Cawangan Sungai Mas

Directions

Cawangan Sungai Mas UMNO Cawangan ( F ) Sungai Mas
Bersatu • Berkhidmat • Berbakti
Untuk agama, bangsa & negara

🌿 SINGGAH DI CAMERON HIGHLANDS 🍃Alhamdulillah, sambil meneruskan perjalanan rombongan ke Cameron Highlands, sempat singg...
19/10/2026

🌿 SINGGAH DI CAMERON HIGHLANDS 🍃

Alhamdulillah, sambil meneruskan perjalanan rombongan ke Cameron Highlands, sempat singgah melihat hasil tanaman tempatan yang unik dan menarik. 😍

Buah petai pun ada! Besar-besar dan segar belaka. Memang seronok dapat melihat sendiri hasil pertanian yang menjadi tarikan di sini. 🌱💚

Selain menikmati keindahan alam dan udara sejuk di Cameron Highlands, dapat juga menambah pengalaman serta mencipta kenangan manis bersama ahli rombongan.

📸 Jalan-jalan, cuci mata, cari pengalaman dan cipta kenangan bersama! 🥰

🍃🌿 KEBUN TEH CAMERON HIGHLANDS 🌿🍃Alhamdulillah, dapat menikmati keindahan alam semula jadi di kebun teh Cameron Highland...
19/10/2026

🍃🌿 KEBUN TEH CAMERON HIGHLANDS 🌿🍃

Alhamdulillah, dapat menikmati keindahan alam semula jadi di kebun teh Cameron Highlands yang menghijau. 💚

Sejauh mata memandang, terbentang kehijauan ladang teh yang cukup mendamaikan, ditambah p**a dengan udara sejuk dan nyaman. Memang terasa tenang apabila dapat menikmati keindahan ciptaan Allah bersama-sama rombongan. 🥰📸

Kenangan manis rombongan 2 hari ke Cameron Highlands pada 17–18 Oktober 2026. Semoga ukhwah terus terjalin dan menjadi kenangan indah buat kita semua. 🤲🏻💚

🍃

🍓❤️ MENU SPECIAL YANG WAJIB CUBA DI CAMERON HIGHLANDS! ❤️🍓Kalau datang ke Cameron Highlands, mesti kena cari menu unik y...
19/10/2026

🍓❤️ MENU SPECIAL YANG WAJIB CUBA DI CAMERON HIGHLANDS! ❤️🍓

Kalau datang ke Cameron Highlands, mesti kena cari menu unik yang satu ni! 😍

🍚 NASI LEMAK STRAWBERRY! 🍓🍚

Nasi lemak berwarna merah jambu dengan telur mata, ayam goreng, ikan bilis dan sambal. Memang lain daripada yang lain! 🤤❤️

Bukan selalu dapat jumpa nasi lemak warna strawberry macam ni. Datang Cameron Highlands, bolehlah cuba sendiri dan rasai kelainannya! 🥰

📸 Makan sedap, jalan-jalan santai, kenangan bersama rombongan pun bertambah manis! 🌹

Siapa dah pernah cuba Nasi Lemak Strawberry ni? Angkat tangan! 🙋🏻‍♀️🍓

🍓🌿 ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH ROMBONGAN KE CAMERON HIGHLANDS! 🌿🍓Alhamdulillah, pada 18 Oktober 2026, selesai sudah rom...
19/10/2026

🍓🌿 ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH ROMBONGAN KE CAMERON HIGHLANDS! 🌿🍓

Alhamdulillah, pada 18 Oktober 2026, selesai sudah rombongan kita ke Cameron Highlands selama 2 hari 1 malam. Syukur, segala perancangan dan perjalanan kita berjalan dengan baik. Banyak kenangan manis, gelak tawa dan pengalaman indah yang kita cipta bersama. ❤️🥰

💐 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Cawangan UMNO Sungai Mas Pn. Masselah Eila Aby atas penganjuran rombongan ini serta kesudian bersama-sama kita menjayakan perjalanan kali ini.

Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada semua crew dan Pemangku Ketua Wanita Pn.Norashikin Asman yang telah bertungkus-lumus, mencurahkan tenaga dan masa bagi memastikan rombongan ini berjalan lancar. Jasa dan pengorbanan kalian amat kami hargai. 🫶🏻

Tidak dilupakan, terima kasih kepada semua peserta yang begitu sporting, memberikan kerjasama dan memeriahkan suasana sepanjang dua hari kita bersama. Semoga ukhuwah dan silaturahim yang terjalin terus berkekalan. 🤝❤️

🙏🏻 Kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang mengendalikan rombongan ini ada tersalah kata, terkasar bahasa atau sebarang kekurangan daripada pihak kami sebagai crew. Segala kekurangan itu datang daripada kelemahan kami sendiri.

📸 Jom kita imbas kembali kenangan hari kedua!

