Polis Balai Kota Tinggi

Call Directions Website

Polis Balai Kota Tinggi Facebook Rasmi Balai Polis Kota Tinggi Hotline: 07-8837222 | Telefon: 07-8831222,07-8831221 Kepimpinan PDRM Balai Polis Kota Tinggi

PROGRAM WALKABOUT PENCEGAHAN JENAYAH IPD KOTA TINGGI , 12 Oktober 2026 – AMANITA Balai Polis Kota Tinggi yang diketuai o...
12/10/2026

PROGRAM WALKABOUT PENCEGAHAN JENAYAH IPD KOTA TINGGI

, 12 Oktober 2026 – AMANITA Balai Polis Kota Tinggi yang diketuai oleh Sjn. Noraziah Binti Mohamed telah melaksanakan Program Walkabout Pencegahan Jenayah di Kipmall Kota Tinggi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai aspek keselamatan dan pencegahan jenayah.

Program ini merangkumi penerangan berkaitan fungsi AMANITA, penipuan dalam talian serta pencegahan jenayah seperti kes ragut dan pecah cermin kenderaan.

Inisiatif ini turut bertujuan mengeratkan hubungan antara PDRM dengan masyarakat, di samping meningkatkan keyakinan orang awam terhadap kehadiran pihak polis dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Turut hadir bersama AMANITA Balai Polis Kota Tinggi, Sjn. Zaihasra Binti Mohd Aini, Sjn. Noraini Binti Temos dan Kpl. Noordiyana Binti Kamal Abdul Aziz.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA YDH TUAN KETUA POLIS DAERAH KOTA TINGGIASP Abd Rahim bin Idris, Ketua Polis Balai Kota Ti...
08/10/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA YDH TUAN KETUA POLIS DAERAH KOTA TINGGI

ASP Abd Rahim bin Idris, Ketua Polis Balai Kota Tinggi serta seluruh warga kerja Balai Polis Kota Tinggi merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YDH Tuan atas pengurniaan Pingat Pahlawan Pasukan Polis (P.P.P.) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) Tahun 2026.

Semoga pengurniaan ini menjadi lambang penghargaan atas jasa, bakti dan dedikasi YDH Tuan dalam perkhidmatan serta terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga PDRM.



LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS)  , 05 Oktober 2026 - Sjn 129708 Noraziah Binti Mohamed, Sjn 148257 Fazrul Niza...
05/10/2026

LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH (PPS)

, 05 Oktober 2026 - Sjn 129708 Noraziah Binti Mohamed, Sjn 148257 Fazrul Nizam Bin Abu Bakar dan Sjn Mohd Nor Azlin bin Yahaya mewakili Ketua Polis Balai Kota Tinggi membuat Lawatan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) ke Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi.

Kehadiran telah disambut oleh Encik Mohd Akhil Bin Othman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi.

Perbincangan merangkumi aspek keselamatan sekolah, disiplin pelajar serta kerjasama antara pihak sekolah dan PDRM dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selamat.




PROGRAM KEMASYARAKATAN KOMUNITI  (OMNIPRRAENCE / TALK TO US / COMMUNITY POLICING) BALAI POLIS KOTA TINGGIKota Tinggi, 05...
05/10/2026

PROGRAM KEMASYARAKATAN KOMUNITI (OMNIPRRAENCE / TALK TO US / COMMUNITY POLICING) BALAI POLIS KOTA TINGGI

Kota Tinggi, 05 Oktober 2026 - Balai Polis Kota Tinggi telah mengatur gerak kekuatan bagi pelaksanaan penugasan Community Policing (CP) di sekitar Pasar Raya Econsave Taman Daiman Jaya bagi berinteraksi dan mendapatkan maklumat daripada orang awam bagi serta mengeratkan hubungan di antara PDRM dan orang awam.

Polis Balai Kota Tinggi komited turut sama dalam program-program kemasyarakatan sebegini. Selain dapat beramah mesra, Polis Balai Kota Tinggi telah mengedarkan risalah pencegahan jenayah berkaitan scammer dan cara penggunaan aplikasi VSP di dalam telefon bimbit. Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi tersebut.



 , 28 September 2026 - ASP Abd Rahim Bin Idris, Ketua Polis Balai Kota Tinggi bersama-sama anggota Balai Polis Kota Ting...
29/09/2026

, 28 September 2026 - ASP Abd Rahim Bin Idris, Ketua Polis Balai Kota Tinggi bersama-sama anggota Balai Polis Kota Tinggi meraikan Kpl. Ashrinah Binti Masrin yang telah berpindah ke Balai Polis Tanjung Kupang.

Majlis makan malam ini diadakan adalah bagi meraikan jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan di Balai Polis Kota Tinggi, di samping menjadi tanda penghargaan serta kenang-kenangan buat anggota yang melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan dan kerjaya.

Seluruh warga Balai Polis Kota Tinggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat bakti, komitmen serta kerjasama yang telah diberikan. Semoga Kpl. Ashrinah Binti Masrin terus maju jaya serta cemerlang di tempat bertugas yang baharu.

