Polis Daerah Kota Samarahan

Call

Polis Daerah Kota Samarahan LAMAN FACEBOOK RASMI IBU PEJABAT POLIS DAERAH KOTA SAMARAHAN

🚨OP BERSEPADU CEGAH JENAYAH IPD KOTA SAMARAHAN.🚨KOTA SAMARAHAN, 6 November 2026 (Jumaat) – IPD Kota Samarahan telah mela...
06/11/2026

🚨OP BERSEPADU CEGAH JENAYAH IPD KOTA SAMARAHAN.🚨

KOTA SAMARAHAN, 6 November 2026 (Jumaat) – IPD Kota Samarahan telah melaksanakan Op Bersepadu Cegah Jenayah bermula jam 6.00 petang hingga 10.00 malam melibatkan Sekatan Jalan Raya (SJR), Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) serta serbuan dan tangkapan di sekitar daerah Kota Samarahan.

Sepanjang operasi, sebanyak 48 buah kenderaan dan 55 individu telah diperiksa. Sebanyak 7 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas. Operasi turut berjaya menahan 2 lelaki tempatan atas kesalahan berkaitan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Operasi ini merupakan usaha berterusan PDRM dalam membanteras jenayah, mengekang penyalahgunaan dadah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.




Polis Daerah Kota Samarahan
Polis Sarawak

PROGRAM ENGAGEMENT AMANITA IPD KOTA SAMARAHAN BERSAMA KOMUNITI SETEMPATKOTA SAMARAHAN, 4 November 2026 (Rabu) – AMANITA ...
04/11/2026

PROGRAM ENGAGEMENT AMANITA IPD KOTA SAMARAHAN BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT

KOTA SAMARAHAN, 4 November 2026 (Rabu) – AMANITA IPD Kota Samarahan dengan kerjasama anggota High Profile Policing (HPP) telah melaksanakan Program Engagement AMANITA di Sen Sen Department Store, Kota Samarahan, dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan PDRM dengan masyarakat, khususnya golongan wanita, serta meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan jenayah dan keselamatan diri serta harta benda.

Pelbagai nasihat keselamatan dan risalah pencegahan jenayah turut disampaikan kepada pengunjung.

Program mendapat sambutan positif daripada masyarakat setempat.

**POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA**








Polis Daerah Kota Samarahan
Polis Sarawak

🚨OP BERSEPADU CEGAH JENAYAH IPD KOTA SAMARAHAN🚨KOTA SAMARAHAN, 28 OKTOBER 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Sam...
28/10/2026

🚨OP BERSEPADU CEGAH JENAYAH IPD KOTA SAMARAHAN🚨

KOTA SAMARAHAN, 28 OKTOBER 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan telah melaksanakan Op Bersepadu Cegah Jenayah pada Rabu, bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang, melibatkan seramai 20 orang pegawai dan anggota polis.

Operasi ini merangkumi pelaksanaan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Kampung Rembus menghala ke Kota Samarahan, rondaan pencegahan jenayah di kawasan perumahan serta operasi serbuan dan tangkapan di sekitar daerah Kota Samarahan.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 167 buah kenderaan dan 193 orang individu telah diperiksa. Sebanyak 11 keping saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, manakala seorang lelaki tempatan telah ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

PDRM akan terus mempergiatkan operasi pencegahan jenayah secara berterusan demi menjamin kesejahteraan masyarakat dan keselamatan penduduk di daerah Kota Samarahan.

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.






Polis Daerah Kota Samarahan
Polis Sarawak

🚨OP BERSEPADU CEGAH JENAYAH IPD KOTA SAMARAHAN🚨KOTA SAMARAHAN, 23 Oktober 2026 – IPD Kota Samarahan telah melaksanakan O...
24/10/2026

🚨OP BERSEPADU CEGAH JENAYAH IPD KOTA SAMARAHAN🚨

KOTA SAMARAHAN, 23 Oktober 2026 – IPD Kota Samarahan telah melaksanakan Op Bersepadu Cegah Jenayah bermula jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

Operasi melibatkan Sekatan Jalan Raya (SJR), rondaan cegah jenayah di kawasan tumpuan (hotspot) serta serbuan dan tangkapan bagi membanteras jenayah dan penyalahgunaan dadah di sekitar daerah Kota Samarahan.

Hasil operasi :
◾️ 51 buah kenderaan
◾️ 61 individu telah diperiksa,
◾️ 7 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
◾️ 4 lelaki tempatan ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

IPD Kota Samarahan akan terus mempergiatkan operasi pencegahan jenayah dan penguatkuasaan undang-undang demi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Polis dan masyarakat berpisah tiada.






Polis Daerah Kota Samarahan
Polis Sarawak

OP MABUK  IPD KOTA SAMARAHAN.KOTA SAMARAHAN, 23 Oktober 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) bersam...
23/10/2026

OP MABUK IPD KOTA SAMARAHAN.