Antara destinasi kita ialah Kedai Taman Sedia, Bharat Tea, Sky Agro dan Air Terjun Lata Iskandar sebelum bertolak p**ang ke Kota Tinggi. Walaupun penat, kenangan bersama inilah yang akan terus terpahat di hati. 🍃☕🌿

Semoga ada rezeki kita untuk berrombongan lagi pada masa akan datang. Terima kasih semua kerana menjadi sebahagian daripada kenangan indah ini! ❤️

CAMERON HIGHLANDS TRIP 2 HARI 1 MALAM 🍓🍓





🌿 TRIP CAMERON HIGHLANDS | HARI PERTAMA 🌿📅 17 Oktober 2026Alhamdulillah, bermula sudah perjalanan kami ke Cameron Highla...
17/10/2026

🌿 TRIP CAMERON HIGHLANDS | HARI PERTAMA 🌿
📅 17 Oktober 2026

Alhamdulillah, bermula sudah perjalanan kami ke Cameron Highlands! 🥰❤️

Hari pertama dipenuhi dengan pelbagai pengalaman menarik dan kenangan manis bersama sahabat-sahabat tersayang. Dari bergambar kenangan di BOH Tea Centre, Sungai Palas hinggalah menikmati pengalaman mendekati haiwan, setiap detik menceriakan perjalanan kami. 📸🐑☕

Walaupun cuaca hujan, semangat tetap membara dan senyuman tidak pernah lekang! 🌧️😁 Inilah indahnya berjalan bersama, bukan sekadar menikmati keindahan tempat yang dikunjungi, tetapi juga mengeratkan silaturahim, berkongsi gelak tawa dan mencipta kenangan bersama.

Ini baru hari pertama, banyak lagi destinasi dan cerita menarik menanti! 🤩🫶🏻

Semoga perjalanan kami dipermudahkan, sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan terus dipenuhi kenangan yang indah. 🤲🏻💕

Cameron Highlands, here we come! 🌿💚

#17102026

17/10/2026
🌸🌿 KENANGAN MANIS DI GREEN VIEW GARDEN, CAMERON HIGHLANDS 🌿🌸Alhamdulillah, ❤️ Setiap perjalanan pasti meninggalkan kenan...
17/10/2026

🌸🌿 KENANGAN MANIS DI GREEN VIEW GARDEN, CAMERON HIGHLANDS 🌿🌸

Alhamdulillah, ❤️ Setiap perjalanan pasti meninggalkan kenangan yang tersendiri. Kali ini, kami singgah di Green View Garden, Cameron Highlands untuk menikmati keindahan alam, kehijauan tanaman dan bunga-bungaan yang begitu mempesonakan. 🌺🌼🌷

Bukan sekadar berjalan-jalan, tetapi inilah masa untuk mengeratkan silaturahim, berkongsi gelak tawa dan mencipta kenangan bersama sahabat-sahabat tersayang. 🥰❤️

Kadang-kadang, kita tak perlukan sesuatu yang mewah untuk bahagia. Cukuplah dapat meluangkan masa bersama, menikmati keindahan alam dan p**ang dengan seribu satu cerita. 💕📸

Kenangan hari ini, memori untuk selamanya. 🌹
Semoga persahabatan ini terus berkekalan dan kita diberi kesempatan untuk mengembara bersama lagi pada masa akan datang. Aamiin Ya Rabbal Alamin. 🤲❤️

📍 Green View Garden, Cameron Highlands
🌿 Jalan-jalan santai, hati gembira, kenangan tercipta! 🌸






🥰🌷

🌿🚌 Jalan-jalan ke Cameron Highlands! 🌸Sambil menikmati perjalanan ke Cameron Highlands, kita isi masa dengan aktiviti su...
17/10/2026

🌿🚌 Jalan-jalan ke Cameron Highlands! 🌸

Sambil menikmati perjalanan ke Cameron Highlands, kita isi masa dengan aktiviti suka-suka dan cabutan bertuah. 🎁🥳

Alhamdulillah, tahniah kepada yang mendapat cabutan bertuah pagi ini! Rezeki masing-masing. ❤️

Bukan sekadar berjalan-jalan, tetapi mengeratkan silaturahim, berkongsi kegembiraan dan mencipta kenangan bersama.

Semoga perjalanan kita dipermudahkan, selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali ke rumah. Aamiin 🤲💚

🌿 Hari Pertama | 17/10/2026🚌 Perjalanan ke Cameron HighlandsAlhamdulillah, terima kasih kepada Imam Muda Ustaz Hafiz ata...
16/10/2026

🌿 Hari Pertama | 17/10/2026
🚌 Perjalanan ke Cameron Highlands

Alhamdulillah, terima kasih kepada Imam Muda Ustaz Hafiz atas bacaan doa sebelum perjalanan.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita, melindungi sepanjang perjalanan serta mengurniakan keselamatan pergi dan p**ang. Aamiin Ya Rabbal Alamin. 🤲🏻❤️

Address

Bilik UMNO CAWANGAN FELDA SUNGAI MAS
Kota Tinggi
81900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Sungai Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services