Walaupun berpisah tempat dan tugas, segala kenangan, jasa dan ukhwah yang terjalin akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Selamat maju jaya dan selamat menempuh perjalanan baharu. Semoga terus sukses dan dipermudahkan segala urusan.


PROGRAM KEMASYARAKATAN KOMUNITI  (OMNIPRRAENCE / TALK TO US / COMMUNITY POLICING) BALAI POLIS KOTA TINGGIKota Tinggi, 21...
21/09/2026

PROGRAM KEMASYARAKATAN KOMUNITI (OMNIPRRAENCE / TALK TO US / COMMUNITY POLICING) BALAI POLIS KOTA TINGGI

Kota Tinggi, 21 September 2026 - Balai Polis Kota Tinggi telah mengatur gerak kekuatan bagi pelaksanaan penugasan Community Policing (CP) di sekitar Plaza Kota Tinggi bagi berinteraksi dan mendapatkan maklumat daripada orang awam bagi serta mengeratkan hubungan di antara PDRM dan orang awam.

Polis Balai Kota Tinggi komited turut sama dalam program-program kemasyarakatan sebegini. Selain dapat beramah mesra, Polis Balai Kota Tinggi telah mengedarkan risalah pencegahan jenayah berkaitan scammer dan cara penggunaan aplikasi VSP di dalam telefon bimbit. Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi tersebut.



15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA TAHUN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

16 SEPTEMBER 2026 | RABU

Semoga sambutan Hari Malaysia pada tahun ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuhkan perpaduan serta memupuk kesetiaan dan kecintaan kepada negara dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama mengekalkan keamanan, keharmonian dan kestabilan negara dengan menjunjung prinsip Rukun Negara serta menghormati kepelbagaian kaum, agama dan budaya yang menjadi kekuatan Malaysia.

β€œKeluarga Malaysia, Teguh Bersama, Demi Negara Tercinta.”

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ


𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€πƒπˆπŠπ€ PASTI AL-FALAH 3 & 6 KE BALAI POLIS KOTA TINGGI  , 15 September 2026 (Selasa) - Sjn Mohd Nor Azlin Bin Ya...
15/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€πƒπˆπŠπ€ PASTI AL-FALAH 3 & 6 KE BALAI POLIS KOTA TINGGI

, 15 September 2026 (Selasa) - Sjn Mohd Nor Azlin Bin Yahaya, Sarjan Operasi Balai Kota Tinggi bersama anggota Balai Polis Kota Tinggi telah menyambut kunjungan anak-anak dari Tadika Pasti Al-Falah 3 & 6 yang hadir bersama guru dan ibubapa.

Aktiviti yang diadakan adalah lawatan ke Kaunter Aduan Balai Polis Kota Tinggi, Lawatan Lokap Balai Polis Kota Tinggi, Pameran Statik Kenderaan PDRM seperti Motosikal Trafik, Motosikal URB, Kereta MPV, serta lawatan ke Tapak Pameran Board berkaitan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Jalanraya.

Kehadiran kanak-kanak tadika seramai 60 orang bersama guru dan ibubapa dapat memberi pendedahan meluas berkaitan Pencegahan Jenayah kepada murid, meningkatkan keprihatinan murid tadika terhadap kawalan disiplin, keselamatan serta sahsiah dalam diri setiap murid.

Program ini berjalan dengan lancar dan merupakan salah satu langkah untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan PDRM bagi meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap Polis DiRaja Malaysia.


𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€πƒπˆπŠπ€ KEMAS ZON 4 PARLIMEN TENGGARA KE BALAI POLIS KOTA TINGGI  , 06 September 2026 (Ahad) - SI Zamaludin Bin R...
06/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€πƒπˆπŠπ€ KEMAS ZON 4 PARLIMEN TENGGARA KE BALAI POLIS KOTA TINGGI

, 06 September 2026 (Ahad) - SI Zamaludin Bin Ramli, Penolong Ketua Polis Balai Kota Tinggi bersama anggota Balai Polis Kota Tinggi telah menyambut kunjungan anak-anak dari Tadika Kemas Zon 4 Parlimen Tenggara yang hadir bersama guru dan ibubapa.

Aktiviti yang diadakan adalah lawatan ke Kaunter Aduan Balai Polis Kota Tinggi, Lawatan Lokap Balai Polis Kota Tinggi, Pameran Statik Kenderaan PDRM seperti Motosikal Trafik, Motosikal URB, Kereta MPV, serta lawatan ke Tapak Pameran Board berkaitan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Jalanraya.

Kehadiran kanak-kanak tadika seramai 93 orang bersama guru dan ibubapa dapat memberi pendedahan meluas berkaitan Pencegahan Jenayah kepada murid, meningkatkan keprihatinan murid tadika terhadap kawalan disiplin, keselamatan serta sahsiah dalam diri setiap murid.

Program ini berjalan dengan lancar dan merupakan salah satu langkah untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan PDRM bagi meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap Polis DiRaja Malaysia.


Address

Kota Tinggi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Balai Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category

Nearby government services


Other Police Stations in Kota Tinggi

Show All