KOTA SAMARAHAN, 23 Oktober 2026 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Kota Samarahan telah menjalankan Op Mabuk di Jalan Kota Samarahan–Tabuan Jaya (Expressway), bermula jam 11.00 malam, 22 Oktober hingga 2.00 pagi.

Sebanyak 104 kenderaan dan 115 individu diperiksa.

Hasil pemeriksaan sebanyak 19 saman PDRM (K) 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Bahagian Siasatan Jenayah Nakotik turut membuat tiga tangkapan melibatkan tiga orang lelaki yang didapati positif dadah jenis AMP dan M**H melalui ujian air kencing.

Turut ditahan satu lelaki berumur 19 tahun didapati positif ujian saringan alkohol.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. Utamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.





Polis Daerah Kota Samarahan
Polis Sarawak

PAMERAN AMANITA SEMPENA PROGRAM MATAHARI DAN IRIS “LEBIH CAKNA, JIWA TERPELIHARA” NEGERI SARAWAK TAHUN 2026🗓️ 22 Oktober...
22/10/2026

PAMERAN AMANITA SEMPENA PROGRAM MATAHARI DAN IRIS “LEBIH CAKNA, JIWA TERPELIHARA” NEGERI SARAWAK TAHUN 2026

🗓️ 22 Oktober 2026 | 📍 IPG Tun Abdul Razak, Kota Samarahan

AMANITA IPD Kota Samarahan telah menyertai pameran sempena Program Matahari dan IRIS Negeri Sarawak Tahun 2026 bertempat di Dewan Kampus, Institut Pendidikan Guru (IPG) Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.

Program ini bertujuan memperkenalkan peranan AMANITA kepada masyarakat, khususnya golongan wanita, di samping meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan jenayah serta memperkukuh hubungan antara PDRM dengan komuniti setempat.

Sepanjang program, seramai 7 orang Rakan AMANITA telah didaftarkan. Semoga usaha ini terus menyemai kesedaran keselamatan dan memupuk kerjasama masyarakat dalam mencegah jenayah.

AMANITA – Mendekati Wanita, Memperkasa Komuniti.






Polis Daerah Kota Samarahan
Polis Sarawak

20/10/2026
16 OKTOBER 2026KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KOTA SAMARAHAN KEMALANGAN JALAN RAYA PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DALAM K...
16/10/2026

16 OKTOBER 2026
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KOTA SAMARAHAN KEMALANGAN JALAN RAYA PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DALAM KEMALANGAN MELIBATKAN SEBUAH LORI.
Polis Daerah Kota Samarahan
Polis Sarawak

🚨OP BERSEPADU CEGAH JENAYAH IPD KOTA SAMARAHAN🚨Kota Samarahan, 15 Oktober 2026 - Op Bersepadu Cegah Jenayah IPD Kota Sam...
16/10/2026

🚨OP BERSEPADU CEGAH JENAYAH IPD KOTA SAMARAHAN🚨

Kota Samarahan, 15 Oktober 2026 - Op Bersepadu Cegah Jenayah IPD Kota Samarahan telah dilaksanakan melibatkan Sekatan Jalan Raya (SJR), Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) serta serbuan dan tangkapan.

Sepanjang operasi, sebanyak 51 buah kenderaan dan 62 orang individu telah diperiksa, manakala lima (5) keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Selain itu, tindakan serbuan dan tangkapan dua lelaki berusia 28 tahun dan 24 tahun berkaitan kesalahan dadah dibawah seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 15(1)(a) Akta yang sama.







Polis Daerah Kota Samarahan
Polis Sarawak

PROGRAM ENGAGEMENT AMANITA IPD KOTA SAMARAHAN15 Oktober 2026 | Pusat Penjaja MPKS, TambiratAMANITA IPD Kota Samarahan be...
15/10/2026

PROGRAM ENGAGEMENT AMANITA IPD KOTA SAMARAHAN

15 Oktober 2026 | Pusat Penjaja MPKS, Tambirat

AMANITA IPD Kota Samarahan bersama wakil BPJKK telah melaksanakan Program Engagement AMANITA di Pusat Penjaja MPKS, Tambirat bagi mendekati komuniti setempat, khususnya golongan wanita, serta meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan jenayah.

Program ini turut merangkumi pendaftaran 8 orang Rakan AMANITA dan 1 orang pengguna VSP, di samping penyampaian maklumat berkaitan jenayah setempat, langkah-langkah pencegahan jenayah serta pengedaran risalah AMANITA dan nombor telefon Bilik Gerakan IPD Kota Samarahan.

Program ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara PDRM dengan masyarakat dalam usaha membanteras jenayah dan mewujudkan komuniti yang lebih selamat.

Polis dan masyarakat berpisah tiada.






Polis Daerah Kota Samarahan
Polis Sarawak

Address

Kota Samarahan
94300

Telephone

+6082662300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Kota Samarahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share