26/10/2026
💚 TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN TONG SAMPAH HIJAU💚
Alhamdulillah, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada **Ketua Peneroka, Tok Fauzi, Pengurus FELDA Pasak serta seluruh warga peneroka** atas sumbangan tong sampah hijau kepada pihak sekolah.
Sumbangan ini amat bermakna memandangkan tong sampah sekolah yang sedia ada telah rosak. Semoga dengan adanya tong sampah baharu ini, kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah dapat terus dipelihara demi keselesaan warga sekolah.
Terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada pihak sekolah. Semoga hubungan erat antara pihak sekolah dengan komuniti FELDA Pasak terus berkekalan. 💚🌿
**Bersama-sama Menjaga Kebersihan, Demi Persekitaran Sekolah yang Bersih dan Ceria!**