekak, sesak nafas atau masalah kesihatan berkaitan jerebu.

Keselamatan dan kesihatan murid sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah. Justeru, kerjasama dan keprihatinan ibu bapa/penjaga amatlah dihargai.

Semoga keadaan jerebu kembali pulih dan seluruh warga STABians sentiasa dikurniakan kesihatan serta dilindungi daripada sebarang perkara yang tidak diingini. 🤲🏻

🌷 Jaga diri, jaga kesihatan dan kekal selamat. 🌷

STABians
💙 Beradab | Berilmu | Berjaya 💙








✨ MAJLIS APRESIASI 2026 ✨Dengan penuh rasa syukur dan bangga, SMK Tengku Aris Bendahara, Kluang akan mengadakan Majlis A...
06/10/2026

✨ MAJLIS APRESIASI 2026 ✨

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, SMK Tengku Aris Bendahara, Kluang akan mengadakan Majlis Apresiasi 2026 sebagai tanda penghargaan atas segala usaha, komitmen dan pencapaian warga sekolah dalam mengharungi tahun yang penuh bermakna.

📅 Tarikh: 5 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ Masa:
• Sidang I: 7.30 pagi – 10.30 pagi
• Sidang II: 10.40 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Seri Bendahara

Semoga majlis ini menjadi wadah untuk menghargai kecemerlangan, menyemarakkan semangat dan menyuntik inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kejayaan.

🌟 “Kecemerlangan diraikan, usaha dihargai, kejayaan dikongsi.” 🌟

STABians Beradab Berilmu Berjaya






Bahagian 2

✨ MAJLIS APRESIASI 2026 ✨Dengan penuh rasa syukur dan bangga, SMK Tengku Aris Bendahara, Kluang akan mengadakan Majlis A...
06/10/2026

✨ MAJLIS APRESIASI 2026 ✨

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, SMK Tengku Aris Bendahara, Kluang akan mengadakan Majlis Apresiasi 2026 sebagai tanda penghargaan atas segala usaha, komitmen dan pencapaian warga sekolah dalam mengharungi tahun yang penuh bermakna.

📅 Tarikh: 5 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ Masa:
• Sidang I: 7.30 pagi – 10.30 pagi
• Sidang II: 10.40 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Dewan Seri Bendahara

Semoga majlis ini menjadi wadah untuk menghargai kecemerlangan, menyemarakkan semangat dan menyuntik inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kejayaan.

🌟 “Kecemerlangan diraikan, usaha dihargai, kejayaan dikongsi.” 🌟

STABians Beradab Berilmu Berjaya






Bahagian 1

Selamat maju jaya kepada semua pelajar Tingkatan 4 yang akan menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) pada 6–7 Oktober...
06/10/2026

Selamat maju jaya kepada semua pelajar Tingkatan 4 yang akan menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) pada 6–7 Oktober 2026.

Semoga segala usaha.. ulang kaji dan persediaan yang telah dilakukan membuahkan hasil yang terbaik. Jawab setiap soalan dengan tenang, teliti dan penuh yakin.

Jangan lupa berdoa dan tawakal setelah berusaha. Percayalah pada kemampuan diri sendiri. Buat yang terbaik dan jangan mudah mengalah.

Usaha. Doa. Tawakal.
Anda boleh lakukan ini!

All the best, Tingkatan 4! Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.

05/10/2026

MAJLIS APRESIASI 2026

🌸 JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG 🌸“Yang pergi meninggalkan kenangan,yang tinggal meneruskan perjuangan.”Sekalung peng...
02/10/2026

🌸 JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG 🌸

“Yang pergi meninggalkan kenangan,
yang tinggal meneruskan perjuangan.”

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat Cikgu Norismawati binti Sarkawi, GAB DG10, atas segala jasa, bakti, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SMK Tengku Aris Bendahara. 🌷

Sesungguhnya setiap ilmu yang dicurahkan, setiap nasihat yang diberikan dan setiap pengorbanan yang dilakukan akan terus terpahat dalam ingatan seluruh warga STABians.

Sempena Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung yang diadakan pada:

📅 2 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 7.30 – 9.00 pagi
📍 Dewan Seri Bendahara

Majlis ini menjadi wadah untuk warga sekolah menzahirkan penghargaan dan mengabadikan kenangan indah bersama insan yang telah banyak menabur jasa.

💐 Terima kasih, Cikgu Norismawati.
Semoga segala jasa dan bakti cikgu menjadi amal jariah yang terus mengalir, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kebahagiaan serta kejayaan dalam setiap langkah kehidupan.

Jasamu dikenang,
Budimu disanjung,
Kenanganmu kekal dalam ingatan. ❤️🌹

STABians: Beradab, Berilmu, Berjaya 💚






📢 We’re starting a new chapter! ✨Our school now has a brand-new TikTok https://www.tiktok.com/.kluang?_r=1&_t=ZS-9ABUY16...
02/10/2026

📢 We’re starting a new chapter! ✨

Our school now has a brand-new TikTok

https://www.tiktok.com/.kluang?_r=1&_t=ZS-9ABUY16LO2U

Jom sama-sama support our new page by giving us a follow, like and share. We’ll be sharing school activities, programmes, achievements, special moments and many more updates from time to time.

Your support means a lot to us, especially as we grow this new platform from zero.

So jangan lupa:
Follow ✅
Like ❤️
Share 🔁
& spread the word!

Let’s grow this page together and bring our school community closer.

Jumpa di TikTok! 🎥✨

.kluang 240 Followers, 0 Following, 532 Likes - Watch awesome short videos created by SMKTAB Kluang

Address

KM 5 Jalan Mersing
Kluang
86000

Telephone

+6077711457

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Tengku Aris Bendahara Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services